Thursday, August 18, 2011

BaHaNa TaK BeRSaHur

salam to all..

al kisah semalam..

round bazar beberapa kali.. tapi housemate tak beli apa2 lagi..

'kak, tak tahu nak makan apa'.. itulah zikir beliau sepanjang jalan..

aku dah lenguh kaki ni tapi beliau tak bagi apa-apa tanda nak membeli..

tiba2 'kak, jom balik lah..sy rasa pening'...

aikkkkkkkkkkkkkkkk

beliau tiba2 berpaut kat aku...aku tgk muka beliau dah pucat lesi, berpeluh2...

aku cuak oke...beliau nak pitam kat tengah jalan ni ke?????sekarang jugak ke? kejap lagi tak boleh??

*'' nak pitam tak kira masa dan tempat ye""*

aku papah beliau jauh sikit dari org ramai.. mata aku melilau ke kiri kanan.. alamak, aku kat depan kawah rendang.. bahaya ni..

ada pulak yg masuk kawah ni kang..esok mesti muka aku masuk kosmo..bergaya dalam kawah bersama daging2 ayam...OMG

isk..isk... dalam masa fikir2, housemate aku 'kak, sy tak nampak apa-apa dah..gelap'..

YaAllah, aku kene berbuka puasa kat hospital ke hari ni...??

hishhhh...ape otak aku fikir ni..

housemate aku tak nampak dah, beliau main melintas je. aku tarik sbb kereta dah nak langgar.. nasib sempat tarik ke tepi jalan..

selamat ...

1) tak pengsan tengah jalan.
2) tak masuk kawah rendang..

aku bawak beliau duduk depan kedai apa entah.. kipaskan.. dan paksa beliau makan.. tapi beliau tak mahu batalkan puasa.. aku masuk bazar balik carik air asam & nasi ayam..spare utk beliau.. beliau dah basah dengan peluh.. lembik...

lepas 10minit, keadaan agak terkawal.. aku papah beliau ke kereta..

alhamdulillah.. aku dapat laluinya dengan tenang..cuma otak aku ni je cabar aku dengan aksi2 dalam drama..haishhh..

rupenye beliau tak sahur..dah tu berbuka semalam makan bihun je.. aiseh...

adik...adik......Ada org boleh puasa tanpa sahur.. tapi awak tu jenis tak tahan puasa kalau tak bersahur.. Allah nak bagi pahala tu..bangun sahur oke..

dan pagi tadi, aku dah bersedia dengan senduk di tangan..ketuk2 kuali dengan havock sekali..kasi beliau dengar dan bangun bersahur..jiran sebelah pun tak perlu kunci jam..aku kejut terus semua sekali...

*mari bersahur ye dik...