Monday, March 14, 2011

UpDaTe LaGi!

salam to all

cerita 1

sabtu baru ni aku ke sungai besar bersama suami dengan tujuan melawat sekolah aku mengajar nanti.

boleh tahan jauh. kawasan kampung yang dikelilingnya banyak penduduk kampung menjual sayur segar dan ikan2 yang baru naik dari laut. gembira? mak aku dan bapa mertua aku sangat gembira & teruja. aku? biasa aja.

sekolah yang tidak besar, hanya ada 2 bangunan 4 tingkat sahaja selain bangunan kantin dan surau. kiranya tak ada lah kaki ini penat dari 1 bangunan ke 1 bangunan nanti. sekadar penat memanjat tangga ke tingkat 4 sahaja.

cerita 2

esok akan bermulalah hari penat sedunia untuk aku dan suami. suami akan mula bercuti esok selama seminggu untuk menghadap segala persediaan aku mendaftar rabu ini dan perpindahan aku ke sana sebelum mula mengajar pada isnin hadapan. bersediakan mental & fizikal kami agak-agaknya?

cerita 3

anak buahku yang akan menginjak ke usia 8 bulan. keletahnya penyeri keluarga. lepas aku dah mula mengajar nanti, mesti kami jarang berjumpa. =(

3 bulan beliau dah pandai meniarap. now dah 8 bulan, beliau dah pandai duduk, merangkak dan berpaut untuk berdiri & melompat. dibandingkan dengan baby2 yang lain, umur 5 bulan baru boleh meniarap sikit2. aku kaji hal ini, rupenya baby yang berat sukar melakukan pergerakan dan lambat untuk menguasai satu2 kemahiran. *agak malas disitu..

baby kecil mcm anak buahku sangat active hingga kehilangan berat badan. tapi umur baru berapa bulan dah pandai macam2 kemahiran..*bukan nak puji anak buah sendiri cuma hal ini aku perhatikan sangat mendalam kebelakangan ini..

tak pernah sekali pun, kalo anak buahku diletak di atas tilam atau lantai, beliau hanya diam tanpa berbuat apa-apa. mesti beliau akan melakukan pelbagai aksi termasuk berada dalam keadaan 'sedia' orang yang nak lumba lari. *boleh bayang tak?


masa makan pun, tak boleh diam. ni masa 5/6 bulan. kalau sekarang, langsung tak mahu baring camni dah. makan sambil merangkak / duduk.

ni dalam baby walker. beliau boleh bertahan dalam baby walker ni pun tak lama. beliau tak suka disekat. nak dilepas je, baru boleh aktif ke sana ke mari. paling suka duduk celah kerusi dan bawah kerusi. haih!

ni sebahagian badan dah bawah kerusi. bebas macam ni beliau sgt suka dari duduk dalam baby walker.

antara aksi beliau. beliau dah kurus sebab terlalu aktif..

masa mula2 belajar duduk. kami tengok usahanya pun penat tapi budak ni tak penat. selagi tak pandai, beliau tak mahu tidur. usaha sampai dapat duduk. kadang2 bangun je tidur terus duduk. haha. sekali lepas, senyum dengan muka bangga seperti di atas...

nak pergi kenduri dengan makngah beliau..

beriadah di petamg hari bersama mama beliau..

*huduh juga guna perkataan beliau bagi menggambarkan baby/kanak2..

sekian.

3 comments:

BurN_OuT said...

Salam...
Wah, Cuti sakan suami kamo...heheheh....
Pape pun slmt menjalani kehidupan yg baharu di tmpt baru...
Keep It Up,Gudluck....huhuhuu...

merahitujambu said...

comel sgt2 comel..kamo bila lagi??insyaALLAH

farhana said...

Comel gila anak buah Nad....
Suka sgtb tengok dia senyum
Kecik2 dah photogenic =)