cuti yang tak dirancang..tiba-tiba teringin nak makan sotong gula Pulau Pangkor dan ikin bilis dari sana. bulan lepas baru ke Pangkor, of course la stok sotong dah habis..ikan bilis pun dah habis sebab aku melalui tahap kerajinan luar biasa dalam memasak ikan bilis sambal & ikan bilis goreng cili api kebelakangan ini..
Kebetulan suami cuti 4 hari..2 hari pertama tak ke mana-mana tapi terasa boring pula. maka ahadnya kami memaksa (wah memaksa) ayah dan mak ambil cuti dan kami ke Lumut sekali lagi.. kali ni tak sampai Pangkor pun. ke teluk batik, manjung dan Lumut sahaja.
Ahad pagi-pagi dah gerak ke Lumut. Sebelum sampai sana kami sempat menyinggah ke kompleks pasir salak. kalau ada baca entry sebelum ni, aku ada cerita tentang percutian kami ke Pangkor bulan lepas. kami singgah ke kompleks pasir salak tapi dah tutup. jadi kali ni tak melepaskan peluang ke sana sekali lagi. dengan bayaran Rm4 untuk dewasa dan Rm2 untuk kanak-kanak, dapatlah kami melawat Rumah Dato' Maharaja Lela, Tapak JWW Birch dibunuh, Terowong sejarah, rumah kuntai, kubur si puntum, galeri sejarah, pentas belotah dan tugu peringatan birch & pahlawan2 perak.
kemudian, terus ke Teluk Batik. carik chalet/hotel dan finally kami sewa hotel Valley View di Teluk Batik. Petangnya hujan pula, kami tak turun mandi pun. makanya kami mengulit mimpi2 indah di hotel je lah gamaknya..malamnya kami ke lumut bershopping sotong dan ikan bilis.
Esoknya(isnin), kami gerak balik ke Rawang..(Bak kata abg ipar aku 'la, mai sini nak tidur je rupenya...=)) ape salahnye kan? penat2 kerja, cuti sehari dua lari sekejap ke kawasan yang mendamaikan untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan berehat. (macam aku je yg penat bekerja tu..;p)
Itu sahaja percutian sempoi dari kami.
macam ada tema pula. semua merah..kebetulan je sebenarnya...
with husband
@ kompleks pasir salak
replika keris kot
Tapak JWW Birch dibunuh
Rumah Kuntai
replika meriam
sebelum balik, lunch kat tanjung malim..
gambar2 banyak disnap kat kompleks pasir salak je..yang lain2 tak snap banyak sebab tempat percutian yang sama..=)
raya cina mahu pergi bercuti lagi boleh tak? ;-) bagus juga bersuamikan insan yang suka berjalan2 dan meneroka tempat2 baru dan bersejarah ni.. dapat honeymoon berkali2 dalam setahun..yihaaa..
wassalam
No comments:
Post a Comment