Sunday, December 4, 2011

LaGenDa 3

salam to all..

*sambungan

Hari ketiga di Langkawi kami berhajat nak naik cabel car.. ok, aku cuak. hormon adrenalina merembes tanpa injap. suami aku cool.. katanya cabel car wajib naik. kalau tutup hari ni, dia sanggup tunggu esok dan tambah lagi cuti kami di sini..hurm, semakin nervous aku dengar..dan kebetulan pada hari tersebut tutup disebabkan angin kuat. bersyukur bila tutup. tersenyum di belakang suami..heeee.. jadi kami ke wildlife park (rm12/head kalau tak silap)..


suami beri rusa (rusa kan ni???) makan mangga..hiii

madam pearl..=)

nama wildlife park, tapi dalamnya bird paradise. tak ada pula jumpa lion, tiger, king kong ke kan..

dalam 2 jam meneroka, keluar..
nak ke mana lagi..suami boleh pula call bahagian cabel car.. dah buka.. *laaa...tutup sekejap je ke.......pengsan!!

then bergegas semula ke cabel car. Rm15/head.. beratur baik punya panjang. nasib tak begitu lama menunggu . ada yg kata jarak nya dalam 10km, jauh dari genting punya cabel car.. tapi lepas aku naik, aku rasa genting lagi panjang...cuma yg menarik, cabel car ni ada 2 stesyen.. stesyen pertama, palancong akan turun, ada track ke kawasan tertentu.. then naik semula cabel car ke stesyen kedua.. baru patah balik.. cuma, jauh lebih tinggi dari genting.. maka, jangan pandang bawah.


gerrrr...

bergambar di stesyen pertama. giler panas masa ni!
bergambar di stesyen kedua.

subhanallah..itu sahaja yg terucap tika melihat kebesaranNya..

selamat sampai je cabel car, akulah paling lega. heee..penakut punya budak!! terus rasa lapar.. pekena sate dan laksa. memang sedap masakan orang utara!

malamnya kami shopping sakan di Ismail Group. borong segala coklat.. dan paling tak tahan, berkali-kali kami masuk Al-ikhsan dan kedai nike. konon harga lebih murah sebab bebas cukai..maka suami merembat beg dan baju.. dan aku tak ketinggalan rembat beg. hiii.. tapi harga ratusan jugak. macam sama je dengan harga di sini..hurmmm.. *coklat je kot yg nampak lebih murah dan variasi.

pulangkan kereta sewa.. esok dah nak balik...

*bersambung