Salam to all..
Masa zaman cumell2 dulu, sy selaloo mengatakan hati sy punyai 4 ruang..1 ruang utk ayah, 1 untuk emak, 1 ruang untuk kakak dan 1 utk adik..inilah kehidupan sy di dunia..mksdnya insan2 yg sgt sy hargai dan sayangi di dunia..
mak selalu cakap 4 ruang ini jgn dibiar semakin mengecil walau apa pun terjadi.. bak pepatah org tua2, air dicincang tak kan putus..kamu dah cuba? tak putus kan?? mak cakap lagi, biarkan ruang ini terus kekal dalam hati sy sampai hujung nyawa..hanya mereka berempat menerima baik buruk sy dan mereka tak kan pernah tinggalkan sy walau apapun yg terjadi..
bila ayah marah sy atau ayah tak tunaikan permintaan sy (cthnya belikan sesuatu yg sy nak), sy akan kata dibelakangnya ' hati adik tinggal 3 ruang'..haha.. nakal btol.. tak pon 'ruang pertama hati adik dah kecik'..adoi..sampai macam tu..mak selaloo ketawa bila sy cakap macam tu..mak kata sekarang keciklah, kalau ayah belikan mesti ruang tu terus besar'...hehehe..
kelaka bila diingat2 semula..:)
saat ini sy mengakuinya..waktu sy bergembira mereka tersenyum senang, ketika sy bersedih mereka turut merasainya, saat sy melakukan kesalahan, mereka tidak membuang sy..setakat telinga merah je lah kene marah..:)
inilah bezanya hubungan keluarga yg punyai pertalian darah dengan hubungan sesama manusia yg kita cipta..
kamu pon sama kan? punyai keluarga tercinta yg sentiasa berada di belakang kamu saat jatuh bangun seorang yg bernama kamu..:)
ana billah walillah ma'allah
wsalam
No comments:
Post a Comment