Friday, August 19, 2011

NaK CoRet2 TenTaNg ayah

salam to all..

malam tadi terlepas cakap kat ayah yg aku menghabiskan ratusan ringgit untuk kuih raya tahun ini.. maka apa lagi, telinga ini terus sahaja berpanas di corong hp mendengar taklimat pengurusan wang secara percuma dari daddy tercinta..aduyaiii..ni belum suami lagi..

ayah kata aku terlebih sudah dlm berbelanja untuk kuih raya.. belum lagi baju raya, persiapan rumah lain dan duit raya.. OMG..

memang diakui, ayah adalah insan yg bijak menguruskan kewangan.. beliau tidak kedekut tapi beliau juga tidak boros..

apa sahaja kehendak anak, selagi mampu beliau akan tunaikan tak kira cepat atau lambat.. beliau tak melarang kalau adik aku minta ps1, ps2 lah, home theatre la, DVD player dll..
belum aku lagi minta hp la (mase sekolah dulu) brg2 branded dll..

alasan beliau : beliau pernah remaja, beliau tahu remaja punya keinginan tinggi..beliau berikan selagi termampu tapi sebagai tanda penghargaan, beliau inginkan kejayaan kami dalam apa jua bidang2 yg +ve.. alhamdulillah, kami dah buktikan sedikit demi sedikit..

berbalik pada pengurusan wang, beliau sentiasa merancang. bak kata beliau perancangan sangat penting..contohnya, setiap bulan ada peruntukan buat isteri beliau untuk barang basah/kering. peruntukan belajar anak2, .. kalau bulan puasa, sebulan sebelum puasa dah ade perancangan..ada peruntukan ke bazar.. kalau raya, ada peruntukan baju raya, kuih raya, duit raya dll..kalau berjalan, ada peruntukan untuk makan, hotel, buah tangan, minyak kereta dan serba serbi lengkap..

belum lagi tabung bencana alam kat rumah kalau ada saudara/kawan nak pinjam duit.. dan tabung segala bil.. bila dtg je bil astro, hp, api, air dll, keluar duit dari tabung tersebut je..

jadi balance hanya untuk belanja harian beliau, kereta, rumah dan simpanan...

SIMPANAN WAJIB ADA. tak kira sikit atau banyak.. ini prinsip beliau...

belum lagi kalau beliau servis kereta, sekecil2 sparepart yg ditukar pasti dicatat.. maka bila rosak pada 1 masa, beliau boleh tahu benda tu baru tukar atau dah lama.. jadi tak dinafikan lah kereta beliau yg dah berusia 10tahun masih laku 25k.. macam baru..aircond sejuk walau tak pernah servis.. betapa beliau menjaga dengan baik..

beliau seorang pengurus yg baik. apa sahaja yg diurus, pasti berdisiplin..itu pasti.. ditambah dengan kecerewetan yg agak tinggi, maka ia sempurna..

bukan itu sahaja, semua yg dibuat dari sekecil2 hal, semua ade perancangan..sampai nak pergi rumah org kawen pun perlu rancang baju nak pakai (biasa org perempuan je mcm ni), duit nak disediakan, jam berapa nak gerak, tulis kat kalender dll.. suami aku dulu pun pelik..kagum seketika.. la ni dah jadi bapa mertua, dah terbiasa...kalau tak berdisiplin, tak payah la join ayah aku tu.. dapat taklimat free je kang..;)

kalau tak ada perancangan atau tak sempat merancang, beliau tak kan buat satu2 perkara itu..

antara kami anak beranak nya, ada yg ikut tak???

ada... aku..aku.. heee...

aku masih belajar menjadi pengurus yg baik..cuma aku agk boros..tu yg jadi pincang sikit azam di dada. ;)

disebabkan masih belajar, aku tak tukar kereta kancil ku yg cumell itu.. tunggu 1 masa yg dah pun ditetapkan.. walaupun kat sekolah ni dah ramai yg menggoda..;) ayah dah approve, so perlu bersabar sikit lagi...

rumah? tidak dalam masa terdekat.. ilmu loan+guaman+servis perlu dituntut dari ayah dahulu..

tambahan pula suami akan sambung belajar dan mungkin aku juga, maka laluan ini diutamakan..

mampukah aku jadi sehebat ayah??? huaaaaaa...macam jauh panggang dari api...

hishhhh...tak boleh patah semangat...mudah2an.. kaulah idola ku daddy cool..

nanti aku update tentang mak pula.. beliau berbeza sikit dalam bab2 pengurusan ni..;)

daddy .. luv u.
*sekadar perkongsian..tak ada niat nak puja puji dan tayang sana sini.. tiba2 teringat ayah dan style beliau..;) bagaimana ayah anda2 di luar sana?? pasti ade kelebihan2 lain juga kan???