Thursday, April 28, 2011

BoLEh TaHaN SeRaBuT

salam to all..

kat sekolah...

sangat serabut dengan bebanan kerja..

tapi tak tahulah, dalam serabut tu ada rasa seronok. perasaan apakah?

minggu ni sibuk nak siapkan kertas peperiksaan pertengahan tahun pelajar-pelajar aku. aku kena buat kertas sains dan math.

kalau cikgu-cikgu lain hanya cut & paste soalan dari buku-buku, tapi aku dengan bangganya menaip sendiri segala soalan. rajin bukan? ;-)

tapi kerajinan tu, buat aku lambat siap kerja. sebab nak menaip balik semua satu-satu soalan pastinya memakan masa. lainlah kalau aku cut & paste je. so aku baru je siap buat paper 1 sains. paper 2 sains masih tergendala. paper math pun belum mula lagi. sedang tgk schedule, celah mana lagi nak sumbat semua kerja-kerja ni. minggu ni pula ada latihan dalam perkhidmatan. sabtu pula tu. baru nak bercuti 3 hari (sampai isnin berikutan hari pekerja), ade je yang mengganggu. haishhh!!!

so untuk latihan dalam perkhidmatan ni, semua guru sibuk buat kajian tindakan. nak bentangkan pada sabtu ini. haih! lemah gemalai nak memahamkan semua bidang tugas guru ni...sabar je lah banyak-banyak...

sekian..

Sunday, April 24, 2011

EmPaT CeRiTa

salam to all..

cer cite 1:
header baru hasil kreativiti incik husaini.. maceh..maceh..(*_*)

cer cite 2 :
kalau sunyi dan mahu senyum-senyum atau ketawa-ketawa, buka facebook anda. lihat dan telitilah status kawan2 di alam maya. terutama yang obses dengan pasangan sendiri.. boleh gelak guling-guling.. aku pun nak obses macam tu jugak lah..*nampak suci cikit lah sebab suami ye..halal di situ..

cer cite 3:
masa belajar di JB dulu, duit keluar macam air. elaun habis tanpa sedar. pa & ma support lagi. rasa tak cukup jugak..agak-agak sebulan ade kot aku habiskan 1.5 k. giler ah..rasa risau je kalau nak keluar duit..

tapi masa kerja ni, rasa risau je sebab duit tak keluar-keluar..haha..tu yang beli benda merapu-rapu..

kos hidup memang agak rendah. pa & ma dah tak support, elaun dah tak ada. suami je support. tapi tak ada risau macam kat JB dulu. rasa macam duit tak digunakan. pergerakan keluarnya agak perlahan..tak sehavock di JB dan di UKM dulu. (^_^) tambah-tambah kerja cikgu pun ada OT. Alhamdulillah...;p

cer cite 4 :
2 hari aku pergi dan balik kerja dengan suami. jumaat dan sabtu. sebab aku terlibat menghantar pelajar ke SAMBEST kat subang jaya. alhamdulillah pelajar2 aku dapat tempat ketiga..

isnin ini (esok) jangan lupa tengok Malaysia Hari Ini, pelajar-pelajar aku buat persembahan musamarah mereka (musamarah = public speaking dalam bhs arab).. mulanya aku nak join, tapi mengenangkan naik bus dan bertolak jam 4 pagi esok (Isnin), maka aku batalkan. aku baru je sampai malam ni(ahad), tak larat nak ke damansara esok.. plus, aku dah lama tak masuk kelas. asyik sibuk latih pelajar-pelajar ni. so now nak kejar sillibus. aku rela tak dapat interfrem kat TV..heee

sekian

Thursday, April 21, 2011

DiSiPLiN ~ PeLaJaR

salam to all..

masih di sekolah mengendalikan pesta belajar.

pagi tadi secara rasminya, aku dilantik sebagai AJK Disiplin sekolah. kawan rumah aku ada yang AJK SPBT, ada AJK PIBG dan lagi seorang AJK Peperiksaan. Aku dapat bahagian disiplin. aku memang minat sikit Jawatankuasa ini. dan aku memang tegas. sesuailah dapat berkhidmat under jawatankuasa ini.

pagi tadi masa menyemak buku kawalan kedatangan pelajar, aku ada terbaca aduan berkenaan salah laku pelajar tingkatan 2.

antara kesalahan mereka:
1) Ponteng
2) bawa handphone

dan yang paling tak tahan

3) Jual durian.

OMG!! jual durian dalam kelas..

action aku : semua pelajar ini harus dipanggil mengadapku untuk tindakan disiplin.

*petang ni aku balik rawang. yeay... sebab esok aku dikecualikan dari kelas kerana menghantar pelajar ke pertandingan syarahan BI di SAM Bestari Subang Jaya. kebetulan sekolah ni dekat dengan tempat kerja suami aku. so petang ni dah boleh balik, esok pergi kerja dengan suami....(*_*)
sekian.

Monday, April 18, 2011

ToLoNg...KurAnGKaN KeRja Sy!!

salam to all...

YaAllah penat dan sangat sibuk hari ni. pagi-pagi masuk bilik guru, terus serabut dengan syarahan BI peringkat negeri yang akan diadakan jumaat dan sabtu ni. mana tak serabut, text syarahan tak buat lagi. budaknya baru nak hafal. sempat ke nak bertanding minggu ni jugak..;(

sambil meragkak-rangkak edit2 text, terpaksa curi2 masa buat notes dan preparation nak masuk mengajar 3 kelas sains. dalam masa yang sama, aku handle budak2 yang akan masuk pertandingan roket rabu ni. sibuk pula handle mereka berlatih buat roket guna botol plastik dan lancarkan kat padang sekolah.

dalam kalut-kalut tu, petang nya ada kelas tambahan. aku terlibat sama. kelas tambahan dikira OT bagi guru-guru. dibayar asing dari gaji. so bila nama naik, tak boleh lah nak tolak kan. waktu ni rasa nak pecah kepala, mana nak tengok roket, mana nak tengok syarahan, kelas tambahan lagi, kelas esok tak prepare lagi. maka dengan langkah drastiknya, budak2 kelas tambahan aku bawa ke padang. belajar sambil tengok budak roket. fuhh!! cikgunya yang berpeluh2..

terkejar-kejar macam masa hanya 3 jam sehari. makan tengahari pun tak sempat tadi. nak dihabiskan semua kerja yang pasti takkan habis dengan mudah. balik rumah rasa nak tidur terus je. tapi apakan daya, kerja lain pulak dah menanti. menahan mata dari terlelap, sempat lah curik masa update blog. sebab dah bosan sangat tengok kerja...

hari2 mengadu dengan suami akan kepenatan yg dialami dan kerja yang bertimbun2...

jawapan suami 'dengar cerita awak ni buat sy teringin jadi cikgu. seronok dan terasa hidup beerti kalau sibuk macam tu. masa tidak sia2..'

hurm~~~

sekian.


Sunday, April 17, 2011

Cer..CiTe...

salam to all

Cer..cite 1

kawan aku sedari tadika telah bertunang..19mac lepas. Alhamdulillah. Bakal menamatkan zaman bujangnya bulan 10 ini. tahniah Yana..*lambat pula aku update perihal pertunangan mu..



Cer..cite 2

alhamdulillah, dapat aku memenuhi hajat suami. dari berchenta sampai bertunang, beliau selalu kata teringin nak bawa aku masuk stadium tengok bola secara live. *beliau hantu bola sepak ye. beliau sentiasa ingin aku berkongsi minatnya.. malangnya mana mungkin kan. dah lah malam, berasak-asak pula. la ni dah kahwin, baru lah aku dapat penuhi keinginan beliau tu..selama ni beliau aja teman aku ke tempat-tempat kesukaan aku. dah tentulah shopping mall kan. ;-) jadi malam semalam aku teman beliau melayan hobi dan minat beliau..kami ke stadium shah alam tengok selangor vs perak. merempit dengan suami ke sana. merempit dalam ayu je lah..;p kalau naik kereta, alamatnya menempuh jammed lah gamaknya..

kebetulan yang indah, selangor menang pula 1-0. memang senyum sepanjang perjalanan balik. cuma senyuman hilang sekejap bila tengok anak muda merempit di highway jam 11.30 malam. merempit yang benar-benar rempit. aku rempit dalam syahdu je. depa rempit nak pulangkan nyawa...gaya rupa macam baru 16/17 tahun je. dengan tak ada helmet nya, naik motor gaya baring superman bagai, memang nak ragut jantung aku sekali. mana tak nya, kalau depa jatuh depan kami, mustahil motor kami tak jatuh sekali kan?? nasib baik, tak ada kejadian yang pelik2 berlaku.




tu je nak habaq..

nasib tak lawan KE_ _ _T_ _.. Kalau tak, mahu nya 'kite bako stadium'.... heeee

sekian

Friday, April 15, 2011

SYuKuR

salam to all

seminggu lebih berhempas pulas menjadi JURULETIH untuk pertandingan syarahan bahasa inggeris. memang letih. hari-hari balik pukul 5, sampai dua pelajar aku tu hilang suara aku suruh mereka berlatih tanpa henti..

dan alhamdulillah, semalam aku bawa mereka ke sekolah agama menengah bagan terap selaku tuan rumah pertandingan. dua2 anak buah aku dapat tempat. seorang johan dan seorang lagi naib johan (bagi 2 kategori: menengah atas (johan) menengah rendah (naib johan))..ada kebanggaan yang terbit di situ..;-)

penat lelah terbalas dengan kejayaan mereka. ucapan tahniah di sana sini. dan tuhan aja yang tahu, betapa aku tak senang tidur malam sebelum mereka bertanding. masa mereka ke depan buat persembahan, segala zikir meniti di bibir cikgu mereka ini. demi kejayaan anak didik.

masa diumumkan kemenangan mereka, Allah sahaja yang tahu hati ini...syukur..

wassalam

Monday, April 11, 2011

RuMaHkU SYuRgaKu

cecite 1

semenjak bekerjaya ni *chewah, masa untuk tidur terpaksa dikorbankan dengan paksa rela.
masuk kerja 7.30, habis kerja 5 petang. *ingat cikgu sekarang macam dulu ke balik pukul 1.10? huhh!! kadang-kadang dapatlah balik pukul 3 ke, 4 ke, tapi beban kerja yang dibawa balik rumah memang tak boleh blah. bersekang mata siapkan kerja sampai 3 pagi. ;(

bila jumaat tiba, baru lah hati gumbira. sebab nak balik. drive pun macam orang gila. tersengguk-sengguk menahan ngantuk. tangan kat stereng pun boleh terlepas. *memang gila ah. tak pernah mengantuk sampai effect memandu. hasishhh..

makanya sampai rumah, segala kerja sekolah tak disentuh langsung. kerjanya asyik keluar dengan suami. makan selagi benda yang diidamkan selama seminggu.. biasalah kat sungai besar ni McD pun tak ada, apa lagi secret recipe atau pizza. so sabtu je, suami akan bawa keluar makan selagi apa yang dihajatkan...

lepas subuh selalunya tak dapat tidur balik, so weekend je lah nak qada' tidur. masa tak kerja dulu, suami je tidur lepas subuh sebab penat kerja. ni aku dah kerja, aku pulak yang lebih. sampai sabtu lepas bantai tidur lepas subuh, terbangun pukul 9 lebih. suami siap dah masak air, beli nasi lemak dan menyapu. aduhai..maaf lah suami, isterimu sangat penat..;(

Alhamdulillah beliau sangat memahami..
hajat kami nak duduk di luar rawang tak kesampaian buat masa ini lantaran aku mengajar di sungai dorani. jadi kami menyewa di rawang jugak. minggu lepas, barulah dapat beli perkakas rumah. selama ni tak ada masa langsung. sibuk urus aku di sungai dorani ni. wang hantaran kawen yang aku terima tahun lepas, baru je aku gunakan untuk beli perkakas rumah..*hampir setahun simpan duit hantaran tu buat pekasam. huuu..memang itulah target kami. duit hantaran akan diguna untuk beli keperluan rumah bersama..

rumahku syurgaku....
sekian

Monday, April 4, 2011

USOP WILCHA..

salam to all

cerita 1

sudah kembali ke sungai dorani. cuti hujung minggu sekejap je rasa. sangat tak puas hati.!! bila cuti, langsung tak ingat & tak buka kerja-kerja di sekolah. mula je isnin, kelam kabut dengan segala macam tuntutan. but as usual, im cool. *ye ke??

semalam sepatutnya gerak ke sungai dorani dari rawang pada jam 3 petang. tapi lepas makan je, tak lalu nak drive. mengantuk oke. maka lepas asar baru bertolak. disebabkan semua guru2 seperjuangan, suami & keluarga tersayang menegah aku drive sorang2 lalu jalan bestari jaya yg sunyi lagi bahaya, maka suami terpaksa excort aku dengan motornya dari belakang sampai ke simpang jalan raja musa. jalan raja musa bahaya jugak tapi tak lah sesunyi jalan bestari jaya. mulanya suami nak excort sampai tanjung karang, tapi tak sampai hati pulak aku tengok dia bawak motor besar tapi follow kereta aku yang tak boleh nak laju..jammed dengan deretan kereta yang banyak di petang ahad. maka, lepas bestari jaya pun jadilah...maghrib je, aku pun tiba di sungai dorani...

hari ni je, kusut dengan segala macam kerja kat sekolah. modul pembangunan guru barulah, PEKA pelajar2 aku & dokumentasi yang tak siap-siap. siapa nak tolong?? aku kasi upah? *kepala aku pun macam dah mantong.

cerita 2

ke Sogo sabtu baru-baru ini, sempat merembat 2 pasang kasut. terima kasih incik lim eng leong...;-) *owh, silalah berkurang obsesi terhadap kasut ini. nasib tak pergi bahagian handbag.!

cerita 3

minggu lepas, sangat stress dengan tuntutan kerja yang melambak. secara realitinya, aku adalah personal yang boleh tahan dengan beban kerja yang agak banyak. *merungut tu biasalah tapi boleh teruskan kerja. dan aku tak suka menangguh kerja. disiplin kerja kene tinggi tak kira masa belajar dulu atau dah kerja kini. tapi bila kerja2 aku bersangkutan dengan orang lain, dan orang tersebut sangat lemah gemalai bila buat kerja plus suka tangguh2 kerja plus tak ada usaha untuk siapkan kerja dan itu semua memberi kesan kepada kerja aku, aku sangat tak boleh tahan. kerana orang seperti ini, aku yang tak boleh siap kerja. owh sangat tak puas hati..

maka, balik kerja menangis macam orang hilang anak.

jawapan suami ' dari bercinta dulu, sampai dah kawen..dari belajar kat utara dulu (gopeng) sampai belajar kat selatan (Johor), sy dengar tangisan awak. sekarang dah kerja pun menangis??? '

bila fikir2, sangat kelakar pula. (*_*) *aku ni memang penangis tegar. haishhh! suami lah tempat kesat air mata. huuuu..

moral of da story: 'dalam hidup ni, macam-macam ragam manusia kita akan jumpa. kalau semua org macam kita, senang lah kan. tapi Allah temukan kita dengan mereka-mereka yang lain dengan kita. supaya kita belajar apa itu sabar...' wallahualam.

usop wilcha? tak ada kene mengena dengan entry ini. tapi beliau sangat kelakar. '''kite bako je'....(^_^)

sekian.