Wednesday, April 9, 2014

TriMesTer KeDua (2) - GeNdEr & HoSpiTaL BeRSaLin

Assalamualaikum..

Masih di Trimester kedua ..dan kali ni nak fokus kepada topik gender dan hospital bersalin..;p

Masa fasa ni lah, baru terdetik berkaitan gender baby. Masa trimester pertama tak fikir sangat sebab sibuk melawan alahan dan fokus pada kesihatan diri dan baby. Kalau ikutkan anak sulung ni, biasanya ibu bapa tak kisah samada dianugerahkan anak lelaki atau anak perempuan. Macam tu juga aku dan suami. Mana-mana pun boleh dan kami terima dengan senang hati. Cuma, selaku manusia biasa, hati tu ada juga keinginan. Kebetulan aku dan suami sama!! Kami prefer anak sulung lelaki. Kenapa?? Ada beberapa sebab yang kami fikirkan.Tapi tu cuma pandangan kami. Andai diberi anak perempuan, kami tetap teruja dan bersyukur..;)

Bila pergi klinik untuk scan ketika bulan ke-4, masih tak nampak jantina. Masuk bulan ke-5, doktor kata nampak macam anak lelaki. Teruja!! Cuma scan 2D ni tak tahulah 100% accurate atau tak. Dalam hati masih ada keraguan. Banyak je kes yang berlaku, bila scan jantina lain, bila deliver jantina lain. hihi. Pakaian baby dah terbeli opposite color. ;)

Scan bulan ke-6, gender dah tak nampak. Baby kepit kata doktor. Walaupun macam tu,  aku yakin gila dalam kandungan ni baby boy. Alasan kuatnya aku rasa agak malas sepanjang preggy, agak selekeh dan tak gemar berhias, baju pun tak match dah dengan tudung, slumber je pucat-pucat muka ke mana-mana dan paling penting tak ada rasa nak shopping handbeg dan kasut... Siap suami offer dan aku tolak??? Haaaa..nampak tak permainannya kat situ...(^^,)

Scan seterusnya di Klinik Kerajaan pula. Selalu Doc Kerajaan scan tak sebut pon pasal gender, tapi mungkin kali ni nampak jelas. Doc terus kata ini baby boy..So bertambah yakinlah aku.. ;) Tapi dalam keyakinan tu, terasa gedik nak scan 4D pula. Tapi masa tu kandungan dah 7 bulan ++. Kebanyakan klinik tak boleh buat directly, nak kena appoinment dulu. Aku pula main serbu je. Dah tu kandungan dah besar. Susah sikit nak buat 4D. Better nak scan 4D masa kandungan dalam awal 6 bulan sebab baby dah fully develope tapi tak begitu besar saiznya, senang nak intai. Kalau dah 7/8 bulan, baby dah besar dan banyak lipat tangan, kepit kaki dan bersujud. jadi susah nak tengok kata doc. Tapi ada aku kisah?? Aku nak jugak.!!! Maka serata klinik kami telefon dan ketemulah kami dengan Klinik Famili di Wangsa Maju. Boleh walk in & scan. Tu yang best!

Apa yang penting, aku nak tengok baby ni sempurna tumbesarannya, cukup anggota dan yang menjadi kerisauan para ibu bapa, adalah isu sumbing. Itu kata doc. Aku tak terfikir pun mula-mula tapi bila doc cakap, baru aku realize benda ni dan bersyukur tergerak hati nak scan 4D. Melalui scan 4D je boleh detect perkara-perkara macam tu. Alhamdulillah, dari scan 4D tu, setakat yang aku faham melalui gambar dan penerangan doc, baby berada dalam keadaan baik.



Haaa, nampak tak hidung, mulut dan matanya? hiiii.. Ini gambar scan struktur kepala baby dari sebelah kanan kalau tak silap.
Yang lain-lain tak berapa clear sebab baby dah besar.  mata kiri dah ditutup dek tangan baby bagai. Kaki dah berlipat. So lain kali nak scan 4D, kena lebih awal.. ;p
...................

Dan masa fasa ini juga, aku mula searching klinik/hospital bersalin..Sambil google, sambil baca pengalaman orang bersalin. Huuu, semakin scary..!!So antara hospital yang aku servey dan baca komen patient adalah hospital-hospital ni:

-Hospital Az-Zahra Bangi
-Hospital An-Nur Bangi
-Gombak Medical Centre
-Hospital Putrajaya
-Hospital Selayang
-Pusrawi
-Hospital sungai Buloh
-Putra Medical Centre

Secara jujurnya aku prefer hospital swasta. Bukan kerana ringgit yang menggunung atau apa-apa.. Tapi sebab aku ni penakut. So untuk orang penakut macam aku, sesuailah hospital swasta yang akan treat patient lebih berfocus. Dan mengikut suami aku, beliau pun prefer hospital swasta. Beliau memahami isteri beliau yang bermasalah ni. Jadi baik ke hospital yang boleh pilih doktor. Afdalnya doktor perempuan lah kan. Kalau boleh tak nak doktor, nurse atau bidan lelaki.. Kalau bolehlah!!! Kami usaha sahaja. Harapan diserah pada Allah yang menentukan..Pemandu ambulan lelaki tak apa.. (^^,)

Mulanya kami pilih Hospital Az-Zahra Bangi. Tapi faktor jarak yang dimomok-momokkan oleh kawan-kawan dan orang terdekat, aku jadi tawar hati. Kata mereka, jauh sangat lah, terberanak tepi jalan lah, terberanak dalam keretalah, jammed lah..huaaaaa...Maka, aku minta pandangan doktor klinik aku di Sungai Buloh tu. Beliau akan referkan aku ke Putra Medical Centre atau Pusrawi.. Lebih dekat katanya. Tapi aku dan suami macam tak ada hati pula. Tak ingat sebabnya kenapa.

So suami terus searching. Kena cepat bertindak sebab nak booking bersalin di satu-satu hospital swasta kena check up sekurang-kurangnya 2 kali sebelum bersalin di situ. Jadi  aku dah sepatutnya check up di Hospital Bersalin untuk kandungan 7/8 bulan tu. Entah macam mana, suami tertarik dengan Klinik Penawar dan Dewan Bersalin Muslimah di Bandar Sunway, Batu Caves. Aku memang tak tahu, aku serah pada suami je since tak pernah dengar kewujudan hospital ni dan tak ada dalam list aku. So kami pergi ke hospital ni..

Pertama kali datang, hati dah agak tenteram. Rasa aman damai sebab sangat tenang kawasannya dengan ada pula nurse yang ramah. Masa kali pertama datang, nurse dah bawa kami explore wad bersalin dan labour room. Kami diberi pilihan doktor. Maka finally kami decide untuk booking bersalin di sini dan memilih Doktor Laili..;)

Minggu depannya, aku mulakan check up pertama di hospital ni.. Pertama kali bertemu Doktor Laili. Agak tenang sebab doc ni agak islamik. Beliau bagi aku panduan perbanyakkan susu dan mudah bersalin dari ayat-ayat al-Quran dan siap mengaji untuk aku sambil scan perut. Unik kan?? Gila terkesima lah aku masa tu.  Agak shy-shy cat juga. ;p

So ni kad mengandung yang aku buka di hospital ni. Bak kata mak aku, berapa punya banyak buku mengandung daaaaa aku ada. Punyalah carca merba. hihi.





Sekeping je..warna biru..;)

Dan dengan rasminya aku dah tak check up di Klinik Keluarga Sg, Buloh since dah 7 bulan. Tapi check up di klinik kerajaan masih aku teruskan..

Tamat Trimester Kedua. ;p

........................

2 comments:

Hasmiza Muniami said...

Assalamualaikum kak

sy nk mintak contact no bgi klinik penawar ni blh x? tq

nEd~Ya said...

Hasmiza
Salam. maaf sis, lama tak update blog. No telefon ada pada gambar kad biru yg sy attachkan dalam entry ni. Click gamba boleh nampak no telefon nye ye..;)