Wednesday, December 22, 2010

WeDdInG PeARL (3)

salam to all..

kisah wedding lagi? hurm, ok2..ini entry terakhir sempena wedding aku ye. kesian bloggers, bosan pula asyik baca entry aku pasal kahwin..

Sekitar malam berinai & outdoor shooting..

Malam berinai : aku cuma memilih 2 persalinan iaitu persalinan puteri perak dan gaun klasik. banyak lagi pilihan lain macam gaun moden, sari, cheong sam, baju jepun dan lain-lain.

kenapa dua persalinan ini menjadi pilihan : dari dulu tengok orang2 kahwin, memang dah sangat minat dengan persalinan puteri perak, nampak sopan dan menarik. aksesorinya bagi aku sangat unik.
gaun pula ada pelbagai warna dan potongan. tapi gaun moden nampak dah biasa sangat pula so aku pilih yang klasik.

hanya dua persalinan kerana kekangan masa. malam berinai aku disekalikan dengan majlis cukur jambul anak saudara aku. so tak dapat nak memperagakan banyak persalinan. make up dan pemakaian persalinan dah ambil masa lebih kurang 45minit, so dalam pukul 10 baru start bergambar. dalam setengah jam, tukar pula persalinan kedua. bergambar lagi dah nak pukul 12, jadi dua persalinan dah memadai dan sudah cukup untuk menambah segan di depan kamera. heh!

Persalinan puteri perak. sepatutnya ada lagi aksesori untuk persalinan ini iaitu aksesori di kepala/rambut. tapi aku memilih untuk bertudung, so atas kepala tak dapat nak letak aksesori.. (memilih untuk bertudung kerana gambar2 ini akan dimuatkan dalam album dan fotografernye pula lelaki ajnabi. ececeh)




dan ini gaun klasik..


Outdoor shooting : seperti yang aku tuliskan di entry sebelum ini, outdoor shooting hanya dibuat selepas kenduri sebelah lelaki di sekitar kawasan majlis. tak dapat nak pergi jauh-jauh. serius tak larat. maka mengikut cadangan seorang rakan blogger (farhana abu bakar), outdoor shooting bolehlah dijalankan seperti yg dirancang sebelum ini pada 1st anniversary kami nanti. idea yang baik. trimas diucapkan. moga panjang umur dan panjang jodoh hendaknya untuk merealisasikannya. (kalau suami say yes lah..;-))






gambar-gambar ini semua ada di fb. gambar-gambar lain seperti adegan angkat- mengangkat, humban-menghumban, campak-mencampak, peluk-memeluk dan lain-lain tak dapat lah di tampalkan di sini mahupun di fb. agak segan di situ..=)

wassalam.

No comments: