sebelum memulakan kerja yang bertimbun-timbun, eloklah aku menatap blog aku sekejap & bolehlah nak update cerita-cerita baru. cecite..cecite...;-)
story satu :
aku menyewa di sebuah rumah berdekatan sekolah. 1 rumah yang dihuni oleh 3 orang sahaja berikutan rumah ini hanya ada 3 bilik. kesemua penghuninya kerja satu sekolah dengan aku dan semuanya sudah berkahwin dan suami jauh-jauh belaka. housemate pertama suaminya di Kedah. housemate kedua suaminya belajar di Jordan. dan yang ketiga akulah, suami di Rawang. kira alhamdulillah lah, suami aku paling dekat..;p
seminggu di sini, syukur sangat dapat adaptasi dengan baik walaupun pada mulanya risau jugak kan duduk dengan akak-akak senior. tapi sekarang dah ok sikit. kedua-dua kakak tersebut sedang mengandung. memang aku risau tengok keadaan mereka. balik sekolah atau balik dari makan, seorang terbaring kelesuan, seorang lagi muntah-muntah. aku? tak tahu nak buat apa bila berhadapan dengan scene begini. paling-paling maju pun, aku offer untuk hantar mereka ke klinik atau minta mereka sabar dan berehat. kadang-kadang tak terkata sebab kasihankan mereka. suami jauh, family jauh, pregnant pula...;(
apa yg boleh aku buat selain melihat mereka dengan keadaan masing-masing?? ;(
story 2 :
2 minggu ni tak habis-habis pelajar dan rakan sekerja aku mempersoalkan status aku. mereka tak percaya aku dah kawin. (*kira babyface lah ni kot..heee)
student aku : 'cikgu, abg saya nak berkenalan. ' 'abg saya nak no telefon'...
akak kantin : cikgu single lagi ke? boleh kenen dengan anak akak!!
wahh!! sangat tak tahan...;-)
(*teringat pesan suami, 'jangan jaga saham. awak tu dah kawen. beritahu status sebenar..'.)
bile cerita kat suami, beliau jawab: 'bagi no fon abg kat mereka..'
hurm~
story 3 :
esok dah jumaat semula. aku akan balik ke rawang. nasib baik sabtu ni pun tak ada apa-apa event kat sekolah. sampai je rawang, mahu ajak suami makan pizza. kat sini tak ada. so ketinggalan. haihh!
sekian..*tajuk entry tak ada kene mengena dengan isi entry... ;-) kebetulan tengah dengar lagu rimdu 1/2 mati by ST12..