Tuesday, February 8, 2011

BoLeh TaK Nak MasuK BaWaH MeJa.. MenCi-MeNci...

salam to all

sengal..sangat sengal..dungu..betul-betul dungu.

malu..malu..malu...rasa nak hentak kepala ke dinding.

baca tak entry aku bertajuk 'boleh tahan sengal?' scroll down now.

ha ni kesinambungannya..

aku ke kenduri doa selamat di Antara Gapi. Rumah abang ipar akak aku. aku duduk lah sebelah mak mertua akak aku...

beliau : dah ada dah?

aku (dalam hati) : apa yg dah ada? ha, ni mesti kisah dah berisi ke belum ni..dulu aku siap tak faham soalan orang tua2 kalau nak tanya kisah2 mummy to be ni. sekarang aku dah faham. bagi hint sikit pun dah faham.

dengan senyum lebar aku jawab : insyaAllah..kalau ada rezeki..(jawapan2 selamat)

beliau : lambat ye?

aku : eh, perli aku ke hape ni?? manalah aku tahu lambat ke cepat,..(kepelikan melanda dalam hati)

beliau : tak pelah, ikut lah kan. tunggu je kat rumah.

aku : apa ni?? aku salah jawab ke?

mak aku dah mula jeling sakan.

beliau : nak kerja sekarang bukan senang.....bla..bla..bla..

wallamak..salah faham ke..lain kali tanyalah 'dah posting ke belum'...huaaaaa...

rasa tak mahu keluar rumah dah.....

lain kali soal lah biar terang. aku tak faham bahasa kias2 ni.

mesti mak aku cakap dalam hati 'dah berbulan2 anak aku duduk rumah, makin dungu jadinya..'

huaaaa...

kalau ada yang tanya lepas ni, aku tak mahu terus jawab. aku akan soal balik 'apa maksud makcik????'

biar puas hati. haih!

suami aku gelakkan aku 3 hari 3 malam berikutan hal ini. sekian.

4 comments:

merahitujambu said...

ahahahaha....lawak je..nasib bg jawapan selamat2 td.lau xkp tadi dh 3 bulan lebih dh nak masuk 4 bulan..lagi kena gelak...

BurN_OuT said...

huhuhuu...kira ok la tue kn,dr xjwb di kata smbg plk...so pasnie u make sure kena 'kompomkn' btl2 ape soalannye...well done. hehehe...

Wak Ajem said...

kena bnyk lg menuntut dari org tua...haha

nEd~Ya said...

merahitujambu
haha..tau xpe..kang terlebih malu, x tau mahu sorok muka katne. huhu
ade ke xde, bagi je jawapan selamat & border2. heheheh

burn_out
yup, setiap soklan pasti dijawab cuma pasni kene soal semula sebelum bg jawapn. takmo salah faham lagi.. heeee.

are jei
nak menuntut dgn ko lah. ko kan terer...heheh