sebelum raya, memang aku decide tak masak rendang bagai.. kira nak tumpang mak atau mak mertua je lah.. (bagus punye isteri..;))
bukan hape, ingat senang ke nak masak rendang & kuah kacang bagai tanpa mentor (mak) di sisi?? setiap tahun, aku jadi pembantu setia je..tapi tahun ni kene buat sendiri. OMG.. agak tak bersedia di situ..
tapi kesian pula tgk si suami..nak tumpang rumah mak/mak mertua malam raya nak makan rendang.. jadi 2 hari sebelum raya aku tukar keputusan. kene buat sendiri rendang, kuah kacang dan nasi impit!!!
bayangkan hari ahad tu baru nak beli segala bahan..pagi sampai ptg sibuk di pasar & pasaraya..malamnya lepas teraweh tak larat pulak nak prepare bahan.. aku postpone keesokan harinya..
antara bahan yg diperlukan..
isnin : pagi sibuk kemas umah.. tengahari baru dapat sediakan bahan2 nak masak rendang.. suami nak rendang cili api.. so tak perlu guna cili merah.. tapi since nak buat kuah kacang, cili kering merah harus ada juga..*seperti gambar di atas..
aku kene blender cili merah..masalahnya aku adalah wanita yg sensitif kulitnya.. tangan tak boleh pegang cili..cepat pijar..selalu mak yg tolong atau aku pakai sarung tangan.. malangnya rumah aku tak ada sarung tangan..hentam je..so apa lagi?? bermula 2 ptg, tangan pijar dengan hebatnya sampai pukul 6 ptg.. itu pun aku gagahkan diri untuk goreng kacang, kisar jugak cili, kisar bahan2 rendang, blender kacang walau jari jemari terasa panas dan melecur.. kalau tak buat, takkan nak postpone lagi.. esok dah raya... huaaaaa...
yg kiri : cili kering yg dah direbus dan dikisar. sebab cili ni lah tangan aku pijar..erggghh..
yg kanan : bahan2 rendang yg dah dikisar..
sebab dah tak tahan, ptgnya aku ke klinik. doktor pun gelak.. tak ada lagi org pijar tangan sampai kene jumpa doktor.. huu.. selalu aku pijar dalam 1 jam je.. ni sampai 4 jam..mana boleh tahan).. segala cara aku cuba, letak garam lah, susu pekat lah, beras lah, kicap lah.. tapi tak berkesan..at last, carik doktor.. ;)
malamnya aku berbuka kat luar. lepas tu lepak rumah mak mertua.. balik rumah dah nak dekat pukul 10.. rendang tak beroperasi lagi.. tangan alhamdulillah dah sihat. dengan lincahnya aku terus merendang ayam dan merebus nasi impit.. kuah kacang tak dapat buat nampaknya.. tak sempat. tapi tak apa, suami request rendang je pun...heee..
kacang yg siap di goreng dan dikisar.. tapi tak jadi kuah kacang. heee.. insyaALLAH minggu ni buat kuah kacang..;)
maka, siaplah rendang versi mdm pearl...taraaaa....*tak berapa clear gambar.. biasalah camera cikai je..;)
ni rendang cili api.. warna kuning..
kalau hitam tu, rendang tok..
kalau merah sikit/coklat pekat tu rendang cili merah..
kalau pekat minyak, tu rendang serbuk kari..
yg ni nasi impit.. suami aku pelik tgk aku letak nasi impit bawah lesung batu.. nama pun nasi impit, kena la himpit kan...;)
*aku buat cili api sebab tu kegemaran aku & suami..alhamdulillah siap jugak.. ;p
1 raya tengahari nya dah habis..^^,
sekian..