Tuesday, December 21, 2010

WeDdInG PeARL (2)

salam to all..

al-kisah perkahwinan ku di sebelah lelaki..

4 disember 2010
Dalam perancangan awal, kenduri dibuat pada minggu yang sama. contohnya sabtu disebelah perempuan dan ahadnya di sebelah lelaki. almaklumlah, rumah kami dekat je. se'rawang' kata orang. tapi ayah aku tak setuju. malah ada cadangan nak buat 1 kenduri je (gabung kedua-dua pihak) di dewan taman jati (kawasan rumah ku), so lagi senang lah. sekali penat je. tapi juga tak dipersetujui. maka jadilah seperti yang telah berlaku beberapa minggu yang lepas. 27/11/10 di rumah aku dan 4/12/10 di rumah lelaki.

tema pilihan lelaki adalah brown & krim. dan design baju aku pun dipilih oleh suami.

pagi sabtu tu, kami bersiap di rumah aku. pengantin dan saudara mara sebelah aku berkonvoi dari taman jati ke masjid batu 16 rawang dengan lebih kurang 6 kereta je. sampai di sana, bersiap sedia dengan pengapit dan menunggu orang-orang kompang..

kenapa majlis dibuat di dewan dan bukan di rumah suami?

saudara mara suami ramai dan tetamu jemputan melebihi 1000..kawasan rumah suami (di atas bukit) tak sesuai untuk pasang khemah dan menampung kehadiran tetamu. jadi nak tak nak terpaksa buat kat dewan. dewan kat kawasan rumah suami pun tak besar, jadi kene tambah 4 khemah di luar dewan.

seperti kehendak suami, kenduri sebelah beliau tak nak persandingan dan pelamin. jadi kawasan pentas dewan dijadikan tempat makan beradab. sepatutnya makan beradab di bawah saja, tapi atas pentas tak ada pelamin dan nampak kosong sangat pula. jadi kami tukar plan dan dapat juga save kawasan bawah dengan menambah lagi meja tetamu.

perarakan bermula jam 12.40 tengahari. sampai dewan terus ke meja makan. habis berkompang, MC majlis membuka bicara dengan sedikit tazkirah perkahwinan dan doa. majlis sebelah lelaki dimulakan dengan agak formal. sampai aku rasa, majlis kali ini penuh protokol macam ada VVIP..fuhh! dan lepas makan, baru pengantin turun dan menyambut tetamu sampai 4 ptg..

apa yg menarik, di kampung melayu batu 16 rawang, tak ada lagi kenduri dibuat secara formal dengan tazkirah perkahwinan sebagai pembuka majlis. maka kami dikatakan perintis.. wahhh! ada terasa kebanggaan di situ..;-)



saudara mara yang menyertai konvoi..(macam jauh je..;-))



berarak ke dewan..


bacaan doa.



posing sikit ye..tak banyak..=)

Alhamdulillah, cuaca baik dan memang sangat ramai tetamu yang datang. segala kekurangan harap dimaafkan..

*buat Intan hafizah, Terima kasih sangat sebab siap buat 1 entry untuk saya sempena perkahwinan saya yang tak dapat dihadirinya..saya terharu..walaupun kamu tak dapat datang, saya faham..jangan risau k..doakan kesejahteraan kami..lepas ni turn kamu pula akan menyusul..mmuah2..;-)

entry beliau link

terima kasih intan..miss u.

wassalam

4 comments:

merahitujambu said...

suka baju sebelah kamo lagi n maekup sebalah kamo lagi..=)

apa pon cantik

nEd~Ya said...

merahitujambu
hehe, kte pon camtu.
beselah, pilihan lelaki memang pelik2 sikit. ;p

intanhafizah said...

sangat cantekk nad,,
suka bangat sih..
hehehe..
terharu nengok ada nama sy d blog ni..
tq..
miss u 2..
=')

nEd~Ya said...

intanhafizah
tq intan..hehe..
mmuah2x..