Alhamdulillah, telah selesai majlis konvokesyen aku kat dewan sri siantan, putrajaya 2 hari lepas. konvo kali kedua..syukur ke hadrat Allah..;)
konvo kali ini banyak bezanya dengan konvo ku yg pertama pada 2009..
- ini konvo diploma ku, maka tak ada lah bertopi2 macam masa ijazah dulu..
-konvo ni wajib bertudung putih..berkasut tutup yg bewarna gelap dengan ketinggian at least 1 inci..
- tetamu yang hadir adalah ayah dan suamiku..walaupun aku dapat rembat 3 tiket tetamu, tapi mummy tak dapat pergi, menjaga cucu.. mak mertua pun tak dapat pergi, menjaga anak..
- konvo yg aku rasa sangat simple. lepas keluar dewan terus pulang jubah.. tak ada bergambar sakan gaya kuak lentangnya.. terus masuk kereta dan balik..
-konvo ni tak ada pun sibuk nak tukar2 bunga dengan member2. dulu masa belajar, eksaited tukar2 bunga.. ni dah kerja (dah ada gaji) tak ada pula rasa nak membelinya.. malah hampir semua member tak ada/dapat bunga.. *kedai/gerai bunga memang boleh tutup awallah kirenye hari tu..;) (kecuali pelajar2 yg ambil ijazah, depa nampak excited lebih la.. heee)...*aku still dapat bunga, dari suami..;)
aku masuk rumah bawa bunga ni..
mak : amboi, dapat bunga jugak. dari siapa?
aku : suami
mak : hurmmmmm..tak ada org laiin kew..
aku : hamboih, boleh tahan jugak mak ni..suami je ada..bf dah tak ada. ;p
dan setelah 3 hari bercuti sempena konvo, hari ni aktif di tempat kerja semula.. ;p
*beberapa tahun lagi, mungkinkah akan ada konvokesyen seterusnya... amin....