Tuesday, May 10, 2011

Apa DaH Jadi??

salam to all..

sangat tak percaya.. gosok mata berkali2..ketuk alat timbang berkali2..berat badan naik 6 KG dalam 1 bulan.. OMG!!

1 masa dulu, aku adalah antara insan yang susah nak naikkan berat badan. berat badan mesti tak ideal. nak capai 41 kg pun susah.. makan lah apa pun, badan mantain je..

tapi sekarang apa sudah jadi????? sebulan selepas di postingkan, berat badan dah meningkat 6kg. dengan mudah mencapai berat ideal.*jangan sampai overweight sudah!

nak kate dah kawen berat badan naik, tak jugak... sebab kahwinnya bulan 9 tahun lepas, berat naik baru sebulan ni... mungkin ke makanan2 kat sini sedap sangat? tak jugak, biasa je rasanya..

habis tu??? haih!!

aku ni jenis selera besar. semua nak beli dan semua nak makan. tapi bila makan, separuh je.. separuh lagi kasi lah kat sesiapa yg sudi nak kongsi. jangan membazir ye.. duduk dengan roomate kat matriks dan UKM, mereka semua meningkat berat badan dan salah kan aku..

'sebab kau lah, berat kitorang naik. ko suka beli macam2 lepas tu kitorang tukang habiskan'

(*_*)

dan paling pasti suami aku lah..belaiu asyik nak diet, tapi sering gagal sebab setiap kali keluar makan, kene habiskan makanan yg aku order...suami pun bising..

tapi sekarang aku dah tak perlu pelawa sesiapa nak habiskan bahagian aku. suami pun pelik..

'aik, boleh habis pulak!!'

aku senyum je..semua benda selera je. suami dah mantain berat badan, aku pulak terlebih sudah!. makanan tak ada yang tak habis. pergi kedai tak payah mintak nasik separuh macam dulu, boleh habis punya...suami pun tak payah tolong habiskan dah..

dan paling tak tahan suami pernah pelawa aku makan (aku dah makan sebenarnya) tapi huluran makanan tersebut ditarik semula dengan jawapan 'eh lupa, awak dah makan, tak boleh pelawa lagi dah.. nanti gemuk. biar sy pantau BMI awak setiap kali balik'...OMG...(^^,)

*perlu diet pula sekarang..boleh ke ye?? aduhai...
sekian..

2 comments:

merahitujambu said...

berat badan dh naik??ok laa alhamdulilah..sy ni tak naik2 lagi.cm awok nnt ko lepas kawin naik kot..hhehe

nEd~Ya said...

merahitujambu

terlebey sudah nie.. harus di kurgkan sikit. takut overweight plak kalo x control..huuu
yup, lepas kawen nanti leh naik punye. sikit demi sikit mesti bleh. ;)