Monday, June 21, 2010

SeSi MenGhABisKaN CuTi

salam to all..

fuh, berjalan aje kije aku dua tiga hari ni. memang tak ada hati langsung nak balik JB semula. cuti dah nak habis. huaaaa sedihnya. buka je cuti ni start lah praktikal. langsung tak bersedia. silap-silap kang, pelajar aku yg ajar aku kimia. aku terkebil-kebil je mampu. haih!

mmm tak ape lah. cerita ceriti kerja & study aku kat JB lain masa aku cerita, serius tak ada jiwa nak cerita. =(

last friday, aku balik kalumpang berjumpa saudara mara. yang best nye aku dapat jumpa sepupu sepapat aku. ha, ingat lagi tak budak tembam bernama ayip ni?

ayip

setahun lebih dah aku tak jumpa dia. sekali sekala dia balik malaysia pun belum tentu dapat jumpa. kebetulan cuti sekolah ni dia balik kalumpang (rumah pak cik aku).. dapatlah bertemu yg terpisah setelah sekian lama. sempat kami ke sungai Inki rendam2 kaki. ayip semakin bijak & yg penting semakin tembam. ;-)


Ayip semakin tembam. isk2.

At sungai Inki with ayip & adam.

cayangg ayip..

on da way back.

dan hari sabtunya aku ke cameron highland. macam biasa, cuti sekolah mesti keluar dengan my kuzer & bawa adik2 kami berjalan. selalunya kami pilih tempat2 bersejarah macam muzium & kota lama (mereka yg minat, kalau aku dah lama aku pilih utk pergi shopping complex. haha) tapi kali ni berubah angin ke cameron. sebabnya dah tak tahu tempat sejarah mana lagi nak pergi. cuti sekolah dah nak abis, baru ada peluang keluar berjalan. biasalah adik aku pon tak ada cuti, nak SPM ni asyik kelas tambahan je. dapat sehari keluar pun jadilah. so pagi2 sabtu baru terhegeh2 nak decide destinasi. antara cadanga tempatnya : muzium negara (coz ada pameran keranda.hahaha), bukit melawati (coz ada meriam buatan) bukit fraser, genting & cameron.

finally, cameron! tengahari baru sampai sana. tak jalan mana pun sebab tak nak bermalam kat sana. sekadar melawat ladang teh. strawberry farm & cactus valley. tu pun tak jalan sangat coz panas. (datang jauh2, tak nak jalan. haih!). petangnya singgah hutan lipur kuala woh. kat sana sempat mandi air panas sebelum gerak balik. Area 8 dah masuk KL semula. so sempat lagi masuk panggung tengok Haunted lover. sampai rumah pukul 1.20 pagi. yang penting adik2 gembira sebelum memulakan sesi persekolahan semula=)












dan tadi aku ngan kuzer merayap dari rawang ke gombak, ampang & KLCC. esok sambung lagi ye yuyunk. terlalu banyak urusan. penat!

sekian. wassalam

Thursday, June 17, 2010

SuRaT MaYa



Private entry..hoho~

dear abuzar..

saya telah telefon awak bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam. ternyata awak tidur nyenyak senyenyaknya hingga membiarkan panggilan saya sunyi tak berjawab. tidakkah awak rasa awk begitu kejam?? ooo saya sungguh sakit jiwa..

sila bangun dan tunaikan solat isyak..

finally, awak bangun..terima kasih kerana berjaya menyedarkan diri sendiri sesegera yang mungkin.

saya merajuk ni. saya ulang, saya merajuk. !

awak kol saya semula. sebelum sempat awak memberi alasan, saya menyoal bertalu2. awak pening kan?

jawapan ringkas awk 'ooo cam ni.......saya dah la tengah demam, sampai hati awak buli saya'...

demam?? buli? demam bola kah.. sori...=(

sekian terima kasih.




p/s : awak lebih kerap membuli saya oke! sila sedar kenyataan tersebut. lalala~


Saturday, June 12, 2010

ShOpPiNg TyMe!!!

salam to all..

demam bola bermula..aku juga yg biasa2 je, demam selsema. ehe..orang sibuk dengan bola, aku sibuk bershopping, =)

dah lama tak shopping sakan. rinduuuu.. sabtu lepas shopping raya dengan family. hari ni dengan kuzer pula. gerak ke sogo shopping pakaian incik kuzer. then macam biasa aku usha2 bahagian favourite aku, iaitu handbag & kasut. =) dapat rembat kasut sepasang. tapi tak berapa puas hati dengan design2 handbag yang ada. ada jugak yang menarik tapi still searching 4 da best one. so finally, aku decide ke mid valley nak carik handbag punya pasal. sabar je incik kuzer melayan. ehe.

round2 mid valley, lagi tragis... design lebih kurang sama dgn handbag kat sogo tapi harga agak berbeza.. tak ade diskaun. ade yang menarik tapi since ade campuran gold colour, aku tak prefer coz terlalu matured berbanding usia aku untuk pilih handbag macam tu. so pusing2, tak ada jugak yang berkenan di hati. finally tensi. masa kat sogo tak nak beli, kununnya kat mid valley ade lagi yg best2. sampai mid, rasa kata sogo yang ok. padan muka. huks!

pandang kuzer lama sikit....ngheeee....sebab nak patah balik ke sogo. heheheheh..

sampai lah kami ke sogo semula, cepat2 aku rembat 1 handbag..;-) (tenang je kuzer layan kerenah aku. tengs yuyunk!)

moral of da story : jangan terlaloo cerewet & memilih! (peringatan kepada diri sendiri khususnya...ehehe)

wassalam.

Tuesday, June 8, 2010

CaRCa MeRbA (ApeKaH??)

salam to all

yihaaa,, im at home..=)
alhamdulillah, selamat sampai ke pangkuan keluarga tepat jam 6.30petang hari jumaat lalu. (tak boleh blah ayat aku)

agak penat walaupun aku hanya drive di akhir melaka & di awal Negeri 9. heheh. (faham tak?)

hari sabtu, terus bershopping sakan area Jalan TAR & sogo. shopping raya bersama ibu terchenta. tema raya tahun ni warna biru (raya pertama) dan kuning (raya kedua). tahun ni buat 2 hari je baju bertemakan warna yang sama. kalau raya2 tahun lepas ada sampai raya keempat masih sama warna.. biasalah, aku pun tak cuti panjang. akak aku plak insyaAllah akan terima org baru dalam masa terdekat. so banyak shopping barang2 baby dari baju raya. (ceh, puasa pun belum..sibuk nak raya)

dua bulan tak jumpa akak aku, agak terkesima tengok perubahan dirinya. especially bila tengok tang perut. haha. biasalah, ni kira bakal cucu pertama buat mak & ayah aku. so rasa pelik tengok kakak sendiri dalam keadaan begitu. selalu tengok cousin atau org lain dengan perut besar mengandung tak rasa apa2 plak. haih!

soalan aku buat kakak aku sejak jumpa dia semalam sampai dia balik ke tempat kerja semula pagi tadi.
1) ko tak takut ke nak bersalin?
2) apa perasaan ko sekarang?
3) sakit tak agak2 nya? (ape punya soalan la)

akak aku ketawa je. aku plak yg gelabah. glurrpp.

so today lepaking je kat rumah. akak tak ada. adik sekolah. mak ayah kerja. hurmm...duduk rumah ni, walaupun tak ada aktiviti formal, rasa masa sangat cepat berlalu. tension pun ada.

Hipotesis : Semakin cepat masa berlalu, semakin cepat aku kembali ke JB semula.
Kesimpulan : Hipotesis diterima. jiwa makin tidak tenteram.

last but not least:
dialog aku semalam bersama seorang teman

A= siapa kawan baik ko?
pearl = kawan rapat ada, kawan baik tak ada.
A= tipulah, pelik lah ko nie.
pearl = apa yg pelik. since aku tak ada kawan baik, maka orang pon tak kata aku kawan baik mereka.
A = betul jugak tu. kenapa kawan rapat tak jadi kawan baik?
pearl = kawan baik tu tinggi darjatnya.
A = tak pernah ada sekalipon kawan baik?
pearl = mungkin tak.
A = mungkin??
pearl = yup.
A = aku tak faham
pearl = tak perlu faham, tak masuk periksa pun.
A = tapi masuk dalam kajian aku tentang ko.
pearl = aku bukan spesimen untuk dikaji.
A = bukan spesimen sahaja yg boleh dikaji.
pearl = aku tak perlu dikaji
A = aku yg ingin mengkaji.
pearl = aku tak minta dikaji
A = aku lakukan secara sukarela.
pearl = ko makan apa hari ni sampai jadi macam ni.
A = ???? (gelak guling2 sebab tak sangka jawapan aku)

sebab tu aku tak ada sahabat baik. hahahah

faham tak? lu pikir lah sendiri.

wassalam.


Wednesday, June 2, 2010

MiSS PeARL NaK BaLiK

salam to all.

hurm, gumbira rasa hati coz esok aku akan balik ke rawang terchenta semperna cuti semester 3 minggu. actually tak lah cinta sgt dgn rawang, tp cinta pada insan2 yg ade di rawang. my beloved family, my fiancee & his family. ececeh. dah lebih dari dua bulan aku terkurung kat JB, macam di buang negeri plak. haih!

sekarang aku still dalam kelas technology, ade lagi folio2 yg perlu di hantar pada hari ini. maktab aku pon dah senyap sunyi since last week. ramai dah balik. budak2 kelas aku je yg still gigih ke kelas. syabas! (dalam kelas, berfacebooking + berblogging..ehe)

esok pagi2 kuzer aku datang dari rawang by bus. dia cuti 2 hari. hoorey. aku nak drive balik sendiri tak reti sangat jalan. even masuk highway je tapi bak kata kuzer, insan yg biasa sesat macam aku tak boleh dibiarkan sendiri memandu. elok2 balik KL makan masa 4-5 hours, kalo aku balik sendiri esok mungkin sampai ke terengganu terus. hoho. so dia terpaksa datang ambil aku. (ala, die pon sebenarnya nak berjalan.) hehe.

so esok pagi2 aku akan punggah barang keluar dari kolej secara rasminya. bukan dah tamat belajar kat sini, cuma dah abes semester 1 yg cukup menyiksakan. tak sangka aku dah tempuhi 6 bulan pertama di sini dengan segala perit jerih di saat ada kawan aku yang quit dari belajar kat sini, malah ada yg alami masalah mental dll semenjak duduk sini. tapi aku berjaya harunginya. alhamdulillah, once again, congratz. =)

aku akan berpindah ke larkin perdana, Johor. apartment sri impian. balik je dari cuti aku akan praktikal kat sekolah menengah tasek utara II johor. so aku dah tak tinggal dalam maktab, prelu berulang alik ke sekolah dan maktab. biasalah, pelajar KPLI tak disediakan penempatan untuk semester 2. agak malang disitu...

last but not least.

aku paste kan rakaman aku mengajar. tak begitu clear videonya coz member aku record guna hp je. ni teaching part 1, so dalam 10minit je. bila aku tgk balik, aku rasa nak gelakkan diri selain tumbuk diri sendiri secara laju2 dan bertubi2. agak banyak pergerakan yg aku lakukan plus terlalu banyak penggunaan 'so' & 'ok'. huhu.



itu sahaja. tq! wassalam.