Assalamualaikum..
La ni nak buka story tentang pengalaman aku di trimester ketiga pula. Sebenarnya entry sebelum ni pon dah termasuk sikit pasal trimester ke-3 ni (masa 7 bulan). Tak apa la eh..;) Carca merba sudah!
Masa di fasa-fasa akhir ni aku banyak tidur dan berhibernasi. :p Biasalah kandungan makin besar dan agak cepat penat. Kebetulan cuti sekolah. Memang heaven! Walaupun kerja sekolah banyak, tapi tidur lagi banyak. hikhik. Janganlah anak aku ikut!(^^,)
Masalah kesihatan biasalah. Tahap suam-suam kuku, tak berapa nak sihat. Perut selalu memulas, diarrhea, tak lalu makan dan ada sekali tu tak boleh bangun pagi. Pinggul cramp!
Check up di hospital DBM Batu Caves diteruskan. Cuma masa ni doktor agak ragu-ragu samada aku boleh bersalin secara normal atau tidak. Ketinggian aku kan suam-suam kuku juga, so doc risau bukaan pelvis tidak memberangsangkan kalau saiz baby besar. Kebetulan hospital ni tak ada pakar lagi untuk bersalin secara caeser (bermula 2014). Pakar nya dah berpaling tadah kot. hihi. Tak tahulah kenapa kan, tapi hospital ni boleh deliver secara normal sahaja. Haaaaa, risau tahap dewa masa ni. Dibuatnya masa nak bersalin tu tak boleh normal,depa pula tak ada pakar nak caeser, dah kena refer aku ke hospital lain. Kan haru tu!!!
Cukup 8 bulan je, berat baby dalam 2.6kg kalau tak silap. (Dari scan berat baby boleh ada selisih sekitar 15% kalau tak silap aku. So baby boleh lebih 15% berat dari 2.6kg atau 15% kurang berat dari 2.6kg tu - kata doc la) Sedangkan ada lagi sebulan lebih kalau ikut due date aku, dan doc sangat risau kalau baby boleh gain weight sampai melebihi 3.0 kg dalam masa sebulan lagi ni. Sebab risau aku tak boleh deliver. So doc kata doala banyak-banyak supaya aku deliver lebih awal dari date. Maksudnya cukup je 36weeks boleh bersalin dah, so baby tak capai 3.0kg.
Aku punyalah scary, worry, lorry dan sebagainya. Maka hati dah rasa nak searching hospital lain yang ada Pakar untuk sambut baby secara normal mahupun caeser. Aku tak nak ada masalah masa nak bersalin nanti. Better aku take action lebih awal since aku dah tahu kat DBM tak boleh caeser. Nanti depa refer aku ke hospital lain saat-saat akhir. Dah kena naik ambulans. Aku tak nak naik ambulans..huahuahua..So suami aku call Gombak Medical Centre. Cuma tak adalah confirm lagi, servey dulu sebagai back up untuk DBM hospital ni..
Masa ni aku dah mula kerja (Januari 2014). Punyalah sepenuh tenaga aku kerah untuk mengajar dan manage segala kerja di awal tahun. Memang lesu dengan tengah sarat nya ni. Selera makan semakin hilang. Tak tahu lah kenapa.;( (Tapi memang dari awal preggy tak ada selera makan pun!) Akhir januari doc kata kandungan dah cukup matang untuk dilahirkan walaupun due aku 18/2/14. Tapi nak buat macam mana, tanda-tanda nak bersalin pon tak ada lagi ni..So doc harap aku boleh bersalin sebelum 3 Feb 14 demi bersalin secara normal. Doc kata dia teka aku akan bersalin awal dan dia akan berdoa untuk itu..Wahhh.!!!.Padahal aku doa supaya bersalin area due date aku sebab banyak kerja kat sekolah yang tak settle..heeeee..Apapun aku masih check up di DBM. Suami kata kena yakin boleh deliver secara normal.. So moh la ikut cakap suami walau hati macam dipulas-pulas risaunya.
......................
Kat sekolah memang banyak berjalan, naik turun tangga dan sebagainya. Weekend pula aku berjalan dengan suami. Maka aku mula rasa aku akan bersalin lebih awal, macam yang doc harapkan. Eh, doc pula harap aku bersalin awal?? ;-) Masa di akhir-akhir fasa ni aku lengkapkan keperluan baby dan keperluan aku untuk berpantang nanti.
Antaranya :
Haaa, yang ni set berpantang tanamera. Aku order online, hasil bacaan dari pa&ma dan suggestion dari kawan. Ada 11 benda dalam kotak ni termasuk bengkung (best), pilis, param, minyak herba, minyak kelapa dara, herbal tea, air lavender, dan lain-lain.
Nursing pillow dan breast pump. Breast pump ni lah yang paling banyak menyumbang rasa keliru dan pening pada aku dan suami. Tak tahu nak beli brand apa. Ada yang suggest medela, spectra, avent, bean dll. Tapi promoter kat sogo kata dah beranak baru beli sebab takut susu tak ada. huaaa.. poning den. Maka suami kata beli dulu yang nampak sesuai untuk back up. Kami pilih brand nuk. Dari German.
Seminggu lagi nak cuti Chinese New Year. Aku makin lesu. Sebab tak makan. Kesian baby tapi nak buat macam mana, perut dan tekak bertindak kejam. Kalau paksa makan, lepas tu muntah pun ok lagi. At least, ada benda masuk perut..Masalahnya, makan pun tak ada nafsu. ;( Dan ada ketika aku berjalan kat sekolah, tiba-tiba pinggul cramp. Seminit sekali, sampai aku tak boleh jalan. Dah terpaksa cover depan student konon nak jawab fon bagai. Padahal sakit yang amat. Tapi alhamdulillah, still boleh drive balik dan keadaan tu tak berlarutan. Dan aku dapat rasa akan bersalin dalam cuti CNY ni, maka aku bawa banyak kerja sekolah ke rumah. Nak settle secepat mungkin dan hantar semula ke sekolah masa cuti tu..Punyalah gila!
Masa cuti, kerja sekolah tak jalan. Penat je bawa balik buku bagai. Aku hanya duduk rumah tidur dan berehat. Kerja tak berusik. Sampailah malam 31 Januari. Aku dah rasa lain macam. Maka bermulalah episod contraction dan admitted ke hospital..
Tamat trimester ketiga.
Masa cuti, kerja sekolah tak jalan. Penat je bawa balik buku bagai. Aku hanya duduk rumah tidur dan berehat. Kerja tak berusik. Sampailah malam 31 Januari. Aku dah rasa lain macam. Maka bermulalah episod contraction dan admitted ke hospital..
Tamat trimester ketiga.
No comments:
Post a Comment