Salam to all
hari & minggu yg sgt penat. semalam aku lari pusing padang 6 kali, manelah tak lemah gemalai otot2 aku yg sedia longlai. dikhabarkan pulak oleh pensyarah aku, april ni ade byk kursus kene sertai. kursus kepegawaian olahraga, kem bina insan guru, pengakap & hoki. wallamak, otot yg longlai gemalai kian terkulai.
target = multiskills & multipurpose teacher. ok. sila bersedia dgn redha bertambah pasrah sekarang!
seperti biasa, asignment bertambah tanpa berkurang setiap hari. apepon, ni bukan mase utk cakap pasal asignment, cume nak khabar kisah aku di perantauan.
ramai gak yg tak tahu aku tercampak kat johor bahru skrg. after aku grad bulan 8, aku menganggur penuh dedikasi kat rumah. nak sambung master, KPM tak benarkan coz aku terikat dgn perjanjian. aku kene sambung DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah) dalam perjanjian tu. tapi disebabkan DPLI dah dibekukan (diambil oleh KPT), kami yg under KPM ni di transfer ke KPLI (kursus perguruan lepasan ijazah). maka 18hb jan 2010 aku berdaftar di sini, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim JB.
sehari sebelum mendaftar (17 Jan), aku dah gerak ke JB. tak ramai yg hantar aku pon sebab daftar hari isnin. hari sekolah kan, so adik & my sis tak dapat hantar. yg pergi cuma ayah bonda dan tunang aku aje. then kami decide tidur 1 malam kat apartment UTM. dapat jumpe incik azam sekali. Die arrange semua di sana. siap bawak round-round area maktab aku supaya dapat cam jalan utk mendaftar esoknya..so semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.
sehinggalah aku berdaftar pagi tu..rase nak meraung jugak tgk semua balik & tinggalkan aku kat sini. 8 bulan duk umah, tiba-tiba kene berpisah. OMG!!. Bak kata pengarah kampus 'macam masuk darjah 1 lagaknya'..huahuah..
seminggu pertama macam biasa lalui orientasi. wallamak, tensi tahap tupai jatuh tanah. hari2 bikin kuzer pening. 'nak balik lah', 'nak quit lah' dan segala2nya. dan yg pasti masuk sini tak digalakkan berkawen. so semua planning ke arah itu ditangguh sementara. sesiapa yg merancang berkahwen masa pengajian, diminta jumpa kaunselor kami di sini. dapatkan kebenaran dulu. huhu. dahsat2. kene minta permission sebab banyak kes sebelum ni libatkan suami / isteri serang kampus sebab suami / isteri mereka yg belajar kat sini sibuk sampai tak boleh balik. so mereka salahkan kampus. tu sebab pasangan yg nak kawen kene jumpe kaunselor, pihak kampus nak jumpa utk terangkan tahap kesibukan & keadaan kami disini. kami tak sebebas seperti belajar di Uni. sgt2 sibuk, so kalo berkahwin belum tentu boleh balik setiap minggu. jadi wahai suami isteri di luar sana, sila bersabar dan tidak menyerang kampus kerana suami / isteri kamu tak balik!
dan skrg dah 2 minggu aku ikuti kelas. perkara paling standard di sini adalah ke mana kami pergi, kami akan dipanggil cikgu. masih janggal dan sedikit kelakar.
situasi 1 = aku main hoki. ade silap teknik. lecturer aku kata 'cikgu, bengkokkan sikit badan supaya senang nak pukul bola'.. (hurmmm, lecturer pon panggil cikgu)
situasi 2 = aku kat cafe nak bayar harga makanan.. 'berapa cik??' jawapan makcik cafe 'rm 3.50 cikgu'..
(hurmmmmm)
Situasi 3 = aku kat koperasi..kat kaunter nak bayar barang2 yg aku beli..'ni aje cikgu?' kate pakcik koop..( hurmmmmmmmmmm)
ini di dalam kampus. di luar kampus pun beginilah keadaannya. mereka dah kenal yg kami pelajar maktab..
situasi 1 = kat kedai makan, 'nak makan apa cikgu?'
situasi 2 = kat kedai fotostat 'berapa keping cikgu nak fotostat?'
situasi 3 = aku nak melintas 'cikguuuu!!!!' jerit anak muda dlm kereta. (sebaya aku kot!)
so...dah biasa kini..1 fenomena yg mungkin tak dirasai oleh pelajar2 pendidikan IPTA. ia kan??
bak kata lecturer aku, gelaran cikgu sgt istimewa berbanding kerjaya2 lain. ia akan berterusan hingga ke tanah perkuburan. kalau kite seorang jurutera, di tanah perkuburan, kita tak dengar org kata 'ni la kubur jurutera nadia'..tapi kalau kite seorang guru 'inilah kubur cikgu nadia'..logik kan??
ni lah semangat2 lecturer kat sini nak pupuk minat & cinta kami dlm profession ini. dan aku sedang belajar utk itu..(siap bg contoh sampai ke tanah perkuburan yg tak tahan tuh. isk2)
wassalam..
5 comments:
blogwalking~
hehe..
nice story
ehehe..selamat semua cikgu..cikgu sbr ok..kejap je..nnt abs leh jadi cikgu betul2..ehehe..selamat mlm cikgu
hehe..
xpe cikgu..sabar ya..
pengorbanan yg berharga kelak di cc manusia n Tuhan insyaAllah~
all da best teacher:)
nas aliff
tengs sudi visit!=)
merahitujambu
selamat mlm murid2..=)
segalanya menguji kesabaran..
moge cepat mase berlaloo..hoho
aishahumairah
insyaAllah..begitulah harap2nya..
masih blaja utk itu..
tengs..=)
nas aliff
tengs sudi visit!=)
merahitujambu
selamat mlm murid2..=)
segalanya menguji kesabaran..
moge cepat mase berlaloo..hoho
aishahumairah
insyaAllah..begitulah harap2nya..
masih blaja utk itu..
tengs..=)
Post a Comment