Thursday, August 25, 2011

RaMaDhan 25

salam to all

Ramadhan..

ramai bersedih kerana ramadhan akan berakhir..
tapi betul kata seorang teman 'jgn mencintai ramadhan dan HANYA beramal beria2 dalam bulan tersebut'..sedangkan bulan2 lain ade juga kelebihan tersendiri dan amalan harus dijalankan dengan istiqamah..

kenapa di bulan ramadhan kita lakukan solat hajat, solat taubat dan solat2 sunat lain tapi di bulan yg lain, solat fardu nya juga tidak menentu..

dan lebih menjentik hati, status kawan2 di fesbuk..

ada yg tulis, nak bertadarrus, nak qiamullail, nak itu nak ini..

sedarkah kalian, ia boleh menimbulkan sifat riak dan ujub..

apabila kita merasa amalan kita banyak berbanding org lain, maka amalan kitalah yg paling sedikit di sisi Allah..

nauzubillah..

aku takut..aku takut aku pun jadi macam tu.. maaf bagi yg terasa.. tapi ini untuk perkongsian kita bersama. banyak perkara yg aku google dan banyak perkara yg telah terbukti.. jadi aku tuliskan di sini mengikut kefahaman aku dan ada juga mengikut pengalaman sendiri sebagai peringatan buat diri sendiri khususnya..

******

runsing.. setiap minggu balik ada sahaja kematian di jalan raya..
bagaimana kematian aku kelak??
bila?
apa sebabnya?
boleh gila kalau difikir2kan..takut..
nauzubillah..
tapi kematian itu pasti..

maka berusahalah untuk mempermudahkan kematian kita..

antara langkah2 nya :
1) memohon maaf pada semua yg mungkin pernah kita zalimi..
2) membayar hutang
3) menjalankan segala amanah yg dipertanggungjawabkan
4) beramal secara berterusan dengan melakukan segala tuntutan yg wajib..

mari kita berusaha..ye??

*teguri aku atas segala kelemahanku..maafkan segala khilafku..


Monday, August 22, 2011

IfTaR JaMaie

salam to all..

sabtu baru2 ini, aku berbuka puasa dengan besti2 sekalian alam persekolahan.(ape punye ayat??) . tak ramai pun, 6 org je. sbb lagi empat orang tak dapat join..

kami berbuka di benjiana steakhouse at setiawangsa..

RM30.80 satu kepala makan sampai kenyang..

pelbagai menu disediakan..

-nasi lemak yg memang marveles.. sampai 2x aku makan oke..
-lauk pauk
-chicken chop
-lamp chop
-mushroom soup
-salad2
-spagetti
-kuih muih
-agar2
-air panas / sejuk
-aiskrim cap ayam (kata suami aku)

dll yg mungkin tak ingat untuk disenaraikan..



pasangan 1

pasangan 2

pasangan 3.. us..;) *parah betul nampaknye aku..muke org sakit..;(


meriah menjamu selera..*rakan2 sekolah menengah aku sebenarnya mereka2 ini..


favourite.. yg harus ada : spagetti bolognaise..nyummm.nyummm


sepanjang berpuasa ni, aku rasa aku masak sendiri 2x je.. huuuu..

yg lain berbuka kat luar dengan suami dan beli kat bazar dengan housemate..hiiii... rajinnn sungguh naaa...;)

sekian..

Friday, August 19, 2011

NaK CoRet2 TenTaNg ayah

salam to all..

malam tadi terlepas cakap kat ayah yg aku menghabiskan ratusan ringgit untuk kuih raya tahun ini.. maka apa lagi, telinga ini terus sahaja berpanas di corong hp mendengar taklimat pengurusan wang secara percuma dari daddy tercinta..aduyaiii..ni belum suami lagi..

ayah kata aku terlebih sudah dlm berbelanja untuk kuih raya.. belum lagi baju raya, persiapan rumah lain dan duit raya.. OMG..

memang diakui, ayah adalah insan yg bijak menguruskan kewangan.. beliau tidak kedekut tapi beliau juga tidak boros..

apa sahaja kehendak anak, selagi mampu beliau akan tunaikan tak kira cepat atau lambat.. beliau tak melarang kalau adik aku minta ps1, ps2 lah, home theatre la, DVD player dll..
belum aku lagi minta hp la (mase sekolah dulu) brg2 branded dll..

alasan beliau : beliau pernah remaja, beliau tahu remaja punya keinginan tinggi..beliau berikan selagi termampu tapi sebagai tanda penghargaan, beliau inginkan kejayaan kami dalam apa jua bidang2 yg +ve.. alhamdulillah, kami dah buktikan sedikit demi sedikit..

berbalik pada pengurusan wang, beliau sentiasa merancang. bak kata beliau perancangan sangat penting..contohnya, setiap bulan ada peruntukan buat isteri beliau untuk barang basah/kering. peruntukan belajar anak2, .. kalau bulan puasa, sebulan sebelum puasa dah ade perancangan..ada peruntukan ke bazar.. kalau raya, ada peruntukan baju raya, kuih raya, duit raya dll..kalau berjalan, ada peruntukan untuk makan, hotel, buah tangan, minyak kereta dan serba serbi lengkap..

belum lagi tabung bencana alam kat rumah kalau ada saudara/kawan nak pinjam duit.. dan tabung segala bil.. bila dtg je bil astro, hp, api, air dll, keluar duit dari tabung tersebut je..

jadi balance hanya untuk belanja harian beliau, kereta, rumah dan simpanan...

SIMPANAN WAJIB ADA. tak kira sikit atau banyak.. ini prinsip beliau...

belum lagi kalau beliau servis kereta, sekecil2 sparepart yg ditukar pasti dicatat.. maka bila rosak pada 1 masa, beliau boleh tahu benda tu baru tukar atau dah lama.. jadi tak dinafikan lah kereta beliau yg dah berusia 10tahun masih laku 25k.. macam baru..aircond sejuk walau tak pernah servis.. betapa beliau menjaga dengan baik..

beliau seorang pengurus yg baik. apa sahaja yg diurus, pasti berdisiplin..itu pasti.. ditambah dengan kecerewetan yg agak tinggi, maka ia sempurna..

bukan itu sahaja, semua yg dibuat dari sekecil2 hal, semua ade perancangan..sampai nak pergi rumah org kawen pun perlu rancang baju nak pakai (biasa org perempuan je mcm ni), duit nak disediakan, jam berapa nak gerak, tulis kat kalender dll.. suami aku dulu pun pelik..kagum seketika.. la ni dah jadi bapa mertua, dah terbiasa...kalau tak berdisiplin, tak payah la join ayah aku tu.. dapat taklimat free je kang..;)

kalau tak ada perancangan atau tak sempat merancang, beliau tak kan buat satu2 perkara itu..

antara kami anak beranak nya, ada yg ikut tak???

ada... aku..aku.. heee...

aku masih belajar menjadi pengurus yg baik..cuma aku agk boros..tu yg jadi pincang sikit azam di dada. ;)

disebabkan masih belajar, aku tak tukar kereta kancil ku yg cumell itu.. tunggu 1 masa yg dah pun ditetapkan.. walaupun kat sekolah ni dah ramai yg menggoda..;) ayah dah approve, so perlu bersabar sikit lagi...

rumah? tidak dalam masa terdekat.. ilmu loan+guaman+servis perlu dituntut dari ayah dahulu..

tambahan pula suami akan sambung belajar dan mungkin aku juga, maka laluan ini diutamakan..

mampukah aku jadi sehebat ayah??? huaaaaaa...macam jauh panggang dari api...

hishhhh...tak boleh patah semangat...mudah2an.. kaulah idola ku daddy cool..

nanti aku update tentang mak pula.. beliau berbeza sikit dalam bab2 pengurusan ni..;)

daddy .. luv u.
*sekadar perkongsian..tak ada niat nak puja puji dan tayang sana sini.. tiba2 teringat ayah dan style beliau..;) bagaimana ayah anda2 di luar sana?? pasti ade kelebihan2 lain juga kan???

Thursday, August 18, 2011

BaHaNa TaK BeRSaHur

salam to all..

al kisah semalam..

round bazar beberapa kali.. tapi housemate tak beli apa2 lagi..

'kak, tak tahu nak makan apa'.. itulah zikir beliau sepanjang jalan..

aku dah lenguh kaki ni tapi beliau tak bagi apa-apa tanda nak membeli..

tiba2 'kak, jom balik lah..sy rasa pening'...

aikkkkkkkkkkkkkkkk

beliau tiba2 berpaut kat aku...aku tgk muka beliau dah pucat lesi, berpeluh2...

aku cuak oke...beliau nak pitam kat tengah jalan ni ke?????sekarang jugak ke? kejap lagi tak boleh??

*'' nak pitam tak kira masa dan tempat ye""*

aku papah beliau jauh sikit dari org ramai.. mata aku melilau ke kiri kanan.. alamak, aku kat depan kawah rendang.. bahaya ni..

ada pulak yg masuk kawah ni kang..esok mesti muka aku masuk kosmo..bergaya dalam kawah bersama daging2 ayam...OMG

isk..isk... dalam masa fikir2, housemate aku 'kak, sy tak nampak apa-apa dah..gelap'..

YaAllah, aku kene berbuka puasa kat hospital ke hari ni...??

hishhhh...ape otak aku fikir ni..

housemate aku tak nampak dah, beliau main melintas je. aku tarik sbb kereta dah nak langgar.. nasib sempat tarik ke tepi jalan..

selamat ...

1) tak pengsan tengah jalan.
2) tak masuk kawah rendang..

aku bawak beliau duduk depan kedai apa entah.. kipaskan.. dan paksa beliau makan.. tapi beliau tak mahu batalkan puasa.. aku masuk bazar balik carik air asam & nasi ayam..spare utk beliau.. beliau dah basah dengan peluh.. lembik...

lepas 10minit, keadaan agak terkawal.. aku papah beliau ke kereta..

alhamdulillah.. aku dapat laluinya dengan tenang..cuma otak aku ni je cabar aku dengan aksi2 dalam drama..haishhh..

rupenye beliau tak sahur..dah tu berbuka semalam makan bihun je.. aiseh...

adik...adik......Ada org boleh puasa tanpa sahur.. tapi awak tu jenis tak tahan puasa kalau tak bersahur.. Allah nak bagi pahala tu..bangun sahur oke..

dan pagi tadi, aku dah bersedia dengan senduk di tangan..ketuk2 kuali dengan havock sekali..kasi beliau dengar dan bangun bersahur..jiran sebelah pun tak perlu kunci jam..aku kejut terus semua sekali...

*mari bersahur ye dik...

Monday, August 15, 2011

LiMa

salam to all..

1) pagi tadi speed dari rawang ke sungai besar..melebihi 100km sejam. memang macam nak serah nyawa. nauzubillah.. *bukan suka begitu tapi terpaksa..siapa suruh semalam tak nak balik!! sendiri cari masalah..

2) yeay, bonus masuk..alhamdulillah..;) banyak masuk, banyaklah keluarnya, terutama masa2 nak raya ni..shopping all the tyme..

3) rabu ini cuti nuzur quran.. nak balik ke tak????

4) sempena dah bergelar isteri, kena manage kuih raya sendiri. dulu semua mak order dan buat.. sekarang untuk rumah aku takkan mak nak buatkan?? so aku order di area sekolah aku..kawasan kampung kan, maka biskut2 raya sangat murah dan sedap. tat nenas di KL harganya mencecah RM27 tapi di sini RM 14 je pun ada. rasa sedap oke.. memang rambang mata lah..aku order je ikut sesedap rasa.. pantang ada yg offer, aku rasa dulu dan stuju untuk order.. siap dendeng daging, dodol, serunding, kerepek2 dll ..di sini macam2 ada.. org kampung punya masakan memang superbbb...asli.. sekarang total2 dah mencecah RM500 semua barang yg di order. wallamak... *bisingla incik suami..

*aku siap bawak hampir 120 balang biskut raya (6 jenis) ke KL. letak di pejabat suami..sbb ramai kata kuih2 KL mahal..so aku perkenalkan biskut raya yg harganya berpatutan..;)

5) tahun ni beraya di mana?? incik suami belum putuskan secara rasmi..aku menunggu dengan tenang...^^, nasib rumah mak dan rumah mak mertua dekat2..maka 1 raya dapat jumpa semua.. cuma yg mana 1 dahulu??

sekian

Wednesday, August 10, 2011

HeArThY InI

salam to all..

di makmal sekolah..

tenang nyaman redup syahdu hari ini..

tapi hati ini tak begitu..bila2 masa sahaja hujan di hati dan di mata boleh turun dengan lebatnya.. ribut jua..

walaupun hari ini dapat duit OT
walaupun minggu depan bonus masuk
walaupun minggu seterusnya gaji
dan biar banyak mana pun 'walaupun'..

kegembiraan dan kedamaian di hati takkan dapat dibeli..

hati sy tiada di sini..

dan tiada jua di mana2..

hurmmm~

Thursday, August 4, 2011

RaMaDhaN EmPat

Harapan padamu subur kembali...


Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuangan
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaranMu
Ya Allah, tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

menusuk kalbu lagu2 nasyid lama seumpama ini...

LuAHaN TaNpa SuaRa

Tips

Lelaki : kahwinlah sebelum umur 30

Perempuan : Kahwinlah sebelum umur 27

**selepas umur2 ini, korang akan ada simptom2 seperti incik A_I_...

bila anda sudah berkahwin, anda akan faham entry aku ini.. emosi aku agak tidak stabil mengenangkan seorang lelaki a.ka. lelaki bujang agak terlajak.. punya peel yg pelik dan menjengkelkan..

nasib emosi boleh dikawal..yg jadikan ia stabil adalah cebisan kesabaran yg tersisa dalam diri ini.. mungkin kerana Ramadhan..

YaAllah, aku ampunkan beliau..

suamiku bersedih, maka aku menangis..
suamiku dizalimi, maka aku??? menghampiri dendam..

astagfirullah..jauhkan dendam dari ku...datangkan kemaafan buat beliau..
Amin....

Wednesday, August 3, 2011

4 IsTeRi, JaGaLaH Yg PerTaMa

Salam to all..


terbaca kisah di bawah ini dari blog teh secawan..memang pernah aku dengar org kata 'isteri pertama umpama pintu rezeki, diceraikan isteri pertama semata2 untuk isteri kedua (dikira penganiayaan kepada isteri pertama), maka pintu rezeki akan tertutup...' ia ke??


maka, terbaca pula kisah ini.. boleh tahan sayu..untuk perkongsian.. benar atau tidak, fikir2 kan lah..


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.



Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.



Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."



Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering

mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


**tiba2 rasa nak tag incik husband. hahaha.."jaga sy elok2 ye..namo sampai kurus makan hati..*tapi dah naik 7kilo pon..maka incik husband menjaga sy dgn baik...heeee'

RaMaDhaN KeTiGa

Salam..

Perkongsian untuk ramadhan ketiga hari ini..

Seandainya diri kita pernah ditipu orang… Seandainya diri kita pernah dikhianati orang… Seandainya diri kita pernah difitnah orang… Seandainya diri kita pernah dihina orang… Seandainya diri kita dizalimi orang…Sakitnya hati hingga tidak bertegur sapa selama berhari-hari…berbulan-bulan…ba​hkan bertahun-tahun pun ada.

Retak serta lukanya hati hingga berdendam seluruh keturunan hingga generasi ke generasi. Bencinya hati hingga tidak mahu bertentang wajah bahkan bayang-bayang pun tak mahu melihatnya kerana dosanya terhadap kita terlalu pedih bila terkenang-kenang.

‘Alangkah nabi maafkan umatnya inikan pula kita…Itu nabi tapi aku hanya manusia biasa!’…

satu perpatah yang sering terdengar jika hati keras untuk tidak memaafkan orang… Apa Allah kata….. Adakah engkau sudah berbuat baik kepada orang yang berbuat JAHAT kepadamu? Adakah engkau telah memaafkan orang yang telah MENGANIAYAMU? Adakah engkau telah menghubungkan silaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu? Adakah engkau telah menginsafkan orang yang telah MENKHIANATIMU? Adakah engkau telah bercakap atau menegur orang yang telah MENGUSIRMU (tdk mahu menegurmu)?

Sesungguhnya, Aku tidak memandang kepada wajah kamu dan tidak kepada kecantikan kamu akan tetapi Aku memandang kepada hati kamu. Aku suka jika kamu memiliki sifat-sifat tersebut.

Sebahagian petikan hadis qudsi. Maka andainya ada manusia lain pernah berbuat dosa kepada diri kita lalu ia memohon maaf. Terimalah kemaafannya kerana kita hanyalah hamba yang tidak berupaya….sedangkan Allah itu lagi Maha PEMURAH dan Maha MENGASIHANI….maka layakkah seorang hamba berbuat demikian? jika manusia itu tidak memohon maaf kepada kita maka cubalah ikhlas untuk memaafinya kerana Allah itu lagi Maha PENGAMPUN…maka layakkah seorang hamba bersifat sedemikian? Ingatlah….dan sedarlah diri ini jua tidak terlepas dari berbuat dosa…lalu kepada siapa kita memohon keampunan? kita mengharapkan Allah mengampuni dosa kita lalu…. Mengapa terlalu sukar memaafkan?

*syahdu membaca petikan ini..astagfirullah...

Monday, August 1, 2011

RamaDHaN PerTaMa

salam ramadhan pertama untuk semua..

* Aku copykan ini utk perkongsian bersama....

RAMADHAN INI... mudah-mudahan kita semua dapat :

DELETE DOSA ,
UPLOAD PAHALA ,
DOWNLOAD KESABARAN ,
UPGRADE KEIMANAN ,
BROWSING KEBAIKAN ,
UPDATE AMALAN ,
SHUTDOWN PERMUSUHAN ,
RESTART PERSAUDARAAN , dan
SELALU ONLINE KAN HATI KITA DI JALAN ALLAH S.W.T
AWAS VIRUS SETAN
SUPAYA SOFTWARE HATI DAN JIWA MENJADI TENANG !

SEMOGA IBADAH KITA DIBERKATI ALLAH...AMEEN~~~

berhenti seketika dan ucaplah ' Ya Allah, telah ku ampunkan segala dosa sesiapa pon kepadaku secara langsung atau tidak, dah ku pohon juga kemaafan dr semua manusia yg pernah ku sakiti secara langsung atau tidak, semoga Ramadhan kali ini aku dikurniakan keberkatan dan hidayah dari mu Ya Allah, amin. Selamat berpuase. =)