Tuesday, September 28, 2010

Nak MeNuliS Dengan PanJang LebaR Di Sini..

Salam to all..

mmm suatu masa dulu, kalau tak update blog rasa pelik je. sehari atau selepas dua tiga hari harus ada entry baru. but now, rasa pelik pula bila online utk update blog. haih! mase semakin mencemburuiku. disebabkan kekangan masa dan penyakit malas mengupdate blog yang berlarutan, maka blog kawan2 dan bloggers lain pon tidak kesampaian untuk dijenguk apalagi meninggalkan sepatah kata. ok relax.

sekarang bulan 9..aku dah memasuki semester dua di institut pendidikan guru kampus temenggung ibrahim JB. sekejap je masa berlalu. teringat lagi saat menunggu offer sambung blaja di sini, kebosanan tahap melampau kat rumah. bila mula mendaftar kat institut ni, semester 1 dihujani dengan aktiviti2 extreme umpama memasuki alam tentera. tiap kali update blog, ade je maki-makian terbaru kerana tertekan dengan keadaan. aduhai.. then, mase sem 1 aku sambung praktikal di sekolah menengah kebangsaan tasek utara JB. di sini, tertekan pula dengan penulisan daily lesson plan & observation demi observation oleh pensyarah maktab. dan akhirnya cuti raya. yeaayyyy..tamatlah semester satu yang agak ngeri lagi menyeramkan.

now aku dah berada di semester dua. alhamdulillah. semester ni kelas tak banyak. tinggal 2 subjek je (sem lepas lebih 10 subjek kalau tak silap) dan kelas pon sampai tengahari je. seperti hari ini, langsung tak ada kelas. bahagia bukan? baru aku sedar saat2 belaja memang indah. (sedar keindahannye bile free from class je, kalau banyak kije, langsung tak sedar keindahannya pon..;p)rindu pula zaman belaja di UKM dulu..

dan kini tanggungjawab makin besar berikutan status ku yang dah berubah dari miss pearl ke madam pearl. rasa tua pula ber'madam2' ni.. bukan sikit maki2an manja yg aku terima di facebook, text di hp dan email dari kawan2 yang menganggap aku bernikah secara senyap2. guys, aku masih bernikah di malaysia. bukan di songkhla thailand. ;-) cuma majlis ku dibuat secara tertutup berikutan kenduri nya akan diadakan lebih lewat dari akad. biasa orang kenduri sehari atau seminggu selepas nikah, tapi aku berbulan2 selepas nikah. so, kene slow & steady sikit..

apapun, kenduri nanti insyaAllah aku tak lupa menjemput semua teman2 sepermainan dan teman2 belajar. cool ye.

berkisar kisah pernikahanku, bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. prosedur perkahwinan agak rumit dan kompleks. apatah lagi aku kat JB dan suami di PJ. prosedur kahwin ni dah kami mulakan seawal bulan 3 kerana plan asal kami utk nikah bulan 6. tapi berikutan akak aku yang menunggu hari bersalin pada bulan tersebut, kami postpone ke bulan 9 selepas raya. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar atas usaha keras suami ke sana sini untuk selesaikan segala borang.

aku kat JB tak dapat nak bantu sangat. masa2 praktikal dulu pun aku kerap berulang alik rawang-JB (terpaksa buat2 JB tu macam belakang rumah je) untuk bantu sikit2 setelkan borang nikah, saksi borang, jumpa kadi, baju nikah, fitting baju dan ujian HIV. tak lupa juga suami terpaksa ke JB untuk berjumpa dgn kaunselor ku bagi meminta izin untuk perkahwinan ini. aku pernah cerita di entry sebelum2 ini perihal kaunseling perkahwinan yg perlu dilalui oleh pelajar macam aku. banyak terma dan syarat perlu diikuti disebabkan aku masih bergelar pelajar.

mula2 belajar kat maktab dulu, langsung tak terlintas untuk berkahwin di saat masih belajar apa lagi prosedur perkahwinan selagi bergelar pelajar maktab agak leceh. tapi seru sampai lebih awal dari yang dijangka. maka seawal usia 23tahun, aku dah bergelar isteri. sehingga hari ini masih kurang percaya. yela, lepas kahwin terus balik JB. tak ada suami di sisi, rasa masih bujang seperti dulu2. ;p

mengimbas detik2 pernikahan, agak cuak di situ. sehari sebelum akad, masih sempat ke KL mencari tudung nikah. tudung nikah yang dibeli pada awalnya tak sesuai pula bila difitting dengan bajunya. alhamdulillah, ade juga kedai yang bukak (banyak kedai tutup berikutan mood raya)

pada hari khamis bersamaan 16 sept 2010 (10pagi pada cuti 1 malaysia), tibalah hari utk majlis besar dalam hidup aku. fuhh ayat tak boleh blah..saudara mara sebelah suami je dah mencecah 100 orang. biasa akad nikah, yg datang dalam 20 orang je kan..tapi majlis aku, dah macam kenduri lain plak..;p nasib bukan para isteri yang terlibat dalam ijab & qabul, kalau tak, tak tahulah tahap gagap aku tika itu.

tidur pon tak berapa nak nyenyak fikirkan majlis yang akan berlangsung. risau kalau tetamu ramai sampai makanan jamuan tak cukup ke, wali atau pengantin menangis nonstop ke, saksi pengsan ke, tetamu boikot majlis ke, suami gagap tak berkesudahan ke..adeh! semua berlegar2 dalam fikiran menjadi 1. sampai je kaki aku menjejak lantai masjid, baru aku sedar bantal nikah tertinggal di rumah. family punyalah kelam kabut. padahal tak ada bantal nikah, sah je nikah kan. haih!!

dan kata suami, saat itu debaran nye melebihi segala2nya. lebih dari debaran malam sehati berdansa. apatah lagi kami akan dinikahkan sendiri oleh waliku. ayah tercinta Encik Abu Bakar Bin Sathri. dengan guna mikrofonnya, lagilah cuak tidak terhingga. suatu masa dahulu, bila lihat orang lain nikah, aku kata relax je. toksah gabra & emo2. bila dah melaluinya, baru aku sedar, perasaan itu datang sendiri. dan dengan sekali lafaz, alamdulillah kami diijabkabulkan. saat melihat suami menangis & solat sunat, hati aku tuhan je yg tahu. hening & sayu seketika.

Alhamdulillah. usia muda kami korbankan demi 1 ikatan & keranaNya..mudah2an..



separuh dari sanak saudara & tetamu yg hadir. selebihnya di luar masjid. manalah suami tak cuak..

saat ijab & qabul. masih tersenyum menahan gelora cuak yg melanda..

suami solat sunat usai selesai akad.

menyimpul rantai tangan..kata org 'majlis membatalkan air sembahyang'..

sempat aku bertanya 'berapa lama nak salam ni bang?? hidung dah lenguh..';p

* Kalau nak dating lepas ni, tak perlu bawak segerombolan sanak saudara lagi..;-)
* teringat zaman2 sekolah dulu, geng aku selalu kata 'antara kita semua, siapa akan kahwin dulu?? mereka akan sibuk kata, 'aku last'...tapi aku selalu jawab 'tak apa, biar aku dulu'...dan akhirnya....memang aku dulu...'..^_^


wassalam

7 comments:

farhana said...

I like dis entry..
read it word by word..
terasa debarannya..cewah!!!!

memang ramai gila kat masjid tu...
semua nk bagi sokongan moral =)
once again, tahniah Nad dan suami..
kenduri nanti, jgn lupa jemput hee

merahitujambu said...

alhamdulilah semua selesai sudah..=)

aishahumairah said...

alhamdulillah..
tahniah puan nad..;)
baarakallahu lakum insyaAllah~

nEd~Ya said...

farhana
hehe..tengs ana. entry yg begitu pjg. perlu dihayati word by word ya. ;-)
debaranku telah menusuk ke kalbumu. maka x lame lagilah tu turn ana..*_*

yup, ramai. sedara mare je cenggitu ramainye. nervous bertambah2. hehe
tengs ana..insyaAllah, nanti kite mintak alamat ye..;p

nEd~Ya said...

merahitujambu
alhamdulillah. yup begitulah..;p

aishahumairah
tengs aisha..
puan yg x tahan tu..;p
amin. mudah2an..

Anonymous said...

lame dh x bukak blog org nih. congrats ye! im soo happy for you! nami pun rasa mcm nk kawen walaupun calon pun xde lagi nih. hehheheheh.....

nEd~Ya said...

Ms. Happy
hehe. sila2..
tq so much.
mm x sabar tunggu turn nami plak. *_* eh, xpe, mane tahu jumpa calon sebulan dua terus sampai seru untuk kawen. waahhh!