Monday, January 10, 2011

ToLoNg InGaTkaN AkU

salam to all..

ok. cute sekali tajuk entry kali ini. sempena kemenangan si Ana Raffali baru sat-sat ni dalam AJL25. aku peminat Ana Raffali? owh, belum lagi nampaknya. tapi tidak pula aku anti dengan penyanyi ini hingga menulis dengan penuh perasaan status di facebook bahawa ada yang lebih layak untuk menang berbanding beliau. boleh tekan perut sambil tersenyum melihat status2 kengkawan di FB yang tidak rela beliau dinobatkan sebagai pemenang. relax2 sudah babe. rezeki beliau oke. yang lain jangan emo2, cuba lagi di tahun hadapan. smile..;-)

cerita lain....

anda baca paper kebelakangan ini?

kisah madu menetak madu a.k.a isteri muda menetak isteri tua. fuhhh!! jadi isu seketika kes ini di kalangan keluarga ku.

secara kasarnya, kebanyakan wanita menolak poligami. ada yang mengatakan 'golongan ini tanpa sedar telah menolak hukum Allah secara terang-terangan'...

kisah wanita berusia 50-an ini yang ditetak oleh madunya jadi isu, bila ada suara mengatakan 'wanita ini menerima madu, mengimpikan payung emas di syurga, sanggup berkongsi kasih, berkongsi rumah (rumah yang dikongsi bukan rumah suami ye, rumah isteri pertama a.k.a rumah beliau sendiri) dan barang keperluan, malah dirisaukan pula anak madunya samada kenyang atau kelaparan..' tapi ini pula yg diterima olehnya.

maka sebab ini golongan tertentu tadi jadi khuatir untuk bermadu.

siapa yg harus dipersalahkan???

jawapan ayah aku : kalau tak mampu, jangan beristeri dua..(Selalu jawapan2 begini lahir dari bibir wanita)

jawapan mak aku pula : kesian isteri pertama. kalau rumah mak besar pun, mak tak kisah nak kongsi dgn madu, tapi jgn tetak2. sakit dia dgn anaknya. aduhai, kenapa jadi macam ni..

sedih pula aku dengar mak aku semacam merintih.

*mak aku memang wanita yg sgt2 cool kalau cerita bab2 poligami.

;-) peace no war katenye...

moral of da story : madu itu manis..(owh, tak ada kena mengena)

wassalam....

No comments: