Wednesday, December 8, 2010

WeDdInG PeARL (1)

salam to all..

fuhh, lame juga tak update. sangat sibuk dengan kenduri kahwin sendiri dan kenduri kahwin teman2 di seluruh pelusuk malaysia. Alhamdulillah dan settle pun majlis kahwin aku dan aku baru je balik dari bercuti ke pangkor island & kuala selangor.

mengimbas kenangan perkahwinanku, banyak sangat prosedurnya. secara keseluruhannya, boleh aku katakan persiapan perkahwinan orang sekarang terlalu banyak tuntutannya berbanding kenduri kahwin orang dulu (confirm lah kan).

bak kata mak, orang dulu simple je kendurinya. sewa baju tak mahal, tak payah malam berinai dan tetamu-tetamu di beri telur rebus je sebelum pulang. dan suami aku pun bukan jenis yang cerewet, kalau ikutkan beliau, beliau hanya tekankan perkara wajib (akad nikah) dan memadai dengan hanya buat kenduri doa selamat. tapi aku yang beria-ia nak adakan majlis perkahwinan selari dengan budaya sekarang (ada doorgift, persandingan, malam berinai, outdoor shooting dan banyak lagi). nak merasa la kununnya.,

jadi, suami izinkan dengan syarat pelamin dan bersanding dalam rumah.. ;-)

saat kompang berbunyi, terasa sebu perut. malu bertimpa-timpa (ok kan ayat ni??) bila berarak dan diperhatikan tetamu. baru aku sedar apa sebab suami dulunya tak mahu bersanding dan tak mahu ikut budaya perkahwinan sekarang.. ade terselit rasa kesal. dan kerana itu, aku cancel outdoor shooting yang sepatutnya dijalankan di broga hill atau taman metropolitan. cuma ada sikit outdoor shooting yg kami buat selepas kenduri sebelah lelaki. itupun di area rumah suami. penat?? jangan cakaplah. memang beri demam percuma.

27/11/2010
tarikh kenduri di sebelah aku. kalau ikut kalbu aku ni, aku prefer kenduri kahwin diadakan pada bulan 1,2,4,5 atau 7. sebabnya pada bulan-bulan ini tak ada banyak kenduri kahwin bertindih dan cuaca agak baik. berbanding kenduri di akhir tahun. memang banyak giler orang buat kenduri dan musim hujan. namun apakan daya, yang tak nak tu biasa dapat..=) jadi buat jugalah pada tarikh di atas.

tema pilihan aku adalah orange/peach + krim. lain dari tekaan ramai yang menyangka aku pasti pilih purple. ;-) purple dah digunakan masa bertunang. jadi warna pilihan kali ini biar berbeza dan lari dari kebiasaan.


Ini kad kahwin aku. warna biru. dari segi kos, kad kahwin je dah menelan belanja hampir RM800. setem je aku guna sampai RM1.20 untuk satu kad (untuk luar selangor) dan ada yang aku pos laju sampai RM8 untuk 1 kad. haishh...tuntutan sekarang. demi member-member aku relakan. ;p cuma aku rasa pihak pos malaysia perlu kaji semula...hurmmm dahla, merapu plak..



seawal 11 pagi aku dah siap. mak andam kata senang nak jumpa kawan-kawan yang datang awal. tak ada lah kawan-kawan jenguk masa tengah make up. kan susah nak beramah-tamah & bertukar-tukar cerita serta bermesra..bagus juga mak andam aku ni. memahami..=)


yang ni pelamin aku. pergh, cuak giler masa naik pelamin. nasib pelamin dalam rumah. kalau kat dewan ke, luar rumah ke??
hantaran kali ni 5 berbalas 5 sahaja (sepatutnya 5 berbalas 7, tapi aku buat ikut suka..;p) sekadar menyempurnakan adat 'serba satu' kata orang..


sebelum naik pelamin..lepas terima pertandangan pihak lelaki..


lepas makan beradab. mari potong kek...tak ada aksi suap-suap ye..^^,

keluarga sebelah lelaki. korum tak cukup. seorang lagi adik ipar aku tak ada. jauh merantau di luar negara..sob3x..

ayah dan bondaku..tanpa adik dan kakakku.

Alhamdulillah, ramai tetamu hadir. kepada kawan-kawan yang sudi datang dan yang beri hadiah dan segala macam bentuk sumbangan, aku ucapkan jutaan terima kasih. buat cikgu-cikgu sekolah yang datang (guru sekolah menengah rawang batu 16) dan pensyarah aku di matriks perak dulu, tengs a lot 4 coming. sangat tak sangka mereka sudi datang.

kesimpulannya, kalau ikutkan budaya kahwin sekarang memang tak boleh blah kerenahnya. doorgift lah, pintu gerbang lah, malam berinai lah dan macam-macam lagi. kos? pergh..20k minimumnya perlu di sediakan pihak lelaki (penat suami aku kumpul duit dari umur 15tahun) dan lebih kurang 17k di pihak perempuan. kalau aku ikut kehendak suami, rasanya habis dalam 5k je kot paling maksimum. biasalah, degil..huhu..

atau alasan lebih common lagi : sekali seumur hidup..hurmmmm.....(mudah2an)

* kalau diberi peluang buat kenduri kahwin semula, memang aku buat nikah je kot. hihihi..

* untuk gambar-gambar lain, boleh visit fb aku ye. baru upload lebih kurang 90 gambar termasuk gambar tetamu dan kawan-kawan yg datang serta hiasan bilik tidur (yang aku rasa tak ada funsi langsung kot..isk2)

wassalam

3 comments:

merahitujambu said...

TAHNIAH...

farhana said...

Planning nak buat outdoor shooting kat Broga Hills?
Feewit!
kalau terealisasi, konpom best!
But, yeah....persiapan segala tu pon da penat..
Buat masa sambut 1st anniversary je lah, mcm tu =)

Nad, i didnt receive ur card =(
Tu yg terlepas pandang ur kenduri...
Nway,alhamdulillah semua dah selamat =D

nEd~Ya said...

merahitujambu
tq2~=)

ana
yup..begitulah plannya ana. tapi serius tak larat nak pegi ptg tu..
pospon punye pospon smpi hus dah amik cuti tp kitorg cancel..
sakit2 badan sudah..haish!
yup, good idea..bleh gak kan. 1st anniversary nanti boleh wat..tq2~

yaAllah ye ke x dapat?
kite pos kad utk ana 1st trip lagi. dan kbanykan member2 yg dianta sekali dgn trip kad ana, cam aishah kolej kite (negeri 9)da dapat pon 3hr sblm majlis.
ana pakai alamat sentul tu kan? kite buat checklist sape yg kite anta dan kite cek ni, ade name ana..nape x smpi..=(
maaf sgt ana..pos la ni salah..