selamat hari minggu..
bangun tidur terus sakit2 kaki.. otot membengkak dengan seia dan sekata.. semuanye berpunca daripada larian 1Murid, 1Sukan dan 1Malaysia..
Semalam semua sekolah di Malaysia, mengadakan larian 1M, 1S, 1M sempena menyahut seruan kerajaan.. maka berlarilah semua anak didik sekolahku, guru-gurunya dan ibu bapa juga.. menarik bukan?
aku juga tak ketinggalan. dah lama tak berlari. last dulu kat maktab kot. ;)
maka aku berlari..suami juga join bersama.
tak sangka dapat juga nombor 3 dikalangan guru-guru perempuan.. alah, 3 daripada 10 je kot. haha..
dan suami juga dapat tempat ketiga dalam kategori ibu bapa penjaga..bak kate MC majlis sekolah aku semalam 'tempat ketiga adalah incik lim mewakili penjaga cikgu nadiah'.... hiiiii.. semua pelajar senyum sumbing..
suami aku berkenalan dengan beberapa rakan kerja aku..ustaz2 dan beberapa guru lelaki.. ustaz bertanya pada suami 'abg ni bapa kepada pelajar mana???'
suami tersenyum... apa lah yg dijawabnye...
*ustaz yg berusia 30-an panggil suami dengan panggilan abg.. memang dah mcm bapa org la tu kot. heeeeeee...
*mana tak sakit kaki, lari setahun sekali...haih!!
*gambar2 ada dalam camera sekolah.. tak dapat nak upload..(*_*)