mengelamun..sampai terasa ingin membebel seketika sebelum tidur.
1) tinggal 2 minggu je lagi nak bermanja-manjaan bersama mak ayah, adik beradik dan suami. lepas tu, berangkatlah aku ke tempat khidmatku diperlukan. berpisah lagi untuk kali yang keempat sepanjang hidup..
gopeng perak (1tahun)-----> UKM Bangi (3tahun) -----> Johor Bahru, Johor(1tahun) -----> sabak bernam.(Berapa tahun pula ni??) -----> lepas tu?
2) dalam adik beradik, aku lah yang paling tak suka belajar jauh-jauh dan keluar rumah. kalau boleh nak belakang rumah je. tapi sebab tu lah kot selalu aja dapat tempat jauh-jauh. nak suruh berdikari sikit kot..;p akak aku, suami aku dua-dua jenis berdikari dan suka pergi jauh-jauh. tapi mereka berdua dapat tawaran belajar dekat-dekat je. akak aku siap apply UNIMAS, UMS tapi dapat UPM, suami aku apply entah mana-mana tapi dapat UTMKL. yg aku plak, masa apply Uni, aku pilih dekat-dekat je. UKM, UPM dan UM. lain-lain langsung tak ada dalam senarai pilihan. sebab jauh. ramai kata risiko pilihan letak terhad je, tapi aku tak peduli. tak dapat antara tiga Uni ni, aku kerja lah. alhamdulillah, dapat juge pilihan pertama, UKM. bangi je. tapi nangis2 gak..heee
3) dan sekarang posting ke sabak bernam. masih dalam selangor tapi dah sempadan perak. jauh juga dari rumah. alhamdulillah aku dipostingkan ke sekolah menengah agama. tak terfikir sepanjang hidup untuk berkhidmat di sekolah jenis agama. aku selalu fikir sekolah harian je, tak sangka ada peluang ke sini..
menurut survey ke atas beberapa kenalan, pegawai di JPN Selangor, saudara mara, dan explore di Internet, sekolah aku punyai hanya lebih kurang 400 pelajar. 1 advantage untuk aku kerana tak serabut dengan ribuan pelajar, maka akan lebih tenang di sana. pelajar pulak semua seagama (sekolah agama pun kan), lebih mudah dan pengajaran lebih berkesan.
bak kata pegawai JPN (berasal dari kawasan sana) , pelajar di sini tak berapa nakal, dengar kata sikit dan paling penting insyaAllah kurang sosialnya.
dan lebih indah sekolah aku berdekatan laut & juga resort. memang senang nak makan seafood..;-)
4) mak ayah sibuk nak pencen tahun ni dan ikut aku duduk sana. tambah-tambah mak pernah janji 'kalau adik posting jauh, mak ikut temankan'.. waktu tu aku tak kawen lagi, so mak siap nak ikut aku. Apatah lagi mak ayah memang suka suasana kampung. tepi laut dan bendang bagai. apalagi? riuh nak ikut pindah sana..;p
5) suami aku? beliau lagi suka suasana kampung. beliau akan cuba survey unit TM yang kosong di sabak bernam. kalau ada, beliau pun nak pindah ke kawasan kampung. kalau tak ada, terpaksalah kami berpisah setahun dua ni sebelum aku minta tukar ke bandar semula.. tapi impian kami adalah untuk menetap di kawasan yang permai.. kalau dah ke bandar semula macamana nak permai? hurm~~~
6) plan asal, kalau aku posting ke sekolah di lembah Klang, kami akan menyewa di damansara. sekalipun aku posting di rawang, suami tak mahu menyewa di rawang. mungkin sewa di selayang. suami dan aku dah lama juga duduk rawang, biarlah segala kenangan di sini. jasad kami ingin bertukar angin pula.
tapi betul-betul tak dapat rawang, malah ke sabak bernam. cool giler kawasannya. cuma yang tak cool, kena berpisah dengan suami dan family. family nak ikut tapi harus dibincangkan semula berikutan mak aku tu macamlah sanggup berpisah dengan cucu dia kan.. so sekarang ni masih tunggang langgang. yang pasti suami, mak, ayah tak bagi aku duduk menyewa sorang-sorang kat sana. (kalau ada housemate lain cerita)..so mereka yang kelam kabut fikir aku nak duduk mana..aku? masih cool sebab tak sampai hati nak fikir. haha
7) aku seorang sahaja yang posting dalam selangor march ini. bertuah kan???;-) (tu pasal susah nak carik housemate..kawan-kawan pula ramai tercampak ke kedah berikutan sekolah agama disana banyak kekosongan..mereka dapatlah menyewa bersama..sebab mereka single kot, tak dapat negeri pilihan..mereka berhijrah lebih jauh..;( aku dah berkahwin, alhamdulillah dapat negeri pilihan.. tapi sek agama penuh di lembah klang, dapat la daerah jauh sikit..hurm..~ )
8) suami ajak pindah ke Sarawak. TM sana kosong dan kalau aku pula apply untuk posting, dah tentu KPM alu-alukan. aku pun tak adalah keberatan sangat sebab kehidupan di Sarawak memang damai. cuma sedih sikit sebab family kat sini. hasrat ini ditangguhkan dulu sebab nama aku dah ada untuk sekolah di sabak bernam. untuk tukar dalam masa terdekat, sangat sukar. tapi kalau usulkan hal ini pada family aku dan family mertua, haruslah depa tak setuju. hihi..
sekian..
2 comments:
Tahniah wat kamu sekeluarga....huhuhu... kesefahaman dan tolak ansur amat diperlukan tatkala menempuh ujian dari-Nya...semoga Abu Zar tabah mengahadapinye...hehehehe....
burn _out
(^^,) tq hazli.
yup, so true.
boleh tahan sadis tp ape leh wat, tu yg terbaik buat mase ni.
insyaAllah..abu zar boleh!! hahaha
Post a Comment