Saturday, August 29, 2009

CeRiTeRa RaYa

Salam to all..

walaupun baru berpuasa tak sampai 10hari, tapi fikiran aku dah terawang2 teringatkan kenangan2 waktu hari raya tahun2 lepas..terutama bila duduk2 borak dgn mak lepas sahur sambil basuh pinggan..ehe..kenangan manis memanglah byk..terutama masa kecik2 sbb nak collect duit raya..tapi tak kurang juga kenangan pahit..dan bila kenangan pahit ni jadi waktu tu, teragutlah kegembiraan aku utk terus beraya..huaaa..

pertama sekali waktu aku darjah berapa aku pun dah tak ingat..makcik saudara aku kena malaria..so raya je, kami sekeluarga dah lepak kat Hospital..so tensi la kan sbb waktu ni aku kecik, mana faham org sakit..yg aku tahu, raya je kena gembira, peraga baju cantik2 dan duit raya.. yg lain aku tak nak tahu..hehe

kali kedua kalau tak silap pada tahun 2005, pada hari raya ketiga..waktu ni aku keluar dgn encik abuzar..keluar je dr masjid kat selayang usai solat zohor, kereta kami terbakar..bukan terbakar sikit2 ni, memang terbakar hangus berkecai tinggal rangka..apapun, kami berdua tak cedera & sempat g selamatkan brg2. api tu plak nasib marak sikit2..kalau terus meletup, innalillah aku ngan dia dah..memang trauma lepas kejadian ni.. pantang berbau asap, aku mintak die berhentikan kereta..yela, bayangkan kes2 kereta terbakar dlm filem hisdustan..tak ke tragis dgn bunyik2 letupan..haa..camtula yg kami lalui..siap panggil bomba padam api.. balik je rumah, terkulai aku sbb dah hilang semangat..


dan pada keesokan harinya (raya ke4), dlm keadaan tak habis lagi rase terkejut coz kereta terbakar semalmnya, mak ayh aku plak excident depan traffic light batu 17 rawang..kereta mak aku berpusing dilanggar kereta kembara..ayah tak cedera tapi mak teruk gak la..sistem peranakan mak hampir jatuh..tp alhamdulillah, tak sampai macam tu.. kepala luka & kena jahit..:( sebulan gak mak aku nak pulih betol2 sebab hilang semangat..dan aku terus hilang semangat mengadap due kes berturut2..aduyai..

dan ader gak kes2 pahit pada raya tahun 2007 & 2008 tp tak libatkan family aku lah..so tak yah cerita.. cume tahun 2009 ni aku harapkan tak ada lagi ujian2 masa hari raya..tak sanggup beb..sob2x..

Ana billah walillah ma'allah
wsalam..

Tuesday, August 25, 2009

KiSaH Aku

Salam to all..

Alhamdulillah, sekejap je rase dah 2hari berpuasa..cuaca pun tak panas sgt, so dapatlah menahan lapar & dahaga dlm keadaan yg indah permai lagi selesa..:)

cuti sekolah ni mengundang kebosanan yg bukan sedikit utk aku lalui..minda dah berlegar2 memikirkan destinasi utk dituju bg memenuhi cuti seminggu..mm rabu ni kaki ini akan melangkah semula ke ukm..jubah masih blm dipulangkan & transkrip penuh blm dituntut.. terisi juga masa dgn perkara yg harus disetelkan berbanding hny duduk dirumah menganyam mimpi..:)

dan dua hari ni juga aku ke bazar ramadhan..terlupa plak diri ini dah umpama public figure bile kemana2 sahaja akn kedengaran 'teacher!!!'..aku sungguh bangga..hahaha..td aku berjalan dgn mak ke bazar ramadhan..tiba2 ade seorg anak kecil meraih tgn ku dan menciumnya..terpana aku sekejap..ank murid rupenye..tersipu2 die senyum..nak salam tp tak bagi signal..ingat nak ragut dompet tadi..:)

blm lagi kisah bertarawih kat surau..aku dapat tempat sebelah tingkap mlm semalam..tgh2 berdoa, terdengarlah bisikan2 ank2 muridku sambil membuka tingkap disebelahku..'tu teacher nadia' atau 'tu la teacher BI aku'.. ilang konsentrasi aku nak berdoa bile direnung ank2 murid dari luar tingkap..sebijik rase macam banduan yg dilawat di penjara..(sila bayangkan)..

apepun, aku sgt bahagia mengenangkan kanak2 ini..

cerita minggu lepas:
anak murid aku (amar) kehilangan jam tgnnya.. menangis tahap gaban kat kantin..aku yg beberapa meter dr kantin pon boleh kenal suara ank murid kesayangan aku menangis..dr jauh gak aku dgr cikgu2 lain marah2 amar..bukan ape, ekspresi amar menangis sgt dahsyat.. smpi cikgu2 lain kata die terover menangis..

aku bergegas ke kantin..tersayat hati dengar amar meraung..dan aku lebih hiba bila dari jauh amar bangun dan meraih tgnku...mungkin xde sorang cikgu pon nak backup die..sedangkan brg die hilang..nasib aku tak nangis sekali kat situ..huahua...
'nangislah kat teacher puas2..nanti kite carik jam tu sama2..'

tp malangnya aku pon tak jumpa jam die yg hilang kat surau..aku hny mampu pujuk die utk tersenyum kembali..cian amar.:(

Ana billah walillah ma'allah

wsalam

Monday, August 24, 2009

KOnVOku KOnVOmu JUa


Salam to all..

meh2 renung gambar2ku di hari graduasi ku yg permai lagi indah.:-)



adiah2 dari member2 & my family

Green vs Red


sengal tika ini


dgn merpati 2 sejoli..:)


ila, nab & zul



ngan Ajiz kesayanganku..huahua



dgn kamu..:)


yatie...








lambung2 setinggi mungkin..depan pintu gerbang ukm yg x tahan..


my bestie


family


again..

banyak lg gambar2..tak larat nak upload..jenguk2 lah my fb & fs oke..:)

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Saturday, August 22, 2009

TaK TaHu NaK LeTaK TaJuK ApA

Salam to all..
sgt terluka jiwa raga bila niat utk memulangkan jubah konvo hari ni tdk kesampaian..tapi nasib baik pergi naik kereta..kalo naik tren, bertambah lah malangnya..dtg penat2 & berasak2, tiba2 kena angkut balik jubah balik umah..huks..x sanggup..
jubah dah pon ditinggalkan kat bilik member..apa barang nak bawak balik semula..then sebelum balik dr ukm tadi, pergilah ke canselori tuntut gambar graduasi..aduhai..sgtlah teruja melihat buruknya gambar sendiri..mata ni dah macam mata musang..siap bersinar...ni yg rasa tak berbaloi bayar utk gambar sedemikian rupa..huaaaaaa...
sekali tgk je dah cukup, terus gambar tersebut diletakkan entah dimana..huhu..then balik tadi sempat singgah jalan tar..tapi sotong sira yg dicari tidak ketemuan..malang sekali lagi..hanya kurma yusuf taiyob (cmni kot eja) yg berjaya dijejaki..
***Selamat berpuasa dan berterawikh sy ucapkan kepada semua..Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...
Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Wednesday, August 19, 2009

CaKaP2 KoSoNg

Salam to all..

seminggu sebelum bergraduasi tadi, ramai kengkawan yg dah mula bergambar2, gementar, cuak & teruja..tp aura konvo aku hanya smpai bila aku dah berada dalam dectar kira2 setengah jam sebelum aku bangun beratur mengambil tempat..baru gelabahku tiba dgn pantas..ye..hormon adrenaline aku sgt lambat, lembik, lemah, lembut & lembap (sila baca dgn laju) kali ini.. adakah aku dikira sudah berjaya?? berjaya menjadi insan yg kurang kelam kabutnya...hahaha

disebabkan aura cuak konvoku lambat tiba (tak seperti kawan2 lain), aku mula memikirkan yg bukan2 waktu dlm dewan tadi..Mungkinkah aku akan terjatuh di atas pentas? atau terkehel disebabkan kasut aku? atau terpijak kain? atau tersadung kat karpet? atau mungkin juga jatuh tangga? atau topi jatuh ke lantai sewaktu tunduk hormat? huaaa...nauzubillah..tak nak aku cipta sejarah buruk di hari yg indah permai graduasiku..


Alhamdulillah.. akhirnya...

Tahniah aku ucapkan kpd diri sy sendiri..ehe..krn berjaya berjalan dgn penuh ayu, lemah lembut umpama sotong kurita ketika menapak di atas pentas demi segulung Ijazah & tunduk hormat penuh syahdu kepada Pro Canselor UKM petang tadi...begitu juga buat semua warga Fakulti Sains & Teknologi UKM yg bergraduasi petang tadi..(18Ogos09, 2pm-5pm) TAHNIAH..


nanti aku upload gambo2 menarik ye..seronok dapat banyak munge..:)

*** i swear......x akan bicara mengenainya..x bisa memikirkannya..x akan mempersoalkannya..Laluinya dgn bahagia sebuah alam remaja..jejaki semula duniaku..jgn tinggalkan aku..terima kasih semua..

ku ingin contohi dikau..:) krn aku juga perlukan bingkisan doa seindah itu..Amin..

Ana billah walillah ma'allah

wsalam





Monday, August 17, 2009

NTaH HapE2 laGik

Salam to all...

semalam sy berdoa..hari ini Allah berikan kesempatan itu..
semalam sy berasa cemburu, hari ini sy teruja..

berbaur 1001 rase..

ye ke tak??
tak percaya..

Allah telah makbulkannya secepat ini..
tapi...tak pastilah..

dan mereka bertanya soklan2 mengenainya.. i have no answer..
plz..dont ask me again.
dunno Y..
lidah terlaloo ringan..
nauzubillah..
i luv him..


ana billah walillah ma'allah
wsalam

NTaH HaPe2

Salam to all..

sy cemburu..sgt2..cemburu lihat mereka..

hati sy kotorkah?

ana billah walillah ma'allah
wsalam

AdaKaH CiNTa MemErLuKan SeBaB..

Salam to all..

Sy tdk cintakan dia kerana dia punyai rupa..punyai keunggulan seorang wanita, punyai kelembutan, punyai kemanjaan, punyai harta, pangkat mahupun kuasa...

Wanita : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Lelaki : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Wanita : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Lelaki : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Wanita : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya..

Si lelaki menarik nafas panjang dan dia berkata...

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Wanita tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan lelakinya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si wanita mengalami kemalangan dan koma.

Si lelaki amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada wanitanya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil wanitanya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."*

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Friday, August 14, 2009

TeRKiLaN

Salam to all

Masih kurang mampu menerima kenyataan semalam..Pemergian Ustaz Asri Bin Ibrahim @ Asri Rabbani..Menjenguk ke blognya pagi ini buat sy menangis..YaAllah, walo hny sekadar peminatnya, sy sudah sungguh terkesan..Bayangkanlah rase isteri, anak2, sahabat & saudara2nya..


kata2 indah di blognya...

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...




dan lagu terakhirnya yg sy dengar secara live adalah 'mana milik kita'... lagu yg sesuai buat kite utk memuhasabah diri..

"Dia merinduimu dan menjemputmu sebelum aku... wajarnya aku cemburu...Entah bila pula giliranku? Tugasmu telah sempurna... bertemulah Cinta Agungmu yang saban hari didambakan...Hilangkanlah rindumu dulu... pastinya kami juga bakal menyusul kesitu.." :(

Al-fatehah..

Ana billah walillah ma'allah

wsalam

Thursday, August 13, 2009

DiA BiSa MEwArNAi HaRi2 Sy

Salam to all..

hari2 persekolahan sy lalui dgn 1001 rase..seperti biase sy masuk ke kelas 2 bijak..amar, anak murid kesayangan sy bisa merubah hati sy yg suram kepada ceria..tp bisa juga mengeruhkan sesuatu yg jernih.

hari ni mood die agk pelik..apa yg sy cakap akn die repeat dlm keadaan yg mengecilkan hati sy..uiks.. jiwa sy tersentuh,,kecewa mungkin..so sy diam dan mengajar tanpa memandangnya..sy kate bahawa sy tak mahu berkawan dgnnya..sy merajuk..:) die terasa sy tdk melayannya seperti selalu..

sedang sy sibuk menanda buku2 kelas lain, dia datang kepada sy..

'teacher merajuk ke??'

sy diam dan hny mengangguk..

'teacher xnak kwn dgn sy??'

sy angguk dan berkata 'teacher xnk kwn dgn org yg x hormatkan teacher..'

die terus ambil kapur dan tulis sesuatu di papan hijau...

...'I LOVE T.N'....

sy hampir tersenyum..tapi masih buat x faham..sy tny padanya T.N tu ape..

sambil sengih die jawap TEACHER NADIA.

..:)



-------------------------------------------------------------------------------------------

kisah lain..

minggu lepas sy masuk ke kelasnya utk subjek seni..sy mengajar cara utk membuat boneka jari..waktu senggang, amar ke meja sy dan bertanya,

'teacher dah kawen ke??'

sy: blm..teacher muda lagi..

amar: umor teacher berapa?

sy: 22 yang..

amar: teacher dah ader bf ke?

sy: ader kot

amar: siapa nama die teacher?

berpeluh sekejap sy...mmm sambil tersenyum sy jawap 'AMMAR'

terdiam seribu bahasa die...hahaha

sebelum sy keluar kelas, die menunjukkan lukisannya kepada sy sambil berkata 'sy nak buat boneka dari dua gambar ni' terkedu sekejap sy dibuatnya...





alamak..tetap tak berapa jelas.. amar lukis dan tulis 'TEACHER NADIA LOVE EN AMMAR'

sy: :)

Ana billah walillah ma'allah

wsalam

Wednesday, August 5, 2009

KaTa-KaTa UtK DiFiKir2Kan BerSamA

Salam to all..

1) kalau kite pernah lakukan kesilapan, pasti kite menyesal bila kita sudah mula sedar langkah yg mula tersasar..dan kate cik aya, jika benar kite sudah sedar, maka takkan ada kesilapan serupa utk kali kedua..ye ke?

2) katenye pula laki & perempuan tak boleh berkawan sebenarnya..apalagi berkongsi masalah dan meminta pendapat peribadi..kalau tak, pasti melibatkan perasaan..ye ke?

3) sekarang sy dah nampak sebab dan rasionalnya Siti Nurhaliza memilih Dato' K sebagai pasangan..

4) utk mengaku kita punyai teman lelaki lebih mudah berbanding utk mengakui kita punyai teman wanita kerana lelaki sentiasa mencari & terus mencari hingga hembusan nafasnya yg terakhir..apa yg dicari? keselesaan hakiki mungkin...hanya padaNya sebenarnya..

ana billah walillah ma'allah
wsalam

***masih membasah luka
yg dulu pernah kau cipta
kau sayat kembali
diatas derita lama...

***tak pernah menjadi impian
dan hitam bukanlah harapan
mengering airmata mengenang percintaan
yg kini tinggal igauan...

Monday, August 3, 2009

BuKan Ku TaK SuDi

salam..

luv dis song..tak jiwang mane..tak skema giler..penuh makna..:)

Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita
Putus di jalan
Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa

Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa

Rupanya mentari dalam mainan percintaan
Telahpun ku bentangkan segalanya
Mencari entah dimana silapnya
Jelas asmara kecundang jua

Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi
Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu

ana billah walillah ma'allah
wsalam

Sunday, August 2, 2009

TiAda TajuK KhUsuS

Salam..

katanya dulu, apa yg termampu dia akan cuba sedaya upaya..selebihnya terletak pada aku.. bila aku dah mampu menguasainya....iaitu

"Keluar dari kenangan lampau, terima kenyataan pada hari ini....kite tak dapat ubah peristiwa yang berlaku TAPI kita dapat ubah perasaan terhadap kenyataan pada hari ini..fantasi hidup kita tak sama ngan realiti masa depan"

tapi ia dah terlambat..

saat aku berjaya, die lebih dahulu telah kecewa..

maafkan segala khilafku,,,

Ana billah walillah ma'allah
wsalam




MeMaNg AllaH SenGaJa

Buat tatapan semua...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada ia menjadi milik kita.

Berdoalah padaNya..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagi mana kamu taat akanNYA.

actually, ini juga adalah doaku..harapanku..tangisanku.. demi memiliki jiwa yg hebat, aku rela terduga begini..moga cerialah hatiku..


thanx to ana yg ceria..:)

Ana billah walillah ma'allah
wsalam