Thursday, March 10, 2011

SeLaMaT PeNgaNTiN BarU

salam to all
tag dari cik blueberry. aku tak kenal cik blueberry ni tapi aku blogwalking petang semalam ke blog beliau melalui blog sahabatku puan akina. tag ini nampak menarik kerana khusus untuk orang yang dah kawen.

da rules :
1) tajuk entry anda mestilah 'selamat pengantin baru'
2) anda sudah berkahwin
3) paste kan 2 keping gambar kawin kegemaran anda dan nyatakan sebab anda menggemari gambar tersebut
4) jawab soalan-soalan yang diberikan
5) sesiapa yang terbaca entry ini dan sudah berkahwin, harus menjawabnya. atau tag kan rakan anda yang sudah berkahwin.


gambar ini digemari kerana watakku nampak innocent dan cool.

yang ni pulak nampak romantik tapi kelakar berikutan suami memakai baju melayu & coat. pada mula malam berinai, beliau tak mahu join. segan katanya. aku plak dah sewa coat tersebut.. beliau taram je dengan baju melayu..haha. tapi dah lama sikit dan hilang segannya, baru beliau pakai kot dan kemeja. dan sesi bergambar lebih sempurna..;p

soalan-soalannya berbunyi begini.

- berapa lama usia perkahwinan anda?
lebih kurang 7 bulan. *pengantin baru lagi lah kirenye..=)

- sudah punyai cahayamata?
haruslah belum.

- pada pandangan anda, apakah maksud bunting pelamin?
wahh! menakjubkan soalan ini. ;-)
bagi aku bunting pelamin ni -----> wanita yang melahirkan anak sebelum mencapai hari ulang tahun perkahwinannya yang pertama. contohnya kalau aku bunting pelamin, anak aku harus lahir sebelum 16 september 2011 ini ...~ngok plak soalan ni aku rasa

-berapa lama masa yang anda butuhkan untuk menerima lamaran pasangan?
suami lamar kali pertama masa usia 19tahun. wahhhh!!!! terkejut tak? suami memang jenis tak suka couple lama2 sebenarnya. tapi aku degil. sebab kedegilan aku, banyak kali jugak berperang pasal kahwin. sampai beliau merajuk dan tunggu aku lamar beliau semula. so kiranya aku amik masa 6 tahun jugaklah sebelum aku lamar beliau tahun lepas.. hahaha.

- perbezaan hidup paling ketara sebelum dan selepas kahwin?
1) eh..eh tiba-tiba dah ada suami. (^^,)
2) paling ketara bila keluar berdua, tak payah bawa bodyguard dah. boleh dating sampai tengah malam tengok wayang.
3) boleh berkepit tanpa rasa bersalah. ;p
4) bila keluar, mak ayah dah tak call setiap setengah jam. sehari 2x je.
5) banyak lagi tapi takkan semua nak beritahu kat sini. tak mahulah...(*_8)

- peristiwa manis atau pahit selepas kawen.
semua manis-manis lah setakat ni *baru 7bulan pun kawennya..yang pahit alhamdulillah belum ada. cuma bolehlah dikatakan pahit sempena aku akan berpindah ke sabak bernam minggu depan meninggalkan suami di sini...;p

- pasangan anda seorang perokok?
alhamdulillah tidak. malah beliau lebih pantang bau rokok berbanding aku.

- jika ya, apa pandangan anda?
jika ya, bukan calon suami aku lah nampaknya dulu. sebab siapa yang merokok akan mengurangkan 10% kecerdikan anak yang lahir kelak. plus ada fatwa kata haram. so haruslah jangan merokok.

- siapa lebih awal bangun setiap pagi?
aku lah..siapa lagi..*dengan muka bangga.

- pasangan peka terhadap keperluan anda?
1) yup, sangat-sangat peka. terutama bab2 makan. apa aja tekak ni nak, beliau akan cari. prinsip beliau *makan punya pasal, tak apa. ;p
2) aku tak bekerja sekarang, so duit ansuran kereta, minyak dan shopping, semua suami tanggung beres. isteri beliau tak dapat membantu setakat ini..;-)

- pasangan menegur penampilan anda setiap kali anda keluar bersama?
masa couple dulu sangat jarang. bila dah kawen, ada jugak terutama kalau pakaian cam tak berapa matang (nanti orang ingat single plak..;p) dan ketat2 ke. heee..

- perancangan masa depan kalian?
terlalu banyak dan terlalu privasi..Bold

- anda kenal siti hairiah?
tidak

-beliau cantik?
tak kot.

**terima kasih sudi menjawab tag ini...

jap-jap. aku nak tag si cekodoksedap sebab beliau dah kawen..=)

No comments: