Tuesday, January 25, 2011

iLmU dan ImaN UkUrAN PeRbEzAAn MaNuSia

entry jiwa tercalar.

YaAllah..sakitnya hati ni..

aku sangat sakit jiwa lihat spesis macam korang.

salah kami hanya dua iaitu 1) menceritakan dan meluahkan masalah kami pada orang macam korang.

dan korang boleh putar belitkan cerita sampai semua orang tahu. glamour jadinya kami.

dan 2) percaya pada korang yang kononnya adalah kawan / saudara yang mampu menepis kesedihan kami. tapi kami totally wrong.

sedap nye buat cerita sampai orang lain salah faham dan datang serang menyerang. siap gegar pintu / grill rumah orang,.

kami nak balas? owh sangat mudah. boleh saja, pergi semula ke rumah korang dan gegar pula pagar rumah korang. jangan lupa bawa parang sekali.

tapi apa yang menyekat kami?

Ilmu oke. kalau kami serang korang, bermakna kami letak minda kami sama kelas dengan minda kalian. taraf yang begitu rendah. mesti marah kan aku kata minda bertaraf rendah? tapi itu REALITI.

kalau dulu aku langsung tak pandang perbezaan ilmu manusia.. tapi sekarang biar orang kata riak, tapi aku nampak perbezaan ilmu membezakan tindakan kita.

andai hidup kami dirampas oleh orang lain pun, belum tentu kami nak pergi serang-serang orang directly apa lagi gegar2 rumah orang bawa parang. maki-maki, carut-carut dan bidas membidas bukan budaya hidup kami terhadap insan lain.

tapi kamu? lidah kamu memang senjata paling tajam. kamu memporak perandakan orang. menyerang dan mengganggu ketenteraman orang.

YaAllah, rasa nak sepak-sepak kamu bertalu-talu. serius.

ok, kalau A berkawan/bersaudara dengan B dan semua orang tahu pertalian baik mereka. tapi tiba-tiba A menyampaikan sesuatu yang tidak baik tentang B kepada orang lain (contohnya C)..

kalau anda jadi C, apa pendapat anda? ke anda bodoh-bodoh je percaya cakap A???

kalau aku di tempat C, aku tahu yang mesti ada sesuatu yang pelik berlaku pada A & B. kenapa A perlu burukkan B sedangkan mereka baik sebelum ini. sah-sah aku boleh teka tahap kemuliaan hati A. kalau berkawan/bersaudara, aib si B mesti si A tutup. kalau lagi dijaja-jaja bermakna si A memang berhati *&^%$.. dan seharusnya si C mendapat keterangan B terlebih dahulu sebelum menghakimi B.

ini tidak. dengar je dari A terus percaya dan memandang serong pada B. memang lah kelas korang sama. sesunguhnya Allah juga yang adil. manusia cuma mampu berlagak adil sedangkan sudah menghukum sebelum menghakimi.

dan korang berdua adalah A itu.

selamat bertemu di akhirat.

4 comments:

Nazry Iskandar said...

sabar nadya.. macam-macam manusia di dalam dunia ni.

nEd~Ya said...
This comment has been removed by the author.
nEd~Ya said...
This comment has been removed by the author.
nEd~Ya said...

yup, sedang terus bertahan & bersabar, tu pasal duk hambur kat cni je..;-( tensi dgn tingkah segelintir manusia..haishhh!!
tq nazry...