Saturday, April 19, 2014

TriMesTer KeTiGa

Assalamualaikum..


La ni nak buka story tentang pengalaman aku di trimester ketiga pula. Sebenarnya entry sebelum ni pon dah termasuk sikit pasal trimester ke-3 ni (masa 7 bulan). Tak apa la eh..;) Carca merba sudah!

Masa di fasa-fasa akhir ni aku banyak tidur dan berhibernasi. :p Biasalah kandungan makin besar dan agak cepat penat. Kebetulan cuti sekolah. Memang heaven! Walaupun kerja sekolah banyak, tapi tidur lagi banyak. hikhik. Janganlah anak aku ikut!(^^,) 

Masalah kesihatan biasalah. Tahap suam-suam kuku, tak berapa nak sihat. Perut selalu memulas, diarrhea, tak lalu makan dan ada sekali tu tak boleh bangun pagi. Pinggul cramp! 

Check up di hospital DBM Batu Caves diteruskan. Cuma masa ni doktor agak ragu-ragu samada aku boleh bersalin secara normal atau tidak. Ketinggian aku kan suam-suam kuku juga, so doc risau bukaan pelvis tidak memberangsangkan kalau saiz baby besar.  Kebetulan hospital ni tak ada pakar lagi untuk bersalin secara caeser (bermula 2014). Pakar nya dah berpaling tadah kot. hihi. Tak tahulah kenapa kan, tapi hospital ni boleh deliver secara normal sahaja. Haaaaa, risau tahap dewa masa ni. Dibuatnya masa nak bersalin tu tak boleh normal,depa pula tak ada pakar nak caeser, dah kena refer aku ke hospital lain. Kan haru tu!!! 

Cukup 8 bulan je, berat baby dalam 2.6kg kalau tak silap. (Dari scan berat baby boleh ada selisih sekitar 15% kalau tak silap aku. So baby boleh lebih 15% berat dari 2.6kg atau 15% kurang berat dari 2.6kg tu - kata doc la) Sedangkan ada lagi sebulan lebih kalau ikut due date aku, dan doc sangat risau kalau baby boleh gain weight sampai melebihi 3.0 kg dalam masa sebulan lagi ni. Sebab risau aku tak boleh deliver. So doc kata doala banyak-banyak supaya aku deliver lebih awal dari date. Maksudnya cukup je 36weeks boleh bersalin dah, so baby tak capai 3.0kg. 

Aku punyalah scary, worry, lorry dan sebagainya. Maka hati dah rasa nak searching hospital lain yang ada Pakar untuk sambut baby secara normal mahupun caeser. Aku tak nak ada masalah masa nak bersalin nanti. Better aku take action lebih awal since aku dah tahu kat DBM tak boleh caeser. Nanti depa refer aku ke hospital lain saat-saat akhir. Dah kena naik ambulans. Aku tak nak naik ambulans..huahuahua..So suami aku call Gombak Medical Centre. Cuma tak adalah confirm lagi, servey dulu sebagai back up untuk DBM hospital ni..

Masa ni aku dah mula kerja (Januari 2014). Punyalah sepenuh tenaga aku kerah untuk mengajar dan manage segala kerja di awal tahun. Memang lesu dengan tengah sarat nya ni. Selera makan semakin hilang. Tak tahu lah kenapa.;( (Tapi memang dari awal preggy tak ada selera makan pun!) Akhir januari doc kata kandungan dah cukup matang untuk dilahirkan walaupun due aku 18/2/14. Tapi nak buat macam mana, tanda-tanda nak bersalin pon tak ada lagi ni..So doc harap aku boleh bersalin sebelum 3 Feb 14 demi bersalin secara normal. Doc kata dia teka aku akan bersalin awal dan dia akan berdoa untuk itu..Wahhh.!!!.Padahal aku doa supaya bersalin area due date aku sebab banyak kerja kat sekolah yang tak settle..heeeee..Apapun aku masih check up di DBM. Suami kata kena yakin boleh deliver secara normal.. So moh la ikut cakap suami walau hati macam dipulas-pulas risaunya. 

......................

Kat sekolah memang banyak berjalan, naik turun tangga dan sebagainya. Weekend pula aku berjalan dengan suami. Maka aku mula rasa aku akan bersalin lebih awal, macam yang doc harapkan. Eh, doc pula harap aku bersalin awal??  ;-) Masa di akhir-akhir fasa ni aku lengkapkan keperluan baby dan keperluan aku untuk berpantang nanti.

Antaranya :

Beli lagi tilam baby.


Beli lagi pakaian baby, botol susu, bedung, barut, dan tilam/toto mamamommy.


Haaa, yang ni set berpantang tanamera. Aku order online, hasil bacaan dari pa&ma dan suggestion dari kawan. Ada 11 benda dalam kotak ni termasuk bengkung (best), pilis, param, minyak herba, minyak kelapa dara, herbal tea, air lavender, dan lain-lain. 





Nursing pillow dan breast pump. Breast pump ni lah yang paling banyak menyumbang rasa keliru dan pening pada aku dan suami. Tak tahu nak beli brand apa. Ada yang suggest medela, spectra, avent, bean dll. Tapi promoter kat sogo kata dah beranak baru beli sebab takut susu tak ada. huaaa.. poning den. Maka suami kata beli dulu yang nampak sesuai untuk back up. Kami pilih brand nuk. Dari German. 



................................................

Seminggu lagi nak cuti Chinese New Year. Aku makin lesu. Sebab tak makan. Kesian baby tapi nak buat macam mana, perut dan tekak bertindak kejam. Kalau paksa makan, lepas tu muntah pun ok lagi. At least, ada benda masuk perut..Masalahnya, makan pun tak ada nafsu. ;( Dan ada ketika aku berjalan kat sekolah, tiba-tiba pinggul cramp. Seminit sekali, sampai aku tak boleh jalan. Dah terpaksa cover depan student konon nak jawab fon bagai. Padahal sakit yang amat. Tapi alhamdulillah, still boleh drive balik dan keadaan tu tak berlarutan. Dan aku dapat rasa akan bersalin dalam cuti CNY ni, maka aku bawa banyak kerja sekolah ke rumah. Nak settle secepat mungkin dan hantar semula ke sekolah masa cuti tu..Punyalah gila!

Masa cuti, kerja sekolah tak jalan. Penat je bawa balik buku bagai. Aku hanya duduk rumah tidur dan berehat. Kerja tak berusik. Sampailah malam 31 Januari. Aku dah rasa lain macam. Maka bermulalah episod contraction dan admitted ke hospital..


Tamat trimester ketiga. 

Wednesday, April 9, 2014

TriMesTer KeDua (2) - GeNdEr & HoSpiTaL BeRSaLin

Assalamualaikum..

Masih di Trimester kedua ..dan kali ni nak fokus kepada topik gender dan hospital bersalin..;p

Masa fasa ni lah, baru terdetik berkaitan gender baby. Masa trimester pertama tak fikir sangat sebab sibuk melawan alahan dan fokus pada kesihatan diri dan baby. Kalau ikutkan anak sulung ni, biasanya ibu bapa tak kisah samada dianugerahkan anak lelaki atau anak perempuan. Macam tu juga aku dan suami. Mana-mana pun boleh dan kami terima dengan senang hati. Cuma, selaku manusia biasa, hati tu ada juga keinginan. Kebetulan aku dan suami sama!! Kami prefer anak sulung lelaki. Kenapa?? Ada beberapa sebab yang kami fikirkan.Tapi tu cuma pandangan kami. Andai diberi anak perempuan, kami tetap teruja dan bersyukur..;)

Bila pergi klinik untuk scan ketika bulan ke-4, masih tak nampak jantina. Masuk bulan ke-5, doktor kata nampak macam anak lelaki. Teruja!! Cuma scan 2D ni tak tahulah 100% accurate atau tak. Dalam hati masih ada keraguan. Banyak je kes yang berlaku, bila scan jantina lain, bila deliver jantina lain. hihi. Pakaian baby dah terbeli opposite color. ;)

Scan bulan ke-6, gender dah tak nampak. Baby kepit kata doktor. Walaupun macam tu,  aku yakin gila dalam kandungan ni baby boy. Alasan kuatnya aku rasa agak malas sepanjang preggy, agak selekeh dan tak gemar berhias, baju pun tak match dah dengan tudung, slumber je pucat-pucat muka ke mana-mana dan paling penting tak ada rasa nak shopping handbeg dan kasut... Siap suami offer dan aku tolak??? Haaaa..nampak tak permainannya kat situ...(^^,)

Scan seterusnya di Klinik Kerajaan pula. Selalu Doc Kerajaan scan tak sebut pon pasal gender, tapi mungkin kali ni nampak jelas. Doc terus kata ini baby boy..So bertambah yakinlah aku.. ;) Tapi dalam keyakinan tu, terasa gedik nak scan 4D pula. Tapi masa tu kandungan dah 7 bulan ++. Kebanyakan klinik tak boleh buat directly, nak kena appoinment dulu. Aku pula main serbu je. Dah tu kandungan dah besar. Susah sikit nak buat 4D. Better nak scan 4D masa kandungan dalam awal 6 bulan sebab baby dah fully develope tapi tak begitu besar saiznya, senang nak intai. Kalau dah 7/8 bulan, baby dah besar dan banyak lipat tangan, kepit kaki dan bersujud. jadi susah nak tengok kata doc. Tapi ada aku kisah?? Aku nak jugak.!!! Maka serata klinik kami telefon dan ketemulah kami dengan Klinik Famili di Wangsa Maju. Boleh walk in & scan. Tu yang best!

Apa yang penting, aku nak tengok baby ni sempurna tumbesarannya, cukup anggota dan yang menjadi kerisauan para ibu bapa, adalah isu sumbing. Itu kata doc. Aku tak terfikir pun mula-mula tapi bila doc cakap, baru aku realize benda ni dan bersyukur tergerak hati nak scan 4D. Melalui scan 4D je boleh detect perkara-perkara macam tu. Alhamdulillah, dari scan 4D tu, setakat yang aku faham melalui gambar dan penerangan doc, baby berada dalam keadaan baik.



Haaa, nampak tak hidung, mulut dan matanya? hiiii.. Ini gambar scan struktur kepala baby dari sebelah kanan kalau tak silap.
Yang lain-lain tak berapa clear sebab baby dah besar.  mata kiri dah ditutup dek tangan baby bagai. Kaki dah berlipat. So lain kali nak scan 4D, kena lebih awal.. ;p
...................

Dan masa fasa ini juga, aku mula searching klinik/hospital bersalin..Sambil google, sambil baca pengalaman orang bersalin. Huuu, semakin scary..!!So antara hospital yang aku servey dan baca komen patient adalah hospital-hospital ni:

-Hospital Az-Zahra Bangi
-Hospital An-Nur Bangi
-Gombak Medical Centre
-Hospital Putrajaya
-Hospital Selayang
-Pusrawi
-Hospital sungai Buloh
-Putra Medical Centre

Secara jujurnya aku prefer hospital swasta. Bukan kerana ringgit yang menggunung atau apa-apa.. Tapi sebab aku ni penakut. So untuk orang penakut macam aku, sesuailah hospital swasta yang akan treat patient lebih berfocus. Dan mengikut suami aku, beliau pun prefer hospital swasta. Beliau memahami isteri beliau yang bermasalah ni. Jadi baik ke hospital yang boleh pilih doktor. Afdalnya doktor perempuan lah kan. Kalau boleh tak nak doktor, nurse atau bidan lelaki.. Kalau bolehlah!!! Kami usaha sahaja. Harapan diserah pada Allah yang menentukan..Pemandu ambulan lelaki tak apa.. (^^,)

Mulanya kami pilih Hospital Az-Zahra Bangi. Tapi faktor jarak yang dimomok-momokkan oleh kawan-kawan dan orang terdekat, aku jadi tawar hati. Kata mereka, jauh sangat lah, terberanak tepi jalan lah, terberanak dalam keretalah, jammed lah..huaaaaa...Maka, aku minta pandangan doktor klinik aku di Sungai Buloh tu. Beliau akan referkan aku ke Putra Medical Centre atau Pusrawi.. Lebih dekat katanya. Tapi aku dan suami macam tak ada hati pula. Tak ingat sebabnya kenapa.

So suami terus searching. Kena cepat bertindak sebab nak booking bersalin di satu-satu hospital swasta kena check up sekurang-kurangnya 2 kali sebelum bersalin di situ. Jadi  aku dah sepatutnya check up di Hospital Bersalin untuk kandungan 7/8 bulan tu. Entah macam mana, suami tertarik dengan Klinik Penawar dan Dewan Bersalin Muslimah di Bandar Sunway, Batu Caves. Aku memang tak tahu, aku serah pada suami je since tak pernah dengar kewujudan hospital ni dan tak ada dalam list aku. So kami pergi ke hospital ni..

Pertama kali datang, hati dah agak tenteram. Rasa aman damai sebab sangat tenang kawasannya dengan ada pula nurse yang ramah. Masa kali pertama datang, nurse dah bawa kami explore wad bersalin dan labour room. Kami diberi pilihan doktor. Maka finally kami decide untuk booking bersalin di sini dan memilih Doktor Laili..;)

Minggu depannya, aku mulakan check up pertama di hospital ni.. Pertama kali bertemu Doktor Laili. Agak tenang sebab doc ni agak islamik. Beliau bagi aku panduan perbanyakkan susu dan mudah bersalin dari ayat-ayat al-Quran dan siap mengaji untuk aku sambil scan perut. Unik kan?? Gila terkesima lah aku masa tu.  Agak shy-shy cat juga. ;p

So ni kad mengandung yang aku buka di hospital ni. Bak kata mak aku, berapa punya banyak buku mengandung daaaaa aku ada. Punyalah carca merba. hihi.





Sekeping je..warna biru..;)

Dan dengan rasminya aku dah tak check up di Klinik Keluarga Sg, Buloh since dah 7 bulan. Tapi check up di klinik kerajaan masih aku teruskan..

Tamat Trimester Kedua. ;p

........................

Wednesday, April 2, 2014

TriMesTer KeDua (1)**

Assalamualaikum..

Pengalaman preggy :

Tamat trimester pertama, aku pun dengan lega melangkah ke fasa seterusnya iaitu trimester kedua. Alhamdulillah kesihatan semakin baik. Masa ni baru aku cari semula susu anmum aku yang terbiar sepi tu. Setiap malam aku cuba juga untuk minum 1 gelas. Usaha tangga kejayaan. ;) Aku risau trimester ketiga nanti gigi aku boleh hilang pula sebatang dua kalau langsung tak ada khasiat kalsium dari susu..huhu...

Trimester kedua ni selera makan dah ok sikit walaupun agak selektif. Cuma selepas 3 jam makan, perut cepat lapar. So kena makan banyak kali sebab kuantiti makanan yang aku ambil setiap kali makan adalah sangat sikit.. So tak boleh tampung hingga melebihi 4 jam. Kejap-kejap lapar. Kadang-kadang sampai stress sebab perut kemain lapar tapi selera tak berapa nak ada sebenarnya. Balik-balik kunyah biskut Hup Seng.. Kiranya mulut dan perut aku langsung tak boleh bekerjasama..Sobs~

Dan sebab itu, sedikit sebanyak aku confius dengan diri sendiri. Aku still tak macam preggy women yang lain yang selera makan bertambah-tambah bila dah melepasi trimester pertama. Aku?? Masih kurang selera. Suami asyik tanya 'teringin makan apa-apa tak???' Dia sibuk nak carikan atau penuhi keinginan aku. malangnya aku tak teringin apa-apa. Makan je macam biasa malah kuantiti makanan yang diambil langsung tak memberangsangkan. Oleh itu, bila pergi check up, asyikla hb aku low!!! ;( Tapi aku check up di klinik swasta, so biasanya doc tak bising sangat. heeee

Masa kandungan mencecah 5 bulan, member aku sibuk suruh aku buka buku mengandung di Klinik Kerajaan. Aku memang dah buka buku pink tu tapi aku buat di Klinik Swasta. Tapi ramai pula suggest buat dua buku sebab Gov klinic/service biasanya lebih detail. Dah aku jadi serba tak kena. Maka, akhirnya aku ambil keputusan untuk buat juga dua buku. Hurm, bising juga nurse sebab dah nak 6 bulan baru nak buka buku mengandung. Dahla anak sulung, dan ada sejarah keguguran, boleh pula buka buku preggy lambat-lambat. Aku sengih je la sebab kalau buka awal-awal, penat nak pergi check up. Setiap kali check up, ambil masa lebih 2 jam lebih pula tu..huuu..So better buka lewat sikit. (^^,) kepalahotakkaulahkan!!

Ni buku/kad preggy yang aku buka di Klinik Keluarga Sungai Buloh. Sekeping je. Cool gile.


Yang ni buku preggy yang aku buka di Klinik Kesihatan Kampung Kenanga Rawang. Tebal dan sangat bagus! Baru boleh dipanggil buku..;p


Maka sejak kandungan 5 bulan aku check up sebanyak dua kali sebulan. Punyalah banyak masa!!!



Swasta :

-Aku pergi biasanya seminggu sebelum aku check di klinik kerajaan.
-Scan setiap bulan & biasanya Doc terang secara detail perihal baby.
- Kandungan 5 bulan, dah nampak gender baby.
-Berat naik agak banyak masa bulan ke-5 tapi doc kata ok.;)

Kerajaan :
-Aku pergi mengikut tarikh yang diberi.
-Scan ikut bulan yang mereka tetapkan 
-Gender baby aku tahu masa bulan ke-6
-Berat naik, nurse agak bising. Takut kena minum air gula pula. Even tak ada sejarah diabetes dalam keluarga, tapi kenaikan berat secara mendadak boleh beri diabetes masa preggy. Nasib sampai beranak pun, tak kena minum. Aku try control kenaikan berat badan bila bulan-bulan seterusnya.
-Hb low, bising jugak. Aku naik turun klinik ambil darah. (T_T)

...............................

Masa bulan ke 6, semua baju nak pergi kerja dah tak berapa nak selesa. Haaa, time to shopping telah tiba. Hihihi.. So aku ke Mid Valley dengan hubby. Punyalah payah nak cari yang selesa di mata dan di badan. Banyak butik aku masuk macam Modern Mom, Mother Club etc. Tapi aku dapat sepasang dua je masa tu sebab banyak yang sleeveless dan kain getah/jarang/melekap. Tak berapa nak minat.. Dah tu takkan baru 6 bulan nak pakai maxi dah kot. Huaisssshh tak adala..;) 

Kriteria utama pemilihan pakaian: Nampak cool dan tak macam preggy. Ada?? Hehe. Masa ni perut tak la besar sangat tapi memang baju biasa tak muatla, sakit kat pinggang kalau pakai jugak..;( 

Hasil tangkapan..;-) 
..................

Masuk bulan ke-7, aku dan suami mula shopping keperluan baby pula. Bab-bab shopping ni laju aje ye..;p
Nurse pun dah mula suruh sediakan keperluan baby dalam kereta. Kena bawa ke mana-mana. Sebab possible je nak beranak bulan ni..Huuu scary.  Mulanya aku ke Jusco. Punyalah blurr..Tak tahu nak capai apa. Tengok dan termenung je. Semua input yang dibaca dalam Majalah Pa&Ma pun hilang entah ke mana. Sampai suami kata balik je lah, shopping semula kemudian. Tapi dah alang-alang sampai, aku grab juga apa yang aku rasa patut. Lama jugak menelek barang baby sebab tak pernah terfikir nak shopping barang baby.. Selalu shopping handbag dan kasut je.. Heeeee


Keperluan baby fasa 1
*pakaian, tilam, getah, kelambu, baby wipes, pampers, cotton bud, set mandian, napkin, kain bedung, tuala. 
 ****Nanti aku continue, trimester kedua ni banyak sikit cerita, Hihi