Sunday, January 3, 2010

DeSTiNaSi PeMbUkaAn 2010

salam to all

hurm, entry pertama pada tahun 2010..

sejak tahun 2006 kalau tak silap aku, aku ngan kuzer akan carik tempat2 menarik utk dilawati & bawak sekali adik2 kami yg terchenta. tempat yg kami selalu pilih biasanya yg ade kaitan dgn kesan sejarah..tak pon tempat mandi manda & tanah tinggi.

kali ni (pembukaan 2010), kami plan beberapa tempat :
1) pulau pangkor
2) cameron highland
3) pord dickson
4) bukit cahaya sri alam
5) Aquaria KLCC

plan punye plan, kuzer lak tak berapa sihat. so kami pilih bukit cahaya sri alam atau KLCC saje tahun ni. dekat & senang pergi.

sabtu (semalam), kami gerak area 8.45 pagi. dalam kereta still fikir2 kemana destinasi. disebabkan semuanya minat sejarah (rasenye tak termasuk aku), kami tukar plan. terus menuju ke Negeri sembilan. tempat pertama pastinya Istana Sri Menanti.


depan istana sri menanti

agak tenang kawasannya. tambah plak, dah nak bukak sekolah, so kurang pengunjung..

batu bertikam.



then, kami ke lukut. nak lawat kota lukut & muzium lukut. seram jugak kat tapak kota lukut. sunyi jer. hujan plak waktu kami sibuk lawat kawasan ni. so tak dapat nak lama di sini.


depan muzium lukut





jalan2 masa hujan kat kota lukut

then, kami gerak ke muzium tentera. nasib hujan sekejap je. tp kene rush jugak sebab kami sampai pukul 4 & muzium tutup pukul 5. whoaaa.


dalam terowong PKM

destinasi terakhir pastinya pantai pord dickson. petang2 air pun dah pasang. adik2 je lah yg mandi. kuzer demam tak dapat mandi, so aku tak mandi lah jugak. cian kat kuzer. huhu

so, ni kije aku ngan kuzer


celup2 kaki je lah..


dan timbus menimbus. adik2 siap naik boat drift lagi. sekepala rm15.

maghrib je, naik dan berfikir2 plak samada nak tidur 1 malam atau balik malam ni jugak. majoriti nak tidur tapi keadaan kuzer tak mengizinkan. so kami balik jugak malam nye. singgah kajang untuk dinner. area 10setengah sampai rumah dgn selamatnya. Alhamdulillah.=)

*macam biase pesanan penaja = gambar2 lain aku upload kat fb ye. sini cuma 1/4 sahaja. sila jenguk kat fb aku.

wassalam.






5 comments:

farhana said...

wah..mmng minat sejarah la korang ni..
asal kua, mesti ade p muzium :)
yg boat 2, naik 2 org ya??
mmng besttt gile..melambung2..
syok xterkata hii

*Nad makin cengkung la..d mana pipi bulatmu (bulat yg still comey la) heee*

nEd~Ya said...

farhana
dorg yg minat ana. kalo kuar je, mesti carik tempat2 yg de sjarah. nad ikut je la. hehe
aah, boat laju giler tarik kite yg duduk dlm pelampung. memang drift habes. nad x naik pon. hihi

*ye ke ana? effect from da shawl kot. rasenye kebulatan pipi masih bersamaku. hahaaha. (duk umah patutnye makin sehat, ni cengkung lak ye)

Lim Eng Leong said...

saya mau muntah boleh .....?


hahahaha~;)

chamn said...

huhu... holiday ye.. syiok!~

nEd~Ya said...

buja
sudah lah sudah..(sila nyanyikan)
xde kije yg lebih murni ke incik? hahah

chamn
semestinye syokk habes!!..=)