Monday, December 27, 2010

CuTi AkHiR TaHun

salam to all.

setelah berhempas pulas di dapur selama 2 jam untuk telur sambal, ayam kicap dan kacang panjang goreng telur, finally aku mengadap lappy untuk update percutian aku ke pangkor island baru-baru ini..yihaaaa.. dan lawatan ini merupakan lawatan kali ketiga (kalau tak silap aku). kali kedua sewaktu aku tingkatan 5 (2004). sudah 6 tahun berlalu. fuhh!

setiap akhir tahun, kalau tak ada aral memang aku satu keluarga akan bercuti sempena merehatkan diri dan bercinta-cinta sesama ahli keluarga.;-). tak kira lah hanya 1 malam ke atau sehingga 4 malam. macam tahun lepas kami ke sarawak, tahun ini hanya ke pangkor..dekat sedikit kerana kami bawa baby a.k.a anak buah aku. so baby tanpa buaian agak payah dan untuk bawa buaian ke mana-mana lebih payah. maka percutian kali ini lebih dekat dan hanya 2 hari 1 malam sahaja. tahun hadapan, sedang merisik-risik air asia untuk ke sandakan. moga ada rezeki untuk itu..amin..

day 1

kami menyewa van bagi menampung 8 dewasa dan 1 kanak-kanak untuk ke lumut. drivernya pastilah suami aku. takkan aku pula kan, insyaAllah lah tak sampai ke destinasi. heh!

berhenti seketika untuk breakfast

sampai ke lumut tengahari, kami naik ferri ke pulau pangkor. rm10 untuk 1 kepala untuk perjalanan pergi dan balik. memang berbaloi-baloi. sampai je ke pangkor, kami naik van pink untuk terus ke hotel 'coral bay resort' yang dah ditempah awal seminggu. kami menyewa penthouse (sebuah apartment lah kira) dan yang pastinya harus ada swimming pool. ;p


di penthouse kami

sebelum turun ke laut.

petangnya kami tak ke mana-mana, hanya mandi-manda di swimming pool dan sambung pula ke laut. aku dan suami sempat menyewa canoe (Rm20 untuk 1jam). boleh tahan cuak saat mendayung ke tengah lautan. adik & adik ipaq aku sampai mabuk laut..haishhh!!
malamnya kami keluar makan-makan ikan bakar. yihaaaaa..


menimbus adik ipar

berdayung sakan..mula-mula tak reti berdayung, macam nak terbalik canoenye. huhu

day 2

pulau pangkor ni tak lah besar mana, jadi peruntukan 1 hari memang dah cukup untuk melawat segenap sisi pulau ini. jadi jam 10pagi kami dah check out, dan menyewa van pink untuk bersiar-siar di sekeliling pulau.

checkout tyme

Mula-mula sekali ke kilang sotong dan ikan kering. di pulau pangkor, sotong gula dan pelbagai jenis sotong memang jadi tumpuan. borong sebanyak yang boleh.;p

kemudian kami bersiar-siar melalui jalan berbukit-bukit (sesiapa baru dapat lesen, boleh cuba lalu jalan di sini, insyaAllah lesen ditarik balik. giler ah corner2 nye. kalah jalan genting highland)

kami melalui pantai teluk nipah dan perkampungan nelayan. sempat meninjau sekumpulan tenaga kerja membuat kapal sendiri di tepi laut. manual ok. then, kami ke kota belanda. satu kubu peninggalan sejarah. walau tak sehebat A Famosa di Melaka, tapi kebanyakan pelancong ke Pulau Pangkor selalu terlepas pandang tempat bersejarah di sini..


Pantai teluk nipah

kota belanda



at last, kembali ke Jetty. sementara nak naik ferri, sambung membeli belah sotong-sotong, cenderamata dan tshirt pangkor di situ.

perjalanan pulang, sempat menyinggah ke pasir salak. boleh tahan juga peninggalan sejarah disini. malangnya tak dapat masuk sebab dah tutup. kami sampai pukul 5. jadi agak keciwa di hati masing-masing terutama hati insan-insan yang sentiasa excited ke tempat-tempat bersejarah iaitu suami, adik ipar dan adik aku. bukan senang nak datang semula sebab boleh tahan jauh. dan yang pasti jarang orang nak melawat tempat-tempat begini. malah ramai tak tahu dan tak terfikir untuk membawa keluarga berjalan-jalan ke sini. jadi kami terpaksa balik dan akan berusaha ke mari semula 1 hari nanti. bila ya??

wassalam

3 comments:

merahitujambu said...

wah.seronok berjalan sakan..=)

modal banyak x??

en_me said...

sonoknyerr gi pulau tewwww.. ehehe, salamm

nEd~Ya said...

merahitujambu

hehe..harus2..tgh cuti2 msia..;p

modal/cos bg kte ok je, sederhana. berbaloi2..hehehe

en_me
besh2x..;-)
salam..