Assalamualaikum..
Pengalaman preggy :
Tamat trimester pertama, aku pun dengan lega melangkah ke fasa seterusnya iaitu trimester kedua. Alhamdulillah kesihatan semakin baik. Masa ni baru aku cari semula susu anmum aku yang terbiar sepi tu. Setiap malam aku cuba juga untuk minum 1 gelas. Usaha tangga kejayaan. ;) Aku risau trimester ketiga nanti gigi aku boleh hilang pula sebatang dua kalau langsung tak ada khasiat kalsium dari susu..huhu...
Trimester kedua ni selera makan dah ok sikit walaupun agak selektif. Cuma selepas 3 jam makan, perut cepat lapar. So kena makan banyak kali sebab kuantiti makanan yang aku ambil setiap kali makan adalah sangat sikit.. So tak boleh tampung hingga melebihi 4 jam. Kejap-kejap lapar. Kadang-kadang sampai stress sebab perut kemain lapar tapi selera tak berapa nak ada sebenarnya. Balik-balik kunyah biskut Hup Seng.. Kiranya mulut dan perut aku langsung tak boleh bekerjasama..Sobs~
Dan sebab itu, sedikit sebanyak aku confius dengan diri sendiri. Aku still tak macam preggy women yang lain yang selera makan bertambah-tambah bila dah melepasi trimester pertama. Aku?? Masih kurang selera. Suami asyik tanya 'teringin makan apa-apa tak???' Dia sibuk nak carikan atau penuhi keinginan aku. malangnya aku tak teringin apa-apa. Makan je macam biasa malah kuantiti makanan yang diambil langsung tak memberangsangkan. Oleh itu, bila pergi check up, asyikla hb aku low!!! ;( Tapi aku check up di klinik swasta, so biasanya doc tak bising sangat. heeee
Masa kandungan mencecah 5 bulan, member aku sibuk suruh aku buka buku mengandung di Klinik Kerajaan. Aku memang dah buka buku pink tu tapi aku buat di Klinik Swasta. Tapi ramai pula suggest buat dua buku sebab Gov klinic/service biasanya lebih detail. Dah aku jadi serba tak kena. Maka, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat juga dua buku. Hurm, bising juga nurse sebab dah nak 6 bulan baru nak buka buku mengandung. Dahla anak sulung, dan ada sejarah keguguran, boleh pula buka buku preggy lambat-lambat. Aku sengih je la sebab kalau buka awal-awal, penat nak pergi check up. Setiap kali check up, ambil masa lebih 2 jam lebih pula tu..huuu..So better buka lewat sikit. (^^,) kepalahotakkaulahkan!!
Ni buku/kad preggy yang aku buka di Klinik Keluarga Sungai Buloh. Sekeping je. Cool gile.
Yang ni buku preggy yang aku buka di Klinik Kesihatan Kampung Kenanga Rawang. Tebal dan sangat bagus! Baru boleh dipanggil buku..;p
Maka sejak kandungan 5 bulan aku check up sebanyak dua kali sebulan. Punyalah banyak masa!!!
Swasta :
-Aku pergi biasanya seminggu sebelum aku check di klinik kerajaan.
-Scan setiap bulan & biasanya Doc terang secara detail perihal baby.
- Kandungan 5 bulan, dah nampak gender baby.
-Berat naik agak banyak masa bulan ke-5 tapi doc kata ok.;)
Kerajaan :
-Aku pergi mengikut tarikh yang diberi.
-Scan ikut bulan yang mereka tetapkan
-Gender baby aku tahu masa bulan ke-6
-Berat naik, nurse agak bising. Takut kena minum air gula pula. Even tak ada sejarah diabetes dalam keluarga, tapi kenaikan berat secara mendadak boleh beri diabetes masa preggy. Nasib sampai beranak pun, tak kena minum. Aku try control kenaikan berat badan bila bulan-bulan seterusnya.
-Hb low, bising jugak. Aku naik turun klinik ambil darah. (T_T)
...............................
Masa bulan ke 6, semua baju nak pergi kerja dah tak berapa nak selesa. Haaa, time to shopping telah tiba. Hihihi.. So aku ke Mid Valley dengan hubby. Punyalah payah nak cari yang selesa di mata dan di badan. Banyak butik aku masuk macam Modern Mom, Mother Club etc. Tapi aku dapat sepasang dua je masa tu sebab banyak yang sleeveless dan kain getah/jarang/melekap. Tak berapa nak minat.. Dah tu takkan baru 6 bulan nak pakai maxi dah kot. Huaisssshh tak adala..;)
Kriteria utama pemilihan pakaian: Nampak cool dan tak macam preggy. Ada?? Hehe. Masa ni perut tak la besar sangat tapi memang baju biasa tak muatla, sakit kat pinggang kalau pakai jugak..;(
Hasil tangkapan..;-) |
..................
Masuk bulan ke-7, aku dan suami mula shopping keperluan baby pula. Bab-bab shopping ni laju aje ye..;p
Nurse pun dah mula suruh sediakan keperluan baby dalam kereta. Kena bawa ke mana-mana. Sebab possible je nak beranak bulan ni..Huuu scary. Mulanya aku ke Jusco. Punyalah blurr..Tak tahu nak capai apa. Tengok dan termenung je. Semua input yang dibaca dalam Majalah Pa&Ma pun hilang entah ke mana. Sampai suami kata balik je lah, shopping semula kemudian. Tapi dah alang-alang sampai, aku grab juga apa yang aku rasa patut. Lama jugak menelek barang baby sebab tak pernah terfikir nak shopping barang baby.. Selalu shopping handbag dan kasut je.. Heeeee
Keperluan baby fasa 1 *pakaian, tilam, getah, kelambu, baby wipes, pampers, cotton bud, set mandian, napkin, kain bedung, tuala. |
No comments:
Post a Comment