Monday, September 21, 2009

RaYe!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam to all..

waaa..selamat hari raye pade semua..maaf zahir & batin oke..:)

so 1st raye hari ni..ngantuk + penat = lesu..

faktor2 yg menyumbang kpd kepenatan yg berlebihan pada 1 raya:

khamis 11mlm:
saje lah menjenguk up town rawang..dgn hujan dan lecak nye, destinasi terus juge dituju..pergi 1 family kecuali my little bro..yg bestnye ader karaoke..terpanggil gak utk join, tp kene menahan rase..yela..bak kata mak, 'nak melalak plak malAM2 buta ni' ehe..watu tu dah pukul 12AM..

pukul 1 pg, gerak plak pergi Danau KL..my little bro pon ikut..tp mak ayah surrender coz dah ngantuk..saje tgk plak keadaan kat sini..kot2 ala2 up town rawang.. mmm memang lagi dahsyat..berasak2..dgn terjerit2 nyer, bau2an nyer, rimas giler..apa yg pasti, baru aku tahu nape ank2 muda suke pergi tempat2 macam nie...huhu.. dont u think what i think??

4pagi baru sampai rumah...

jumaat 12tgh mlm:
skali lagi aku teman akak & abg ipar aku g uptown rawang..area pukul 2 pagi gak baru smpi rumah...penat2..tak ada ape pun yg aku beli..saje tgk ragam manusia yg pelbagai..ceh!! alasan..:)

sabtu 10mlm
siap je rendang ayam & ketupat daun palas, aku gerak pulak ke jalan TAR..saje dok tgk brg2 yg dijual dgn harga lelong..kelakar pon ader tgk peniaga2 kat sane..ehe..tapi yg tak tahan, memang berasak2..same je cam pegi danau..tensi2.. dah tu perjalanan balik, jem plak..area 1 lebih baru sampai rumah..baru je nak tidur, teringat lak baju2 yg perlu digosok..OMG..bajuku, mak & adik.. dushh! padan muke, merayap lagi..sampai lupe agenda utama malam raya..huhu..area 3.30pg baru setel semua kerja..

dan pagi lagi dah bgn, sgtlah mengantuk..tp digagahi juge demi kuah kacang yg perlu di masak..huks..

hari ni beraya di kalumpang aje..
menu: nasi impit, rendang, kuah kacang, lontong, lemang, trifle, pelbagai kek, makaroni sup, pelbagai jenis biskut raya, & air buah campuran..

semua cedap2..=)

warna tema baju hari raya pertama thn ini = brown ye adik2..=)

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Thursday, September 17, 2009

CeRiTa iTu iNi HaNyA Di-cNi

Salam to all..

izinkan sy merapu seketika..bagi mengurangkan kerosakan jiwa di malam hari..

cerita 1
petang tadi hujan lebat..aku balik dr temankan jiran aku ke kuang..perjalanan balik yg sadis bila kami lihat kereta terjunam masuk gaung...cuak..pucat..

cerita 2
sesal kerana menegur sikap seseorang dgn tdk berhikmah atau dgn terlalu serius?? entahlah..(bisakah ditegur sesuatu/seseorang dgn sengihan dan gurauan)..aku juga manusia yg jahil & kurang ilmu..astagfirullahallazim..

cerita 3
ibu jiranku menghadiahkan aku brooch..terharu juga..

cerita 4
tak faham dgn gurauan segelintir golongan manusia yg boleh dikatakan bekerja dlm bidang professional tetapi bergurau secara tdk siuman..jgn ingat semua org suke!!!!

cerita 5
kadang2 org bertanya lain, dan aku menjawap lain..macam ayam bercakap dgn itik..Akhirnya malu sendiri..

cerita 6
aku kena belajar cara berkomunikasi & bermesra sesama manusia dgn lebih baik..

*ye..ini semua kisah aku hari ini..

ana billah walillah ma'allah
wsalam



Tuesday, September 15, 2009

AnuGeRaH TeRiNdAH..

Salam to all..

tengs a lot ye cik aisya yg sudi menganugerahkan sy kedua2 keindahan di bawah.. maka terciptalah tajuk entry kali ini 'anugerah terindah'..:)

tak sangka ade juga yg jatuh tangga lagi tersuka dgn blogku..hehe..tengs ecah..:O)

maka, blogku dikatakan blog yg kretif, sekreatif tuannya..ececeh..:)

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Thursday, September 10, 2009

HaRi TeRaKhiRKu

Salam to all..

huaaaa, sgt sedey coz hari ni (dgn tarikh menarik 09/09/09) hari terakhir aku mengajar kat sekolah rendah sinaran budi rawang..kontrak dah tamat..huks

ingatnya dapatlah aku bergambar sakan dgn ank2ku tapi malangnya di tarikh istimewa ini, mereka ada ujian bulanan..so aku cume sempat amik gambar dgn Amar aje..yg ni mesti sempat punye.. hehe..

terharu dgn penerimaan mereka selama ni dan giler sadis tgk mereka tadi..

apapun, kalau kontrak nak disambung lepas ni, aku terpaksa tolak..jadual dah penuh.. segala kursus perlu dipenuhi (masih difikirkan lagi sebenarnya..cam malas je..ngheee..:)) dan semuanya dijangkakan tamat bulan 11 (sememangnya cuti sekolah)..after dat, dah sambung belajar...maka, sampai disini sahajalah rezeki sy bersama mereka..


Masamnyer muke teacher..hehe

si prem ni memang nakal..

Amar sy..:)

Jerit!!! ehe..anak murid ngan cekgu same jer,,haha..

cenyum..kembangkan idung oke..'teacher tak buat pon'...ehe..'teacher cover ayu'..haha

* bz marking paper ujian mereka..

Ana billah walillah maallah
wsalam

Monday, September 7, 2009

BiLa KeSuNyiAn DaTaNg

Salam to all

Untuk renungan bersama..

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana. Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga.
Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa. Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.
Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita. DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam. DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.
Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita. Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.
Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.
Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

by abg imam & naadherah

Ana billah walillah maallah
wsalam

Sunday, September 6, 2009

Aku RaSa Ni MaSaLah Ko!!!

Salam to all..
*khas utk ko mili..masalah ko tu kicik je..ko yg pk sgt..dulu mengata aku..huahua..ni madah2 cinta (ececeh) yg aku rase sesuai la utk kes ko..hayati & fahami..tak faham, kol aku..maxis oke..:)

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan… (so perkara biasa kalo derita sbb cinta manusia.. as long as ko leh conquer all those thins, evrytns will back 2 normal..plus, jgn asyik fikir pengorbanan ko, tgh macam ni memg die tak hairan apa saja yg dah ko buat..kalo diungkit segala pengorbanan, hilang pahalanya..ko yg cakap kat aku kan..:))

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. (ubati kecewa dgn cara yg lain boleh tak???)

Jangan permainkan perasaan orang dgn cinta yg mengecewakan jika tidak suka perasaan kita dipermainkan oleh org lain.. (ko marah org kecewakan ko kan?? tp ko crk org len ubati kekecewaan ko..sok2 org tu suke ko, ko blah plak..!! sob2x..)

Cinta tdk pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tdk sampai berdendam dan tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kemusnahan.. (jgn berdendam oke..nanti ko yg musnah)

Satu-satunya cara utk kite memperolehi kasih sayang ialah dgn jangan menuntut agar kita dicintai, tapi mulailah memberi kasih sayang kepada org lain tanpa mengharapkan balasan. (hurm..so berkasih syg dgn ikhlas oke..jgn demand macam2..ahaks..kalo ko ikhlas, automatik akan dibalas..xyah request2..ehe)

Bercinta memang mudah. Utk dicintai juga mudah. tapi utk dicintai oleh org yg kita cintai itu yg sukar diperolehi..(ni pasti..ramai leh suke ko kan..tp yg ko nak 1 tu jugak..entah ape speselnya die di mata ko..bese je aku tgk..haha..ha2 marah nampak..ekeke.. gurau je..hny ko yg kenali die..:) so sabar eh..)
*to all readers, dis entry lebih khusus pada kwnku..so aku paste kat cni supaya dapat dikongsikan bersama semua ye..:)
Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Saturday, September 5, 2009

TeRHaRu GiLeR SeYh!!!

Salam to all


Ini katanya utkmu..
Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu...
Sesungguhnya perkahwinan adalah penyempurnaan sebahagian agama,
maka bertakwalah utk menyempurnakan separuh lagi agama kita..
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah..
dan ini utknya, dr kamu..
Wahai zaujku,
Aku mengerti kau sedang menungguku,
Namun sabarlah, Aku juga sedang menunggumu,
Aku juga sedang letih seperti kamu, Kerana setiaku padamu,
Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,
Aku menolak bicara yg berlebihan dan pelawaan mana-mana yang bukan mahramku,
Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,
Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu. ...
*utk kamu= mgkin dah smpai masanya kalian menyempurnakan sebahagian agama...:)

to azam : bukan entry ini yg dimaksdkan ye..tuuunnnggguuu..:)

ana billah walillah ma'allah
wsalam

Friday, September 4, 2009

kuasaNya TiADa TandiNgaN Oke!!

Salam to all..

suatu mase dulu, mak pernah bercerita kisah seorang kwnnya yg kesedihan krn suaminya bermain kayu 15..huks..ade perempuan lainlah senang cerita..entah macam mana kwn mak aku ni berjumpa seseorang yg katenye pandai ilmu2 utk mengembalikan kasih suaminya..nak panggil bomoh ke dukun ke, pawang ke, aku pon tak pasti..

nak tahu apa yg bomoh/dukun/pawang ni mintak? 'sediakan seluar dalam suaminya'.. mm macam tak manis je..'seluar kecik suaminya'..heh! sopan sikit bunyi..:) kawan mak aku ni pon tunaikan..entah mentera apa dibacanya kat seluar kecik suaminya, suaminya memang patah balik & tinggalkan perempuan ketiga tersebut..

aku mula tanyakan pada mak apa kurgnya wanita tu..selekeh ke? gemuk ke? tak lembut ke? tak prihatin ke? tak pandai masak ke? mak kata orgnya lemah lembut lagi gemalai mcm sotong kurita, kurus je, cume prihatin ato bab2 masak, mak tak pasti..aku tanya plak, anak ramai ke? mak kata 3 org dan umur dekat2...mungkin setahun satu..

aku mula jd geram..kalo suaminya mula carik perempuan lain kerana keprihatinan & layanan isteri berkurang dek ank2 yg ramai dan usia yg dekat2, ini memang tdk adil!!!!!!!!!!!!!
mungkin salah isteri ada, tp salah suami juga ada..tak salah rasenye kalo beban menjaga ank dikongsi bersama2 dan lakukan perancangan keluarga supaya layanan isteri tak kurang.. ni tak!! ank2 sume bebankan kat isteri..die dok foya2..

then tiba2 tadi mak cerita, suaminya buat hal semula.. kali ni lebih teruk sbb dah mula sepak terajang isteri..kata mak, kawannya ni balik kampung utk lahirkan ank keempat..so habiskan masa pantang kat kampung tanpa kehadiran suami..kononnye kejelah kan..tp rupa2nya suami nya carik perempuan lain plak..dan sekarang kawan mak ni sedang failkan kes utk tuntut cerai coz tak tahan dipukul..sob2x..

apa yg boleh aku katakan, suaminya tak bertanggungjawap..isteri bertarung nyawa melahirkan zuriatmu..hadiahkanlah kesediaannya melahirkan anakmu dgn kesetiaan & penghargaan.. kalau tak suke isteri asyik mengulit anak yg ramai & masih kecil hingga terlupa pada layanan utkmu, lakukanlah perancangan..

dan yg lebih penting, even seluar kecik suami dah dimanderam, tapi suami kembali buat hal kan??.. ini sudah pasti, semua kuasa2 di dunia ini tdk berkesan tanpa keizinanNYA..kerana kuasa yg MAHA ESA tiada tandingannya..apa yg berlaku utk kali pertama dahulu (sehingga suami pulang ke pangkuan isteri dan tinggalkan perempuan ketiga) anggaplah berlaku secara kebetulan.. si isteri harus berfikiran pjg dan tak ambil jalan singkat dgn jumpa bomoh..nauzubillah..

Ana billah walillah ma'allah
wsalam


TaK SeLESa TaU YaNg

Salam to all..

sob2x..2 hari aku berterawih dgn keadaan yg tdk tenang lagi senang dan aman.. semalam aku dapat tempat di sebelah dua org kanak2 berusia lingkungan belasan tahun..(kalo belasan thn, boleh panggil kanak2 lagi ke?) entahlah, aku lemah bab2 meneka umur org..pasti org kecewa mendengar jawapan aku..haih..

yg jadi jiwa kacaunya, bila lengan aku sentiasa disikunya..setiap setengah minit, die akan menggaru mana2 bahagian tubuhnya dan akan membetulkan telekungnya,dan setiap kali itulah, lengan aku disikunya..sakit2..sakit jiwa...blm lagi die bergerak2 umpama mereka2 yg membuat persembahan koir..mungkin die kekenyangan atau sudah mula lapar..aku tak pasti mengenainya..

dan lebih parah lagi bile teman di sebelahnya sembahyang tapi asyik memandang (kepala siap senget) & menjeling pada kawannya tu..apa yg kwnnye buat, baru die buat..(sume jemaah leh perasan hal ini kerana mereka buat solat sunat sebelum & selepas solat fardu, sedang kami menjadi pemerhati..) mungkin baru belajar..aku juga tak bertanya sendiri hal ini pada mereka..
moral of da story: buat kanak2, kami menghargai usaha anda dtg berteraweh..tp mungkin lebih baik anda memberi laluan pada mereka2 yg lebih tua utk menempati saf2 yg depan..dan anda rajin2lah bertanya jika ada yg anda tdk tahu (cthnya apabila anda melakukan solat sunat sebelum isyak sebanyak 3rakaat..anda bikin kami konfius..uiks..) sy juga tdk pandai tapi kite boleh belajar sama2 kan..:)

Ana billah walillah ma'allah

wsalam





Thursday, September 3, 2009

KaNaK2 BerPuAsA

Salam to all

terhibur melihat keletah ank2 muridku di sekolah dalam keadaan berpuasa..walaupun cikgu2 kat sekolah tak memaksa mereka berpuasa, malah kantin dibuka tapi mereka bersungguh2 berpuasa..tadi plak ada sambutan kemerdekaan di sekolah..dalam keadaan agak panas, mereka dikumpulkan di padang sekolah,..balik je semula ke kelas, sorang2 merungut...

'teacher, tak yah belajarlah..nak rehat..penat'...

blm lagi 'teacher, haus lah..nak air'...

dan ader gak .'teacher, die minum air paip tadi'...

hahaha..terkulat2 aku pandang mereka 1 persatu..

dan lebih malang lagi tajuk pembelajaran hari ni adalah Food I Like.. lagilah mereka menelan liur tgk gambar2 dalam buku teks mereka..sampai 'teacher, tukar topic lainlah..sedaplah tgk gambar nasik ayam ni'...cumell betol..kesian pon ade..budak2..dlm gambar pon jadi..

dan ada juge 'teacher, dah pukul berapa?'

aku jawap, 4.30...'

ala..lagi 3jam"//:)

lalu bermulalah pembelajaran bahasa inggeris hari ini dlm versi agama..semata2 nak pujuk mereka2 niee...

me: oklah, teacher wants all of u to recite the doa.. doa puasa..'

maka mereka bersungguh2 membacakan doa puasa beserta maksudnya sekali..

bermulalah ceramah agama aku...'ok, kamu semua kan baca niat tadi dan perasan tak di akhir kalimah ada' ....lillahitaala'..maksudnye apa murid2???

mereka: kerana Allah taala..

me: bagus..jadi Allah pasti memelihara perut kita. insyaAllah xde lagi mereka2 yg sakit tenat & seumpamanya kerana berpuasa..kerana kita dah niat awal2 utk lakukan kewajipan ini semata2 keranaNya..maka Allah pasti takkan mensia2kan kita..jadi teacher tak mahu kamu kata lapar, dahaga..nanti Allah betul2 bagi lapar dahaga sampai kamu tak tahan puasa..nak ke semua macam tuuu??

mereka serentak: tak nakkkkk!!!!!

me: jadi cuba kamu sebut, insyaAllah sy kuat & boleh tahan.. mesti Allah pelihara kite...

heh..sekian terima kasih..termangu2 mereka dengar..

finally mereka: ok teacher..sy dah kuat...

haha..terus2 je kuat..(dan2)

Ana billah walillah ma'allah
wsalam