Saturday, May 30, 2009

SaJe2 KuSuTkAn KePaLa

Assalamualaikum..

Malam ni terdetik nak buke web Ukm. Rupenye result sem lepas sy baru je keluar.. result bagi peperiksaan yg sy ambil dgn penuh susah payah dan tekanan perasaan yg maha hebat.. Ketika itu sy baru lepas demam campak dan menghadapi saat2 getir utk bergelar manusiawi..

sebenarnya demam campak yg sy kena tu tak la kritikal mane..dalam 8 hari cuti yg diberi doktor dah cukup utk sy berehat sambil study di rumah..nasib agak tidak baik sebab sy kene demam ni waktu study week.. sedih sgt..alhamdulillah, sy tak kene demam campak yg teruk. bintik2 yang naik di badan dan muka pun tak terlalu banyak..kalau ikutkan keadaan, sy boleh ambil final exam waktu tu. tak perlu extend paper. tapi sakit jiwa yang sy hadapi wat sy gagal utk menghadiri exam. sy minta dktor sambung 2 hari lagi cuti sakit. so dua paper sy tak ambil.

sy usaha juga study utk hadapi 5 paper seterusnya..sgt sukar sy lalui waktu2 ini. sy pon tak tahu kenapa sy menghambakan diri utk perkara2 bodoh seperti ini. yg menangis melihat keadaan sy adalah mak, akak, umi suraya, shida dan azam. mereka buah hati sy tika ini. mereka tulang belakang sy juga. tapi syg, sy tak dapat ambil juga paper ketiga waktu itu.

mereka terus bersama sy, menasihati sy, & memujuk sy..sepanjang sy melalui saat2 getir itu, sy memang hilang selera makan. hampir sebulan, sy makan ala kadar sampai berat badan sy jadi 36kg. dan finally sy hampir pengsan dalam dewan peperiksaan. paper keempat pun sy tak dapat ambil. dengan van ukm, sy dibawa ke poliklinik ukm. rupenyer sy dah mula ada gastrik. masih di peringkat awal. sy baru sedar, betapa teruk penangan yg sy terima bilamana sy meletakkan akal kurniaan tuhan ini dibawah..

walaumacammanapun, 3 paper seterusnya sy dapat ambil walaupun tanpa persediaan yg rapi seperti semester2 sebelumnya. alhamdulillah, sebulan selepas tu, sy dah semakin sihat. sihat fizikal dan mental.. sy mengganti 4 paper exam yang sy tak ambil. kalau ikutkan timbalan dekan waktu itu, permohonan sy utk ganti paper tak diluluskan kerana tak mengikut rules ukm yg ditetapkan. tambahan pulak, reasons sy tak ambil exam waktu tu memang dicurigai. takkan sy nak cakap perkara sebenar kan, confirm sy kene extend semester. tapi selepas sy slow talk dan discuss dengan timb. dekan, (nasib die prof kimia dan kenal sy), sy diberi peluang utk ganti exam. terselamat sy dari extend semester..Alhamdulillah.

dan tadi resultnya keluar. syukur sgt. walau tak seperti sem2 lepas, sekurang2nya masih di tahap yg boleh dikawal. hurm, entahla..kenapa sy jadi macam tu sekali..sedangkan sy tahu ianya bersifat sementara. itulah dugaan utk sy bergelar manusiawi.

p/s : yg merisaukan sy tika ini adalah result sem ini..bagaiamana ya? sy takut kalau sy terpaksa kembali ke ukm semula...uwaaaa..:(

ana billah walillah ma'allah
wsalam.





Thursday, May 28, 2009

PeLiTa HiDuP

Assalamualaikum

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu dengan seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya pergi...


La Tahzan...



Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Wednesday, May 27, 2009

C.I.N.T.A

Assalamualaikum..




Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya..


Ana billah walillah ma'allah

wsalam

Tuesday, May 26, 2009

~MuTiArA KaTa~

Assalamualaikum...

Ada saat-saat dlm hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu...



Ana billah walillah ma'allah

wsalam

Monday, May 25, 2009

~HaPpY~

Assalamualaikum..
..Permainan kalian telah membuka jalan bagi kami tanpa kalian sedari..Terima kasih..
I luv dis game..really..:)


Kerna Allah S.W.T itu berhak ke atas tiap2 sesuatu.. Memberi mahupun menariknya semula..Beware uh!!
Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Friday, May 22, 2009

BiArKaN HaTi ItU BeRSiH

Assalamualaikum...


....…Sesungguhnya Allah S.W.T berkuasa diatas tiap2 sesuatu…....

Ana billah walillah ma'allah..
Wsalam..

Tuesday, May 19, 2009

21 AyAT2 CiNTa ;)

Assalamualaikum


1) Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. (yup, tak perlu sedekah nye x banyak mane, tapi publisiti walamak..x tahan)


2) Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. (hurm, ader masalah pon bley settle, tak dela pendam je.. )


3) Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu. (btoll.. tak suke benar kalo dengar sesuatu perkara dari sebelah pihak je.. manusia sangat suke mereka cerita..lebey hebat yang suka memecahbelahkan insane..isk2.....tidur sberapa lame yang diperlukan??? ngheee.. mahu tak bangun utk jalankan rutin harian..:))


4) Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.. (kita berhak menyayangi sesiapa yang kita ingini tapi berhakkah kita memainkan perasaan org lain ye?? so dah cakap cinta, jgn bikin aniaya!!)


5) Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya..(bisa memperlihatkan keikhlasan kita..insyaAllah)


6) Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. (mm no komen)

7) Percayailah cinta pandang pertama. (sy rasa cam pernah je lalui cinta pandang pertama..haha)


8) Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa..(biarpon impian itu nmpk mustahil, at least kita ada sesuatu untuk diusahakan..dari sibuk ketawakan org tanpa memiliki apa2 matlamat)


9) Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. (entahla..mungkin banyak cara lain lagi utk lengkapkan kehidupan tanpa menyiksa diri..huhuhu)


10) Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar..(adoi..susah nak dilaksanakan..kalo gaduh, mahu je periuk belanga terbang skali..cmne nak aman ye..)


11) Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. (btol...umpama iman tak diwarisi..atau kalau keluarga kita bermasalah, anak tak semestinya turut bermasalah..)


12) Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas..(setuju)


13) Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?' (saje nak lengahkan mase..)


14) Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar (kalo tak berani tanggung risiko, sukar utk lalui kehidupan yg makin mencabar)


15) Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin. (Yarhamkallah)


16) Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. (btol2..bila untung je senyum lebar, bila kalah, rugi ato gagal???)


17) Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


18) Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
(mm ni biasalah..terutama kalo libatkan cinta..kot la terkongsi cinta ato insane yg same..sahabat memang buang jauh punyelah..)


19) Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu..


20) Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. (ini pasti..sy dah cube..:))

21) Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Ana billah walillah ma'allah


wsalm..



Monday, May 18, 2009

JaLaN-JaLaN

Assalamualaikum..

waaa...lame tak hupdate..since dok umah ni, agak malas nak hupdate..dah seminggu jadi suri umah.. sangat seronok duduk umah lepak, makan, tgk tv memanjang dikelilingi mak ayah tercyg..:) bila sume keluar bekerja & adik sekolah, pe lagi sy leh karouke sepuas mungkin.. haha..

semalam, tak ada apa nak buat di rumah.. dah rancang ngan member nak turun PWTC..ade karnival kerjaya.. drop resume sebanyak mungkin..mana tau sangkut mana2 tempat utk sy kerja dalam 6 bulan ni..tapi hati ni macam tak ada je bila sebut pasal kerjaya..rasa terlalu awal..tapi bila fikirkan sem lepas pon nak meletup kepala study, rase nak kerja plak..tak tahu mana satu pilihan kalbu..

dalam pukul 1, keluar PWTC, perut pun dah lapar..makan kat the mall..then gerak pergi mid valley.. hasrat kami nak masuk panggung, tapi ramai giler..biasalah hari minggu.. so jalan2 je..

kat topman..tak de kerja sementara tunggu korie pilih baju..

dress pilihan hatiku..bisa bikin kuzer bingung..haha

bley pakai time main netball..seksis..

elisa suka dress ni..

dalam pukul 6 setengah, keluar mid.. musibah menimpa plak bila tren tak ada..ke rawang tak ada, ke seremban pon tak ada.. member sy nak balik seremban dan sy nak balik rawang..bagaimanakah??

nasib my kuzer datang..kalo tak, sy sorang2 nak balik rawang..malam plak tuh..dengan tren tak ada..sy dengan kuzer teman member2 naik bus ke pudu..then tunjukkan mereka bus sri indah utk ke kajang..selesai hantar kawan2 yg nak balik ke ukm, sy dgn kuzer jalan amik bus balik rawang..sangatlah penat..bak kata elisa, kaki dah nak tercabut...

sampai rawang pon dah pukul 9 lebih..kalau sy sorang, mungkin tak sampai2..huhu..
alhamdulillah..

ana billah walillah ma'allah
wsalam


Tuesday, May 12, 2009

viva 4eva

Assalamualaikum

Sekarang pukul 3 suku pagi..
pukul 9 pg kang, sy viva..bukan kelisa mahupun kancil ye..ape lagi pesona..
Entahla..ramai org cuak, gementar..
ade tak yg tak sabar2? ade..sy la tu kot.,sebab tak sabar2 nak menamatkan seksa sebuah penantian..banyak aktiviti dah menanti..tak sabar nak balik rumah..jiwa kacau..
ade tak yg langsung tak cuak.langsung tak gementar?
Sy pon tak tau feel sy skrg..rasenye normal je..macam tak rase apa2..
Pukul 8setengah nanti baru start cuak kot.. sekarang memang biasa je..
Jadi sy takut dikatakan tak normal sebab lambat sgt kecuakan sy tiba..hormon adrenaline pon menten je, tak terembes keluar lagi.. jari jemari masih di suhu normal, belum seram sejuk lagi..
tak apa..doakan sy supaya sy dihentam oleh pemeriksa dengan soklan2 yang sy boleh jawab..
doakan juga sy tenang dan sopan dalam setiap hentaman pemeriksa ye..
* viva = pembentangan tesis prasiswazah..

ana billah walillah ma'allah
wsalam

Friday, May 8, 2009

SaYoNaRa KoLeJkU..BiLiKkU


Assalamualaikum

Ni malam terakhir sy bermalam di K14D, Kolej Ibrahim Yaakub. Setahun di bilik nie. Segala macam kenangan ada disini. Dari yg gembira hingga penyaksian tumpahan air mata. Disini sy hidup selama setahun, beradu, bersantap, meneroka ilmu, berkongsi segalanye dgn kawan2, port memasak dan semuanya. Dan yg paling tdk dilupakan bila mana mak sy dan akak sy sendiri kemaskan bilik ini mula2 sy check in tanpa campur tangan sy..hihi..dan bilik ini juga menyaksikan bakal ibu mertua sy (haha..insyaAllah) menangis bersama sy (beregu air mata) atas tragedi november 08..huks. Esok akan sy tinggalkan semuanye disini. Pada mulanya tiada langsung rase sedih.. tapi bila lihat keliling bilik, sy sgt sygkannya.. masa sy type entry ni, lagi bertambah2 sedih..

Bilik ku..K14D 202


Almari pakaian yg besau, org pon boleh masuk..:)..(alamak..x berskill tangkap gmba nie..haha)

Meja study ku..



Sudut tampal menampal..

Ni pun nak tunjuk jugak la..haha..selipar bilik..


Tempat gantung menggantung..

Segala alat elektrik disini termasuk my lappy..stok air juge ye..

First aid kit sume de kat blkg tuh..

Meja study lagi..saje tunjuk banyak kali..heheh



tempat peraduanku dan mencipta mimpi2 indah..haha. Bantal peluk kaler merah tu kuzer bg..khas dr rantau pjg..yeke? x ingat la.. saje nak beritahu..hikhik..


Ruang bilik..:)

I'll miss everythins here..really..:(

Ana billah walillah ma'allah
wsalam

Thursday, May 7, 2009

TiAda TajuK

Assalamualaikum..



Masalah 1 : Bila time dah habis exam macam ni, mengantuk pukul 3 pagi, tapi tgk jam dah 4.45 pagi, mata masih segar tak nak lelap.. Tapi bila time exam minggu lepas, mengantuk pukul 3 pagi, 3.01 pagi dah berada di alam mimpi.. ??? atau mungkin 2.58 pagi dah mamai dan nanar.. tak faham..isk2..

Masalah 2: Bila dah habis belaja, rasa lebih tak ada arah tuju..Nak kemana lepas ni ye? Sambung belaja?? kerja?? Datangnya lebih dari 1 tawaran juga bisa menyesakkan kepala.. Tu pun sepatutnya bersyukur kerna ada tawaran, kalo tiada? lebih bisa membotakkan kepala..

Masalah 3 : Tiada mood yang baik utk apa-apa perkara buat masa ini. Viva?? selasa depan jam 9 pagi.. Pemeriksa : Dr. Md Soot.. Apa yg perlu dibentangkan? Entahla..boleh bisu spontaneously tika itu..




Ana billah walillah ma'allah

wsalam.


Wednesday, May 6, 2009

SaYa RiNdU DiEr


Assalamualaikum

Sy rindu ini budak. sy panggil die ayip instead of alif..Rase-rasenye dah nak setahun tak jumpa..yela die dah sekolah.. tadika 5 tahun..comel kan..:) jauh kat Singapore.. Kalo die balik Malaysia pon, ader je halangan nak jumpe.. Antaranya time tu la sy midsem ke, ader hal kolej ke, kelab ke..:(

Ni waktu umur die setahun lebih kot..

ni mungkin 2 tahun..

Ni plak 3 tahun






Ni mungkin 4 tahun..dengan adiknya adam..

Ni mungkin 4 tahun setengah..haha

dan ni gambar yg terbaru. 5 tahun..mungkin get ready utk pendidikan jasmani di sekolah..:)

Sy dah terhilangkan beberapa gambar die. ingat nak upload tapi dah tak ada..gambar die pakai baju melayu lengkap bersampin sempena hari raya..dan gambar die bersama kawan2 kat tadika..die murid paling sihat.:)..die selaloo mengadu yg cikgu kat skolah suke peluk2 die..hihi..:) mungkin die hairan..murid lain cikgu tak peluk plak..:)

kalau kamu nak tengok die menyanyi (waktu die umur 2tahun), silalah pergi youtube..type ayep nyanyi.. ader dua video..:)

Ana billah walillah ma'allah

wsalam..

FlaShBacK

Assalamualaikum..
Saje teringat mase2 yg berlalu sepanjang sem akhir ni.. bermula masuk lab.. kelam kabut dgn nak fahamkan teori, nak berkenalan dengan instrumen, instrumen buat hal, tunggu giliran guna instrumen, jus epal kat market tak jumpa2, prof tambah kerja...macam2 dah dilalui..

abes lab, lega...kelam kabut plak buat tesis..keliru sana sini, buat kiraan tak dapat2.. tukar unit tak reti2, kaedah analisis tunggang langgang..finally, siap...lega..

tapi blm sepenuhnya..nak print pon still kelam kabut..printer buat hal..dakwat habes..laptop hanging..paging tunggang terbalik..margin lari..jadual naik turun.. semua menyumbang tenaga utk beri tekanan pada aku..so untuk print tesis pon ambil mase lebih kurang 3 jam setengah..siap print, binding..submit kat pusat..lega..
but now, kembali kelam kabut untuk viva..bukan kereta ye..but my presentation.. name tak naik lagi..tak tahulah bila..power point tak siap lagi..so masih tak lega..
teringat masa2 kat lab...menarik juge..yg kelam kabut itu cipta memori terindah..:)

Instrumen : Voltalab

Disebalik VolTalab dan kesibukanku

Edit graf




Bubble elektrolit dgn gas nitrogen


p/s : credit to roha yg amik gmba2 ni..:)


Ana billah walillah maallah
wsalam

Monday, May 4, 2009

Friday13

Assalamualaikum..

Teruja..tapi tensi..itu pasti..


tadi dah last paper utk sem terakhir nie..tapi ntahla..tak rasa merdeka..rase terjajah dgn perasaan tensi..tensi..uwaaa..sume paper pon terlalu senang..mungkin sem ni boleh dapat 4rata..glurrp..

dah..tak nak cerita..sakit jiwa..


rabu lepas, selepas paper organologam yg teramat mudah, aku pergi jenjalan kat mid..tempat yg aku tak berapa gemar nak pergi tapi tu yg paling senang nak sampai.. aku pegi carik hadiah bufday mak aku..


then esoknya aku ngan my kuzer pergi ukur jalan ke sunway pyramid.. aku masuk la wayang.. hurm..tak de cerita yg menarik..kuzer nak tgk X-men tapi aku tak minat.. so rembat je cerita FRIDAY13.. katenyer cerita hantu.. so berbekalkan popcorn dan pepsi, kami masuk panggung.. tak la ramai sangat..weekday pun..


hampir 45 minit movie berlangsung, aku dah macam nak pengsan..pergh..giler kejam cerita pembunuhan nyer..rase duk dalam panggung dah 3jam.. kalau kuzer kata ye je, memang aku angkat kaki balik..tapi tak jadi coz aku nak tahu gak ending nyer macammane..sabar2..terus menonton..macam2 rasa ada, nak muntah..nak demam, nak jerit..tak pernah aku stress tgk movie mcm ni..kalo lagi lame ceritenyer, boleh koyak la lengan baju kuzer..


keluar je panggung, macam longgar je kaki..muka pucat lesi mcm baru terserempak dgn hantu.. kuzer gelakkan aku memanjang..tak pe..tak pe..


then nak hilangkan trauma, kami g karaoke..pegang mic nak nyanyi tapi suara pon macam segan silu nak keluar...teringat2 cerita tuh..so baru aku sedar aku tak la kuat mana nak ngadap cerita2 macam tu..selama ni ok je..rupenye ada cerita sedahsyat dan sehebat tuh..ape yg pasti, dah nak seminggu aku terbayang2 pelakon2 nyer..tdur pon tak tenang..


memang aku suggest kmu semua pergi tengok..so kamu boleh tahu tahap kekuatan kamu nak tgk horror movie cam tu..huhu..memang aku tabik kat director cerita nie..best memang best..

sangat aku kagum..tapi aku tak berapa nak berani..huahua..



p/s : dalam kalender, memang susah nak carik hari jumaat yg jatuh pada 13 hari bulan.. hurmm seram...







ana billah walillah ma'allah.

wsalam