Assalamualaikum
1) Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan. (yup, tak perlu sedekah nye x banyak mane, tapi publisiti walamak..x tahan)
2) Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. (hurm, ader masalah pon bley settle, tak dela pendam je.. )
3) Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu. (btoll.. tak suke benar kalo dengar sesuatu perkara dari sebelah pihak je.. manusia sangat suke mereka cerita..lebey hebat yang suka memecahbelahkan insane..isk2.....tidur sberapa lame yang diperlukan??? ngheee.. mahu tak bangun utk jalankan rutin harian..:))
4) Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.. (kita berhak menyayangi sesiapa yang kita ingini tapi berhakkah kita memainkan perasaan org lain ye?? so dah cakap cinta, jgn bikin aniaya!!)
5) Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya..(bisa memperlihatkan keikhlasan kita..insyaAllah)
6) Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan. (mm no komen)
7) Percayailah cinta pandang pertama. (sy rasa cam pernah je lalui cinta pandang pertama..haha)
8) Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa..(biarpon impian itu nmpk mustahil, at least kita ada sesuatu untuk diusahakan..dari sibuk ketawakan org tanpa memiliki apa2 matlamat)
9) Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. (entahla..mungkin banyak cara lain lagi utk lengkapkan kehidupan tanpa menyiksa diri..huhuhu)
10) Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar..(adoi..susah nak dilaksanakan..kalo gaduh, mahu je periuk belanga terbang skali..cmne nak aman ye..)
11) Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. (btol...umpama iman tak diwarisi..atau kalau keluarga kita bermasalah, anak tak semestinya turut bermasalah..)
12) Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas..(setuju)
13) Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?' (saje nak lengahkan mase..)
14) Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar (kalo tak berani tanggung risiko, sukar utk lalui kehidupan yg makin mencabar)
15) Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin. (Yarhamkallah)
16) Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar. (btol2..bila untung je senyum lebar, bila kalah, rugi ato gagal???)
17) Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18) Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
(mm ni biasalah..terutama kalo libatkan cinta..kot la terkongsi cinta ato insane yg same..sahabat memang buang jauh punyelah..)
19) Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu..
20) Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar. (ini pasti..sy dah cube..:))
21) Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Ana billah walillah ma'allah
wsalm..
No comments:
Post a Comment