salam to all..
*sambungan:
hari kedua di Langkawi, kami menaiki boat (rm30/head) ke 3 buah pulau. Pelayaran ni melibatkan Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras basah dan pulau singa besar (kalau tak silap!) ;)
Laju beb boatnya. teruja!
1-Pulau Dayang Bunting :
ha, cuba tengok dan amati sendiri.. bagaimana yang dikatakan Pulau dayang bunting?? (Lihat ada kepalanya (dari kanan), dadanya dan perut buntingnya..ia kan?? rasa nak menangis melihat kebesaran Illahi)
kemudian ke tasik dayang bunting..
kami tak mandi pun kat sini sebab kawasan kecil, ramai pula kanak-kanak riang. maka aku dan suami pilih untuk menaiki solar boat (rm30/boat) round-round tasik tersebut selama setengah jam.
setibanya di Tasik Dayang Bunting..
atas solar boat.
2- Pulau singa besar
boat berhenti di tengah-tengah pulau.. melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut. best!
3- Pulau beras basah
ramai yang turun mandi manda di sini. disebabkan masa ni dah tengahari, panas terik pula tu, maka aku dan suami berjalan-jalan sahaja di tepi pantai. ;) duduk bawah pokok, makan-makan.. memang feel!
lepas tiga jam lebih, berakhirlah pelayaran kami..
lepas zuhur, tak ada masa nak rehat-rehat. sambung ke Padang Mat Sirat, Makam Mahsuri (Rm5/head) , makam purba, Kilang Gamat, Laman Padi dan Galeria Perdana (Rm5/head).
Makam Mahsuri..
tapak beras terbakar..
di laman padi
Di galeria perdana, kamera tak boleh di bawa masuk. tapi boleh ambil gambar guna kamera handfon. ada la aku ambil sikit-sikit. cuma tak ingat dalam hp mana. huuu. maka malas nak upload. di sini, ada kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepadaTun Dr. Mahathir dan isteri .Bahan pamerannya termasuklah barangan kristal ,barangan kulit,perak,tembaga,seramik, alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil, senjata, koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda .
*fuhhh! pancit. memang syiok. Cuma makam mahsuri (termasuk muziumnya) dan laman padi tu aku tengok macam tak semenggah. tak berjaga.. kureng sikit la..huu.
*bersambung