Saturday, December 3, 2011

LAgENdA 1

salam to all..

wahh, lama tak online..

aku baru balik dari Pulau Lagenda, Langkawi.. 4 hari 3 malam di sana bersama suami tersayang.

so aku nak update dan share lah sikit-sikit pengalaman aku di sana..;)

Aku gerak hari ahad (27/nov) jam 6.40 pagi..perghhh gila semangat suami aku kejut aku pagi-pagi.. gerak awal lebih mudah katanya..naik kereta ke Kuala Kedah..dari situ ambil Feri ke Langkawi. naik feri dari Kuala Kedah dalam 1 jam 2o minit dengan harga RM23 satu kepala. nak naik feri dari kuala perlis pun boleh, dalam 30 minit je...tapi kami nak lelama sikit dalam Feri..so ambil dari Kuala Kedah..;-)

Sampai Langkawi jam 3.30 petang. kami terus uruskan kereta sewa dan check in Hotel yg dah di book seminggu lebih awal. Hotelnya di Pekan Kuah.. Azio Hotel namanya. Kalau nak dekat dgn pantai, boleh la book chalet/motel di Pantai Chenang. tapi kami book Hotel yg dekat dengan Jeti..

Hari pertama di Langkawi, tak ke mana sangat sebab dah malam pun. so jalan-jalan cari makan dan habiskan masa di pantai sahaja..sambil tu usha-usha tempat menarik dan aktiviti yg bakal dijalankan sepanjang bercuti di sini..


di pantai chenang..


*berhati-hati dengan tawaran parking kereta di Kuala Kedah..dan juga harga sewa kereta di Langkawi..tambah2 pula masa cuti sekolah ni.. banyak nak ambil kesempatan sahaja!

sekian..*bersambung