Tuesday, October 25, 2011

TuPpErWare

salam to all..

semenjak dari sekolah menengah, aku merupakan penggemar botol air..

setiap hari mesti bawa air masak ke sekolah dan ada bekas air khas.. tak mahu guna botol plastik air mineral. tp zaman sekolah dulu jenama tupperware tak tahulah dah wujud ke belum. aku guna yang biasa je. janji bentuk botol nye tu cantik dan bewarna warni..;)

kalau dikumpul-kumpul, boleh jadi aku punyai 20 jenis botol air. cuma bila dah lama pakai, dah huduh, dan dah mula meleleh air dari penutupnya, aku dah tak pakai dah.. biasalah jenama TIPUWARE je..^^, kadang-kadang, saja je beli sebab cantik bentuknya. pastu tempatnya di dalam peti ais je pun.

terbawa-bawa sehingga kini, ke tempat kerja (masih jua sekolah) aku pasti bawa botol air sendiri. handbag mesti besar..sebab kalau malas nak pegang, aku masukkan je dalam handbag sekali. manalah tak berat!! bukan ke sekolah je, ke mana-mana sahaja, biasanya air mesti di bawa. bekas air mesti ada dalam kereta..botol air sekarang pun dah advance. siap ada beg/case/cover sendiri siap bertali..so senang nak pikul . tak payah masuk handbag dah..;p .dan sekarang, aku dah tak beli tipuware lagi, aku penggemar tupperware..

ini botol air pertama aku beli jenama tupperware..


masih pakai sampai kini. memang tahan lasak. air tak meleleh keluar. itu kriteria penting untuk botol air aku..

cuma, bila tengok katalog, ada pula warna purple. maka beli lagi satu..

kemudian, beli pula yg besar giant ni. sebab aku rasa sangat cantik kalau letak dalam petia ais berisi air masak sejuk..cool kan..

beli juga yg kecil comel..sama hijau sama cantik..

dan ini, kalau suami aku nak bawa bekal ke..nampak makanan tu sedap kalau letak dalam tupperware..heeee

hurm, mata rambang je tengok katalog tupperware. nak meng'order' je kerja. ada lagi yang dah diorder. On da way! aduhai!!!

sekian.