ce cite 1 :
2 minggu lepas, aku ke gambang, pahang. bercuti. yihaaaa. hari isninnya aku ambil cuti rehat. *jangan tak tahu ye, cikgu2 bukan sahaja ada cuti sekolah, tapi turut diperuntukkan cuti rehat selama 7 hari setahun. guna bila perlu je ye. tak mo ponteng2..^^,
pagi sabtu aku dan suami bertolak. kami pergi sempena hari keluarga Telekom, tempat kerja suami aku. so ada dalam 8/9 buah kereta berkonvoi. kami adalah keluarga termuda dan tak ada anak. yang lain-lain boleh dikatakan keluarga veteren...;)
tengahari sabtu sampai ke gambang water park. masuk untuk dewasa RM21.90 dan kanak2 15.90. kene beli kupon makan/sewa pelampung atleast RM50, maksimum RM2oo. tapi kalau tak habis guna kupon ni boleh re-fund ye..boleh tahan best la even tak boleh lawan sunway lagoon...*_*
then kami menyewa chalet di Kempville, Kuantan. chaletnya boleh tahan besar. 1 bilik boleh memuatkan 5 orang even ada dua katil je *katil yg besau tu. king size..
malamnya ada BBQ dan karaoke. sodapp & best. setiap pasangan harus menyanyi. aku dan suami nyanyi lagu kebanggaan suami 'jangan pisahkan'.. =)
esoknya, ahad sesi turun ke laut. suami berkayak dan pelbagai lagi acara tepi laut dan atas laut. tengahari check out dan makan ikan patin..fuhh, 1st time. memang sedap. petangnya sebelum balik kami ke pusat pemulihan Gajah Kuala Gandah di Lanchang Pahang. dapatlah tengok gajah2 tua dan muda even tak dapat join tengok gajah mandi dan naik gajah sebab kami sampai dah agak petang.. malam sampai ke rawang dan esoknya aku cuti rehat...;-)
*mase ni baru check in gambang water park.
* before balik..muka burn habis sebab panas terik masa duk sibuk bermandi manda..
ce cite 2 :
semalam, hari guru..tahun ini kali pertama aku menyambutnya sebagai seorang guru. kalau sebelum2 ni aku hanya sambut hari lahir. tapi bermula tahun ni aku sambut hari ulang tahun perkahwinan dan satu lagi hari guru. Alhamdulillah. tahun2 akan datang mungkin akan ada lagi sambutan2 lain untuk aku..sebagai contoh, hari ibu..huuuu.. mungkin?? who knows..~ insyaAllah.
sambutan kat sekolah agak meriah dan macam biasa, setiap guru dapat hadiah dan tak terkecuali aku. paling tak tahan aku dapat anugerah guru berdisiplin tahun ni..;-)
sekian..Selamat hari guru kepada semua guru2 di Malaysia..(dah 17 mei baru nak wish..;-) )
*banyak gambar2 aku tak dapat paste sebab dalam kamera orang lain...(^_^)
No comments:
Post a Comment