Monday, May 23, 2011

CoBaAN~

salam to all

yaAllah, syahdu nye hati ni. masih berbekas kesal di hati. malam tadi tangisan aku memecah malam yang sunyi..satu jam setengah nonstop melalak sampai hidung tersumbat-sumbat. dah lama tak menangis sesyahdu ini. dan pagi ini, pergi kerja dengan suku hati. atau lebih tepat tiada hati. hanya jasad yang berjalan teguh dan senyuman tetap diukir walau dalam paksa.

semuanya kerana seorang adik lelaki kandung ku. hari ni dia akan mendaftar masuk ke matrikulasi selangor. pelik kan? aku menangis sampai orang ingat ada yang mati atau ada yang hilang. tapi hakikatnya semua baik2 belaka. cuma adik aku melangkah ke dunia barunya, dunia pra-universiti.

kenapa aku perlu menangis?

terlalu banyak penyesalan aku di sebalik pemergian dia. aku tak dapat hantar dia macam mana dia hantar aku masuk matriks gopeng dulu...

dan banyak lagi sebab-sebab lain.

plus, ukhuwah kami sangat rapat. semua pelik tengok aku nangis macam orang gila 'ala, pergi belajar je..adik lelaki pula tu, matriks selangor, bukan sabah..'...

korang takkan faham. tautan kami sekeluarga lebih dari segala-galanya. dulu, aku sambung belajar, aku menangis. kakak aku sambung belajar, aku juga yang menangis dan kini adik bongsuku sambung belajar, masih aku yang menangis..mak aku pergi kursus pun, aku touching..cuma adik aku pergi kali ini lebih tragis tangisanku kerana, ada kisah disebaliknya...

YaAllah, kuatkan aku untuk berlawan dengan 1001 rasa yang singgah dalam hati ini...;(

No comments: