Tuesday, February 22, 2011

BiKiN PuSinG InI KePaLA

salam to all

sangat bz lately.

menguruskan hal penempatan/posting sendiri.

Kronologi : batch aku seramai 24 orang (1 malaysia) sepatutnya posting pada 7 Feb lepas. dan tempat posting kami adalah sekolah berasrama penuh (SBP) di mana-mana negeri seluruh Malaysia.

disebabkan ada antara kami yang bermasalah (sakit mental--->sampai begitu sekali ye), kami semua tidak dipostingkan pada tarikh yang sepatutnya. maka tempat kami telah dipenuhkan oleh graduan2 yang lain. maka SBP2 pun telah penuh..

Beberapa hari lepas, kami dikhabarkan hanya 14 orang dapat disumbatkan ke SBP dan selebihnya ke Sekolah Menengah kebangsaan Agama (SMKA). dan menurut sumber tertentu, bagi insan yang sudah berumah tangga, mereka akan dipostingkan ke SBP yang berdekatan dengan suami. (kawen memang satu bonus untuk dapat penempatan di negeri sendiri) tambahan pula SBP lagi banyak pilihan berbanding SMKA di setiap negeri. SMKA memang sangat terhad. jangan keliru ye antara SMKA dan SMA (sekolah Menengah Agama). SMA memang banyak tapi SMKA tidak sama sekali. kalau di selangor ni kalau tak silap ada 3 je kot SMKA. SMA memang banyak lah, belakang rumah aku pun ada iaitu bekas sekolah suami aku. (SAMER)

dan ujian Allah pun tiba ---> data aku tidak berada di bahagian SBP, tapi berada di bahagian SMKA. maka aku dapat rasa, status aku masih dikira bujang sehingga ke hari ini. dan menurut mereka SMKA yang available hanya di Perak, Kedah dan Terengganu. Wahh!

maka, dengan segera suami aku mengeheret (heret??) aku ke cyberjaya pagi tadi bagi mengupdate status. malangnya tiada apa yang dapat diubah kerana semuanya telah ditetapkan. maksudnya, data aku tidak dapat dihantar ke SBP (walaupun dah kawen) dan aku akan dipostingkan ke SMKA.

disebabkan SMKA hanya ada pada negeri-negeri tertentu, diri ini sudah mula cuak. maka dengan tulus ikhlas aku dan suami memohon kalau-kalau ada tempat di SMA. tak dapat SMKA pun tak apa. tak dapat SBP pun aku tak kisah. memang sejak azali, kurang berminat pada sbp samada sebagai pelajar mahupun tenaga pengajar. jadi sekarang sedang berusaha menempatkan diri di sisi suami. tak kiralah jenis sekolah apa. aku sudah mula cuak. kalau-kalau selepas ini perlu pack barang mencarik rumah sewa & housemate macam kat Johor dulu. dan suami apa lagi, pucat tak berdarah..haih!

maka, sekarang ni tawakkal aja lah. apa lagi boleh buat. ye tak??

*kalau dapat sekolah agama, boleh mintak pelajar panggil ustazah. (*berangan).. mana tahu boleh dapat hidayah hasil penghayatan di sekolah agama..;p..yaAllah, seluas lautan tangan ini ku tadahkan...Amin..

3 comments:

merahitujambu said...

moga smeua berjalan lancar

BurN_OuT said...

Lorh....yea ke? siannye... My wife pun sdg berusaha untuk tranfer dari SBP Muar Johor ke SBP Alam Shah Selangor. Mudah2n da rezeki n dipermudahkan oleh-Nya...Aminnn...GudLuck Pearl Lims...

nEd~Ya said...

merahitujambu
Amin..mudah2an..

burn_out
Incik hazli rupenye..;)
yup. cenggitula. tensi2. ;(

harap2 ur wife dptlah tukar. duk jauh & asing2 ni susah kan. nasib kita serupa..huuu...
tengs a lot burn_out..;p