Ramadhan..
ramai bersedih kerana ramadhan akan berakhir..
tapi betul kata seorang teman 'jgn mencintai ramadhan dan HANYA beramal beria2 dalam bulan tersebut'..sedangkan bulan2 lain ade juga kelebihan tersendiri dan amalan harus dijalankan dengan istiqamah..
kenapa di bulan ramadhan kita lakukan solat hajat, solat taubat dan solat2 sunat lain tapi di bulan yg lain, solat fardu nya juga tidak menentu..
dan lebih menjentik hati, status kawan2 di fesbuk..
ada yg tulis, nak bertadarrus, nak qiamullail, nak itu nak ini..
sedarkah kalian, ia boleh menimbulkan sifat riak dan ujub..
apabila kita merasa amalan kita banyak berbanding org lain, maka amalan kitalah yg paling sedikit di sisi Allah..
nauzubillah..
aku takut..aku takut aku pun jadi macam tu.. maaf bagi yg terasa.. tapi ini untuk perkongsian kita bersama. banyak perkara yg aku google dan banyak perkara yg telah terbukti.. jadi aku tuliskan di sini mengikut kefahaman aku dan ada juga mengikut pengalaman sendiri sebagai peringatan buat diri sendiri khususnya..
******
runsing.. setiap minggu balik ada sahaja kematian di jalan raya..
bagaimana kematian aku kelak??
bila?
apa sebabnya?
boleh gila kalau difikir2kan..takut..
nauzubillah..
tapi kematian itu pasti..
maka berusahalah untuk mempermudahkan kematian kita..
antara langkah2 nya :
1) memohon maaf pada semua yg mungkin pernah kita zalimi..
2) membayar hutang
3) menjalankan segala amanah yg dipertanggungjawabkan
4) beramal secara berterusan dengan melakukan segala tuntutan yg wajib..
mari kita berusaha..ye??
*teguri aku atas segala kelemahanku..maafkan segala khilafku..