tiba-tiba ada rindu di sanubari..
teman-teman se'UKM' dan se'KIMIA'..kami berempat yang tidak asing lagi.. dari kiri elissa, nadia, fairuz dan aishah.
tautan persahabatan kami bermula di akhir tahun dua di UKM. ke mana-mana pasti berempat atau kalau berpecah pun, pasti berdua dan berdua. dalam lecture hall akan duduk sekali dan pasti mengambil tempat samada baris kedua atau ketiga dari depan. terang sikit mata memandang lecturer.
si elissa ada sebijik kereta. so mudah kami merayap bersama-sama. tapi kami bukan jenis merayap pun, paling jauh pergi warta bangi beli barang dapur untuk dimasak bersama samada di bilik aku atau di bilik aishah (sebab kami tiada roomate, so senang nak masak memasak).
si aishah pula ada motorsikal..aku selalu juga meronggeng beliau ke kuliah. kalau ke dewan exam, biasanya kami akan naik kereta elissa. ambil mood exam bersama-sama.
kami masing-masing ada peel sendiri. jangan cakap pasal gaduh, biasa sangat kalau perang-perang mulut. tapi tak lama, esok dah boleh makan bersama..;-)
kenangan yang tidak dilupakan bila final exam di tahun akhir. si aishah tertinggal calculator saat kereta elissa baru je park kat depan dewan exam. pelajar lain semua dah masuk dewan. pelajar sepatutnya masuk dewan 15minit awal. macam mana ni? semua kelam kabut. takkan nak suruh aishah jalan kaki sorang2 balik kolej. jauh oke. maka elissa la kena hantar kan? aku dan fairus takkan nak masuk dewan dulu? nampak sangat pentingkan diri.
maka elissa lock semula kereta. sambil membebel marahkan si aishah yang careless, kami semua berpatah balik. 'dah sorang lambat, baik semua lambat'..kami ketawa dengan kamikazenya balik kolej. sampai semula dewan exam, semua pelajar dah mula menjawab pun. dengan slumber + kibut, masuk jugalah kami ke dewan dengan jelingan semua pelajar2 lain...dalam hati kami semua berzikir, 'aishah...aishah.'...;-)
yang pasti kami ada beberapa persamaan yg ketara:
1- kami antara yang terawal di antara semua pelajar kimia UKM (75 orang) yang bertunang dan berkahwin dengan pilihan hati masing-masing.
2- kebanyakan budak kelas tak tahu siapa bf / tunang kami.
3- kami selesa berkongsi kisah cinta antara kami sahaja. biasanya kawan kelas semua tak tahu dan menganggap kami single mingle.
4- kami kurang perasaan untuk mengepaste wajah2 insan tercinta di alam maya dan declare hubungan cinta kepada umum sehingga sah bergelar tunang kami. tu la pasal kat fb kami banyak soalan sebegini 'eh, ko dah tunang?' 'la, bila nikah?' kawen je baru kami uar2 kan..=)
5- dan kami tak begitu suka bersosial tanpa arah. semua anak mak bapak. suka lekat kat rumah.
6- sebelum grad dulu (Ogos 2009), kami semua kecuali fairus menjadi guru bahasa inggeris di sekolah2 tertentu berdekatan rumah kami masing-masing.
7- Kami apply master sama-sama di UKM tapi tak ada seorang pun menerima tawaran. kami tak pernah bermimpi untuk menjadi guru tapi kini elissa seorang guru di sekolah swasta, aisha juga seorang guru GSTT di sekolah menengah kerajaan dan aku juga bakal guru sekolah menengah kerajaan. insyaAllah. fairus?? lari dari bidang kami..=)
elissa : dalam geng kami, beliau yang bertunang dan berkahwin dulu. gambar ni di hari perkahwinan beliau 6/6/2010. dan kini beliau mengetuai kami untuk menjadi seorang ibu pula..beliau sedang berbadan dua. congratz dear.
aishah : yang ni gambar beliau di hari pertunangan beliau 26/12/2010. bakal menjejaki jejak aku dan elissa untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga..insyaAllah.
fairuz: hanya beliau yang masih single. jauh di Terengganu. moga aura perkahwinan elissa ke nadia ke aisha akan tiba juga ke fairuz tak lama lagi... aminnn..
wassalam
2 comments:
Aisyah da bertunang?
Wahhh, congrats to her =)
ana
yup, cenggitulah..
tq..;-)
Post a Comment