Wednesday, January 6, 2010

NaK CeRiTa SiKiT Nie!

Salam to all

pagi2 bangun tidur, rumah aku dah huru hara sebab ade panggilan kematian dari Slim River. Nenek saudara aku yg berusia 60tahun dah kembali ke rahmatullah. =( al-fatehah ku sedekahkan.

secara jujurnya, aku memang tak kenal pon arwah nenek yg satu ini. jarang jumpa apa lagi berbual mesra, malah mak aku sendiri pon tak berapa rapat. tp kami pergi juga ziarah jenazahnya kat kampung balun. mak ayah aku ambil cuti mengejut dan aku yg sentiasa cuti ni sedia menemani mereka.

sampai sana, segalanya diurus dgn baik. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya dari urusan mandi, solat & kebumi jenazah.

...........

titik utama yg aku nak cerita di sini adalah budaya org2 di sana (kalau ia dikatakan budaya lah). bagus kerana mereka sentiasa bersalaman tak kira kenal atau tak. tapi yg tak tahannya, nak salam macam gangster kampung pandan. tengah aku borak2 dgn saudara yg baru dikenali (mereka tanya aku anak siapa, blaja mana, kerja apa dan bla2.. macam interview jugaklah) tibe2 insan ini tepuk belakang badan aku. duppp! bedebah. nasib baik tak tersebut perkataan tu dek mulut aku. bile aku toleh, makcik ni hulur tangan. mm (sila senyum cik pearl)'. aku salam sambil tersenyum..tak pe2, mungkin die tak sengaja..

sambung interview tadi...

duppp sekali lg..adeh!! nak terkehel bahu..

aku toleh, makcik lain plak hulur tangan nak salam. aku membelakangi mereka, jadi aku tak nmpk kehadiran mereka. (jgn kate aku kurang adab plak tak hulur tgn pada yg tua=)) '(sabar pearl..die nak salam je')..ok aku tenang2, salam mereka dgn menghadiahkan sekali senyuman yg paling manis ku rasakan..

sambung interview...

dupppp! kali ketiga ni mak oiiiiii...

pandang belakang.. satu makcik lagi..senyum..salam lagi..dlm hati 'ni nak salam ke nak carik gaduh makcik??'.. ('astagfirullah.. pangkat makcik tu pearl')..cool balik..


so aku perhati satu persatu makcik2 yg bersalaman..

ohh mereka memang begitu. siapa2 tak sedar kehadiran huluran tgn mereka utk bersalam, memang die sekeh je bahu ke, badan ke, lengan ke..mana yg sempat lah. janji salam. uiks..pelik.. kalo aku, mungkin aku sebut 'excuse me'...sambil hulur tangan hahaha. WTH! tak pon cuit sikit mereka2 ni sambil senyum dan hulur tgn..yup, lebih baik begini kan.tapi nak buat macamana, makcik2 punya pasal, aku cool babe!

sampai makcik keempat, aku dah biase. belum sempat die sekeh, aku dah senyum2 hulur tangan, selamat bahu aku dari tergeliat pulak ke..tambah2 makcik tu kate 'ooo ni anak cik can tu ye?? (mereka panggil mak aku dgn panggilan ' can') belajar lagi? tunggu SPM?'


wahh! nak siku aku 5x pon tak pe makcik. sila2.

...........................


*pepun yg penting kematian tu 1 perkara yg sgt2 pasti dan menginsafkan kita. terfikir seketika, bagaimana keadaan aku kalau yg pergi itu ibu atau bapaku? mampukah aku menguruskan jenazah mereka. dan kalau aku yg pergi dulu? =(


wasssalam

3 comments:

chamn said...

hakhakhak.. nasib baik x tekehel bahu~

aishahumairah said...

haha..lawak3..
benda yg jrg2 kita jumpa..
salunya org klu leh xnk tegur..
ni terlebih ramah plak=)

nEd~Ya said...

Chamn
kalo kene yg ke4 mahu terkehel..hehehe

aishahumairah
tegur even x kenal tu ok lagi kan tp ni siap tepuk2, sekeh2 tu yg x tahan..hahah
tensi2..=)