Alhamdulillah genap 24tahun pada hari ini...
petang semalam dah balik semula ke sungai besar..sedih menyambut bufday di perantauan.. thn lepas di Johor, tahun ni di sungai besar..tapi alhamdulillah, suami ikut teman semalam.. pagi ni beliau ke tempat kerja dari sungai besar. perjalanan 2 jam.. pengorbanan suami katenye.. terima kasih yunk..;)
dan nasiblah semalam suami temankan, pukul 1 pagi terjaga dari tidur, ribut dan puting beliung.. kawasan sungai besar ni memang selalu kena ribut teruk.. dulu tsunami pun kena.. so memang sangat cuak..atap rumah berterbangan, bumper kereta pun tercabut dan terbang, pokok tumbang dll. hati ini hanya tuhan yg tahu. aku dan suami tak henti2 berdoa..sampai aku terfikir 'ini hari ulangtahun kelahiranku dan boleh jadi ini tarikh kematianku'.. berada dalam keadaan tersebut menjadikan aku rase kerdil dan insaf pada kebesaran Allah.. syukurlah, masih panjang umur dan diberi peluang seterusnya untuk hidup dan jalankan amanah..
dan pagi ini, aku seharusnya bertemu kali terakhir dengan nurul huda, guru praktikal sekolah ku..tapi malangnya waktu dia datang, aku dalam kelas. dan dia tak dapat tunggu, nak rush balik ke KL. kecewa.. hadiah yg ditinggalkan atas meja aku sangat menyentuh kalbu.. hari ini hari jadi kami. tarikh yg sama, umur yg sama. syahdu sungguh rasa hati...;(
dari mlm tadi ke pagi ini, segalanya penuh hikmah dan rahmat.......
tak mahu bersedih..tukar cerita ye..
sempena birthday tahun ini, janjiku pada suami harus ditunaikan..aku berjanji dengan beliau tahun ini aku akan mula belajar minum susu..satu2nya air yg aku tak minum selepas umur 12 tahun. aku mengikut perangai mak yg tak suka minum susu.. tapi ia kan beri kesan buruk bila kita tua nanti.. macam mak dan mak mertua aku, kene ambil pil kalsium.. bila excident, nak recover ambil masa yg lama..mak dan suami tak nak benda yg sama jadi pada aku..jadi aku perlu minum susu..huuuu
.kini dah 24tahun, perlu belajar semula..tahun lepas, mak pernah belikan anlene, tapi 1 teguk minum, terus buang..sepeket susu itu disedekahkan kepada org lain. untuk tak nak kejadian itu berulang, suami belikan susu kotak siap.. katenye tak adalah aku bagi alasan lupa bancuh dan sebagainya. ;)
taraaaa...
1 kotak kecil je untuk 1 hari buat permulaan.. harus dipujuk tekak ini utk menerimanya..itupun beli perisa chocolate...mudah2an usaha tak tinggal usaha..aminn;)
cerita lain
dan semalam teman baikku tingkatan lima bertunang..dan insyaAllah bulan 10 ni akan bernikah..tahniah diucapkan kepada fadilah Jalal..semoga berbahagia selalu..
cantek tak baju tunang beliau?? tailornye adalah tailor yg jahitkan baju nikah aku.. dan rekaannya hasil kreativiti kami dan majalah pengantin. hehehe.. *nak jugak mention nama sendiri.. ;)
sekian wassalam..