hepi new year guys. sepatutnya ada 1 entry semalam iaitu 'entry akhir 2010' selepas entry di bawah ni 'entry kedua terakhir 2010'.. malangnya tak sempat buka lappy semalam. aku balik kampung dan malamnya ke Mid Valley untuk menonton The tourist. sampai rumah dah pukul 12 malam, tak sanggup pula nak mengupdate dikala bantal dan katil memanggil-manggil dengan begitu sayu sekali.
ok. tak apelah, dah terlepas pun kan..
2011-24
maksudnya pada tahun 2011 umurku meningkat 1 tahun lagi menjadikannya naik ke angka yang begitu kiut iaitu 24tahun. Alhamdulillah. semoga panjang umur dan murah rezeki. amin.
sepanjang 2010, banyak perkara dan perubahan demi perubahan telah berlaku dan tentunya perkara suka dan duka silih berganti.
Antara perkara-perkara terbesar yang terjadi dalam kehidupan aku sepanjang tahun lepas adalah :
1) Sambung belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim JB untuk diploma pendidikan.
2) Menjalani praktikal di Sek. Men. Keb. Tasek Utara, Johor Bahru.
Bersama guru-guru SMKTU semasa menjayakan misi mendaki Gunung Ledang
3) Kehadiran insan baru dalam keluarga iaitu anak buahku.
5) Honeymoon di Bukit Fraser, Melaka dan Pulau Pangkor.. (Tak berapa suka pula nak guna perkataan honeymoon, gemar menggantikan perkataan tersebut dengan 'percutian' sahaja. tapi ramai pula kata aku pergi honeymoon..hurm bolehlah. cuma percutian ke Pangkor bawa family, kira honeymoon dengan family sekali lah..;p)
unpublished photo..;p
6) Kenduri kahwin sendiri pada November dan Disember.
Alhamdulillah. 2010 banyak memberikan kenangan terindah. moga 2011 menjanjikan kenangan dan kehidupan yang lebih indah dan gemilang hendaknya. Amin..
SELAMAT TAHUN BARU 2011 SEMUA.
No comments:
Post a Comment