salam to all..
yihaaa..seronok sgt kembali ke ukm..bagi mengubat luka di tepi jantung..ehe..sampai stesen ukm, aku naik teksi macam kebiasaan yg aku lakukan selama 3tahun dulu..uncle teksi pon macam biasa tanya nak kemana.. aku boleh gugup la plak..siap berputar2 dalam minda, nak ke KIY ke KUO ye..yela, dah lame tak balik ukm..sampai gagap nak cakap ke KIY..mesti uncle teksi tu fikir aku terpana lihat kekacakan die..kacak kah? entah.. Aku sgt lemah bab2 mengukur kehenseman seseorang..
sampai je KIY, laju je kaki aku ke blok lama..K14D..sayu je hati tgk jalan tu lengang..sampai je terus aku serbu bilik Yati..teman sefakulti..bilik die la aku nak setinggan malam ni dan beberapa malam seterusnya..entah sampai bila, aku pon tak tahu lagi..aku & yati pon dah lebih 1 sem tak jumpa..die pergi praktikal..semua cerita & gosip2 hangat yg berlaku sem lepas akan aku khabarkan kat dia..Moga beban yg ada kat pundakku berkurang sikit.. apa salahnya bagi dia pikul separuh beban nie..ehe..
petang tadi kami jalan2 ke tasik kejuruteraan.. ok la setakat nak ambil angin..jalan kaki je pergi sana..kalo ada transport mungkin dah sampai ke tasik cempaka..:)..sampai je sana, terbukak satu persatu catatan duka diana naim..eh silap, pearlnedya..ehe..tersembur2 air mata ni keluar..yati pon tumpang sekaki membersihkan mata.. aduyai..murahnya air mata aku..patutla mata aku ni clear je. dah semakin jarang aku pakai spek mata..:)
tapi sebenarnya bagus jugak, selain dapat meluahkan apa yg patut, kami sama2 dapat muhasabah diri..kenali kelemahan diri sendiri dan membuka mata mengkagumi KebesaranNya..
agk2 dah nak senja, kami angkat kaki balik..sendu je hati bila melewati cafe & bilik lama aku kat blok yg sama.. siap aku termenung depan pintu bilik lama aku.. suatu masa dulu aku yakin aku akan kembali sebagai pelajar sarjana kat sini..tapi impian tu tak dapat dipenuhi buat masa ni..Entahla, sedih pun ada bila dengar Dr. Rozali dah tetapkan tajuk tesis aku untuk peringkat ini..but finally aku terpaksa tolak..bukan kehendak aku..tapi sekadar menuruti sesuatu yg mungkin dah ditakdirkan.yeke takdir? ke aku yg langsung tak berusaha mengubah nasib? sedangkan tawaran ada depan mata..cuma perlu berusaha meyakinkan KPM dan dapatkan surat sokongan Prof & TNC..tapi aku langsung tak buat apa2 walopon tahu langkah yg perlu aku ambik...huahua..sedey..bukan tak nak tapi hatinya perlu aku jaga..aku jaga btulkah? dia mintak aku jaga hatinye kah? Entah..tak ada jawapan..
panjang lebar dah rupenye aku ketengahkan isu rumah tangga aku..isk2
Ana billah walillah ma'allah
wsalam.
No comments:
Post a Comment