Monday, August 17, 2009

AdaKaH CiNTa MemErLuKan SeBaB..

Salam to all..

Sy tdk cintakan dia kerana dia punyai rupa..punyai keunggulan seorang wanita, punyai kelembutan, punyai kemanjaan, punyai harta, pangkat mahupun kuasa...

Wanita : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Lelaki : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Wanita : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Lelaki : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Wanita : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya..

Si lelaki menarik nafas panjang dan dia berkata...

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Wanita tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan lelakinya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si wanita mengalami kemalangan dan koma.

Si lelaki amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada wanitanya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil wanitanya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."*

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

2 comments:

merahitujambu said...

betul..cinta x perlukan sebb..tp kte ttp nk th sbbnye..tu laa manusia..ade naluri ingin tahu..

nEd~Ya said...

yup..pasti..
but 4 me, cukuplah dgn sebuah kesetiaan & kejujuran..
itu dah mggambarkan sgala2nya..
x perlu sebab2 lain..:)