cuti sekolah sudah bermula..(^^,)
maka, tugas sebagai suri rumah sepenuh masa juga telah bermula semenjak beberapa hari yang lalu..
di saat kawan-kawan aku sibuk buat tuisyen, ada yang part time di kedai-kedai buku, ada yang terlibat jaga exam SPM, ada yang terlibat dengan kursus dan lain-lain, aku dengan lemah gemalai nya hanya mengulit di rumah. nak berehat sepuas-puasnya. tak mahu part time ke, apa ke.. tunggu gaji dan bonus je masuk..aci tak?? ;)
Minggu hadapan, misi percutian akan bermula.. Ada dua fasa..
Fasa pertama honeymoon bersama suami..
dan fasa kedua honeymoon bersama ayah bonda.. can't wait...
*ada juga yang tak tahu, cikgu cuti sebulan pun bergaji dan berbonus. ;) Alhamdulillah..