Monday, August 15, 2011

LiMa

salam to all..

1) pagi tadi speed dari rawang ke sungai besar..melebihi 100km sejam. memang macam nak serah nyawa. nauzubillah.. *bukan suka begitu tapi terpaksa..siapa suruh semalam tak nak balik!! sendiri cari masalah..

2) yeay, bonus masuk..alhamdulillah..;) banyak masuk, banyaklah keluarnya, terutama masa2 nak raya ni..shopping all the tyme..

3) rabu ini cuti nuzur quran.. nak balik ke tak????

4) sempena dah bergelar isteri, kena manage kuih raya sendiri. dulu semua mak order dan buat.. sekarang untuk rumah aku takkan mak nak buatkan?? so aku order di area sekolah aku..kawasan kampung kan, maka biskut2 raya sangat murah dan sedap. tat nenas di KL harganya mencecah RM27 tapi di sini RM 14 je pun ada. rasa sedap oke.. memang rambang mata lah..aku order je ikut sesedap rasa.. pantang ada yg offer, aku rasa dulu dan stuju untuk order.. siap dendeng daging, dodol, serunding, kerepek2 dll ..di sini macam2 ada.. org kampung punya masakan memang superbbb...asli.. sekarang total2 dah mencecah RM500 semua barang yg di order. wallamak... *bisingla incik suami..

*aku siap bawak hampir 120 balang biskut raya (6 jenis) ke KL. letak di pejabat suami..sbb ramai kata kuih2 KL mahal..so aku perkenalkan biskut raya yg harganya berpatutan..;)

5) tahun ni beraya di mana?? incik suami belum putuskan secara rasmi..aku menunggu dengan tenang...^^, nasib rumah mak dan rumah mak mertua dekat2..maka 1 raya dapat jumpa semua.. cuma yg mana 1 dahulu??

sekian