yihaaaa...(baca dengan nada teruja habis)
cerita 1
Sangat-sangat lega apabila paper terakhir peperiksaan di maktab dah berakhir tadi. secara umumnya, aku dah habis belajar di sini. cuma nak tunggu tamat secara rasmi, kene lah tunggu hari graduasi ku nanti. insyaAllah bulan Mac 2011. sekalung tahniah buat diri sendiri sebab berjaya menamatkan satu pembelajaran penuh penyiksaan..berbeza dengan pembelajaran di sekolah, matrikulasi dan Universiti, pembelajaran di maktab jauh berbeza. jadual padat, disiplin tinggi, protokol hebat dan segala macam kecaman bila kami bergelar pelajar PPC. Apakah? carik sendiri.
di saat ada yg quit belajar sebab tekanan, ada yang hilang kewarasan mental (ni kes betul ni), ada yang pasif bertukar menjadi daring, ada yang mengandung dan terpaksa tangguh pengajian dan 1001 ujian di sini, aku dengan rendah hatinya bersyukur dgn sgt kerana tak terpilih untuk melalui ujian-ujian di atas. sungguh aku tak mampu. sekadar tekanan tu memang ada. cuma alhamdulillah, tamat dengan gembiranya hari ini. ada siapa-siapa mahu cuba jadi pelajar KPLI? anda akan rasa getirnya. tapi tak semua maktab begitu, mungkin maktab kami sahaja (Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggung Ibrahim, JB) kerana ingin mengekalkan ranking teratas. tapi tak apa, demi kerjaya dan masa depan. =)
cerita dua
bertemu rakan lama Miss Sherdila Baizura (roomate di matrikulasi perax) yang terpisah hampir 5 tahun. aku meminta alamat beliau untuk hantar kad kawen.
soalan beliau di facebook :
wah,congrats nad..adakah bf yg sama dlu atau yg br!!!! jeng jeng jeng
jawapan aku : ha..cube ko teka aku kawen ngan sape? hehehehe
jawapannya : hmm, rsnye ngan bf br kot..bf yg dlu dh lupe la nm die..tp yg pasti nm die pelik skit kan...ko kan dlu famous sbgai 'playgirl'..so ssh nk teka ni..hihihi..
(banyak shortform berikutan aku copy paste text beliau dari facebook)
*aku terguling-guling baca text beliau. tang 'playgirl' tu buat aku basuh kain sambil tersenyum. nama bf aku memang dianggap pelik oleh teman-teman di matriks dulu. Abu zar a.k.a kuzer. memang harus mereka lupa. itulah bf dulu dan suami aku kini. playgirl yg setia ku rasakan. =)
cerita 3
interview suruhanjaya perkhidmatan pelajaran (SPP) khamis ini. agak cuak di situ. walaupun dah merdeka kerana dah habis exam, boleh dikatekan kemerdekaan tersebut tersangkut gara-gara ada lagi 1 perjuangan perlu disempurnakan sebelum meninggalkan JB terus dan kembali ke pangkuan suami dan keluarga.. (jangan posting nanti ke JB sudah, dah kena kembali ke JB semula dengan muka seposen)
wassalam.
2 comments:
R u playgirl Nad??? =P
Nwy, tahniah dah hbis exam..
Leh honeymoon hehehe
farhana
haha.. of course.....not
hehe..
sgt2 lega kini. baru leh tumpu hal2 kenduri lak..
& hobeymun. hehe
Post a Comment